Monday, July 12, 2010

TRANSFORMASI PKR BUKAN SEKADAR FANTASI?

KEMENANGAN ketika menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang perlu menjadi tumpuan oleh para ahli PKR dan bukan sekadar mengejar ‘glamour’ untuk menjadi Ketua Cabang tetapi selepas itu (setelah menjadi Ketua) PKR ditinggalkan begitu sahaja umpama sebuah perahu tersadai di pangkalan selepas penggunanya berjaya menyeberangi sungai yang airnya deras.


“Kita mahu PKR terus berwajah baru dan mampu mengharungi ranjau, onak dan duri ketika mendepani PRU13 dan bukan terus bersepah di kedai kopi dan warung-warung menunggu untung nasib diundi oleh rakyat ketika pilihanraya umum sedang berjalan,” tegas mantan Setiusaha Cabang Majiadih O.T. Matalih ketika menerima sokongan dua pemimpin akar umbi PKR pada Ahad.

Tegasnya lagi, kepimpinan PKR di Tenom perlu perubahan kepimpinan jika mahu melihat PKR beroleh kemenangan pada PRU13 kerana ramai cendikiawan telah meramalkan bahawa fenomena angin perubahan politik kini bertiup kencang ke arah pembangkang, khususnya PR di seluruh negara yang tidak mengecualikan Sabah dan Sarawak.

Majiadih berkata, kesempatan ini tidak akan berpihak kepada PKR Tenom jika keadaan sekarang masih berterusan tetapi sebaliknya apa yang lebih penting adalah kesedaran diri dan kesediaan mengorbankan masa dan tenaga untuk mendekati rakyat bersama program pelan perancangan seperti yang difokuskan oleh bakal Ketua Cabang Ambrose Mail Mathew dalam pelan transformasi beliau yang telah dilancarkan pada 4 Julai lalu, di Hotel Perkasa, Tenom.

“Tiada guna kita balik-balik bertanding dalam pilihanraya umum kalau juga balik-balik kalah. Selepas itu kita menyalahkan pula UMNO/BN menggunakan wang untuk memancing undi. Itu semua alasan semata-mata. Yang pastinya kita tidak buat kerja lebih awal dan bila pilihanraya tiba, semua calon umpama ‘bidan terjun’ tiada persediaan langsung,” kata beliau lagi.

Ketika ditanya sejauh mana sokongan ahli PKR terhadap pelan transformasi yang dilancarkan oleh Dr Nicholas baru-baru ini Majiadih berkata, “Saya menerima banyak sms dan tidak kurang juga panggilan telefon menyatakan sokongan mereka terhadap kandungan pelan tranformasi tersebut. Ada juga secara terbuka menyatakan sokongan mereka kepada Ambrose untuk menerajui jawatan Ketua Cabang”.

Dalam pada itu, dua pemimpin akar umbi PKR Sitidu Ramut, 53, dan Asili@ Lanok bin Ramdan, 45, menyatakan sokongan mereka kepada kumpulan Ambrose kerana mereka terbaca edaran kertas Pelan Transformasi PKR Tenom sangat menarik dan mungkin ada harapan calon PKR menang dalam PRU13 jika pelan itu dilaksanakan segera.

Sitidu berkata, jikalau perancangan itu baik tidak ada sebab ia tidak disokong kerana kita mahu kemenangan dalam pilihanraya umum dan bukan untuk ‘syok sendiri’. Beliau turut menolak kegiatan yang tidak bermaruah seperti menggunakan wang semata-mata untuk meraih sokongan perwakilan di mana kegiatan itu bukan budaya PKR sebaliknya ia adalah budaya kotor ala UMNO/BN dan sifat pemimpin seperti itu harus ditolak oleh para perwakilan dalam pemilihan akan datang ini.

Oleh: JACKSON LU (sabahkini)

20 comments:
Write comments
  1. Sama juga apa yang saya ucapkan kepada BN-UMNO, masih ada ruangan untuk diperbaiki lagi, jangan disebabkan ada perkembangan serba sedikit dah rasa puas hati, kenalah selalu memajukan diri supaya bolehlah berkhidmat pada rakyat sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  2. Kita tunggu dan lihat sajalah. Apa pun BN sabah teruskan perjuangan anda.

    ReplyDelete
  3. sebagai rakyat kami hanya akan memilih yang terbaik..kami tahu siapa yang terbaik untuk mewakili kami...

    ReplyDelete
  4. yup, masing2 akan melakukan transformasi untuk menghadapi PRU13 nanti.. sedarlah kelemahan sendiri dan usaha untuk memperbaikinya.

    ReplyDelete
  5. nanti dan tunggu jawapannya nanti. Rakyat adalah penentu siapa pemimpin mereka kelak.

    ReplyDelete
  6. Tunggu and tengok siapa paling sesuai pulak.

    ReplyDelete
  7. lihat sajalah pada pilihanraya umum nnti, siapa ya dipilih rkyat.

    ReplyDelete
  8. Teruslah usaha meningkatkan kemampuan diri. Rakyat akan memilih pemimpin berdasarkan kemampuan dan prestasi.

    ReplyDelete
  9. Politics, you never know what will happen next, could be good and could be bad!!!

    ReplyDelete
  10. Persaingan sihat antara parti-parti politik secara lansung menguntungkan rakyat Sabah kerana demi meraih sokongan dari rakyat, sama-sama akan mencari jalan untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  11. Bn juga harus bertransformasi. Jika tidak, nanti ketinggalan dan ditinggalkan rakyat.

    ReplyDelete
  12. PKR masih muda, tidak hairan ia sedang dalam proses transformasi.

    ReplyDelete
  13. Hanya satu yang penting iaitu semua rancangan adalah untuk rakyat dan bukan untuk kepentingan sesetengah rakyat!

    ReplyDelete
  14. Memang sekadar fantasi. Fantasi itu tidak praktikal. Biarlah transfomarsi yang betul-betul membawa perubahan.

    ReplyDelete
  15. Kalu tidak pandai berubah, kita singkirkan. Samada dari BN atau PR.

    ReplyDelete
  16. betul kata Bi, yang penting berubah demi kebaikan rakyat dan bukan untuk untuk peribadi.

    ReplyDelete
  17. Demi survival dalam arena politik, semua parti politik bertransfomasi mengikut kehendak rakyat dan zaman.

    ReplyDelete
  18. PKR mesti berubah, jika tidak ia disingkir rakyat.

    ReplyDelete
  19. JIKA SERIUS DALAM KERJA, TENTULAH BUKAN FANTASI.

    ReplyDelete
  20. Saya rasa PKR memang serius dalam hal ini. BN tidak harus memandang ringan impak ini kerana banyak isu yang boleh digembar-gemburkan oleh PKR ketika negara dilanda kegawatan ekonomi.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.