Thursday, July 15, 2010

Pemilik payu dara terbesar kini kritikal

HOUSTON, Texas - Seorang model berumur 28 tahun, Sheyla Hershey yang memiliki payu dara terbesar dunia kelmarin berada dalam keadaan kritikal, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang juga seorang ibu berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan payu daranya yang terbaru di sebuah hospital.



Sheyla yang berketurunan Brazil tetapi tinggal di sini menjalani pembedahan itu kerana mengalami jangkitan akibat pembedahan tambahan terbaru payu daranya pada bulan lalu.

Doktor-doktor melakukan pembedahan itu pada pagi kelmarin untuk mengeluarkan implan payu dara.

Setakat ini, model itu telah menjalani 30 pembedahan.

Sebelum ini, Sheyla pernah berkata, dia demam dan berasa sakit serta tidak dapat bernafas dengan sempurna selain terpaksa baring di atas katil setiap hari.

Menurut laman web model itu, dia boleh berbahasa Portugal, Sepanyol, Itali dan Inggeris. - Agensi

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.