Saturday, July 10, 2010

Lagi Parti Pembangkang tajaan BN di Sarawak ?

KUCHING: Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERSB), sebuah parti baru ditubuhkan menjelang Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak Kesepuluh mengesahkan akan bertanding di semua 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Setiausaha penaja parti itu, Noh @ Mohammad Noh Bakri @ Bakeri, berkata mereka sudah mengenal pasti 71 calon yang akan diletakkan untuk bertanding dalam pilihan raya negeri yang dijangka akhir tahun ini, atau paling lewat awal tahun depan.

Malah katanya, parti itu sudah bersiap sedia dari segi modal sebagai wang cengkeram untuk semua calonnya.

"Kami akan memperkenalkan semua 71 calon parti kami pada satu sidang media khas di Hotel Grand Continental di Kuching pada jam 9.30 pagi, Sabtu ini, katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai parti itu kecuali mengesahkan ia diketuai seorang ahli perniagaan, David Mathew, dari Lawas.

Katanya, parti itu ditubuhkan sekumpulan ahli perniagaan dan golongan profesional termasuk peguam.

Noh berkata, perjuangan PERSB berbeza dengan parti lain kerana tidak menyokong parti kerajaan Barisan Nasional (BN), mahupun pakatan pembangkang.

"PERSB mempunyai landasan perjuangan tersendiri dan kita akan memperjuangkan nasib penduduk luar bandar terutama yang tidak menikmati bekalan asas elektrik, air dan tiada sumber ekonomi," katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Sarawak yang dihubungi mengesahkan PERSB sudah memohon untuk didaftarkan.

RE : PRESS CONFERENCE – PROTEM MEETING OF PARTI EKONOMI RAKYAT SARAWAK BERSATU (PERSB)

An announcement will be made during the Press Conference that we are ready, willing and able to compete in all 71 state seats in the 10th Sarawak State Legislative Assembly Elections and 31 seats of parliament during the 13th General Elections.

Kindly send your reporters and photographers to our Press Conference scheduled below to meet our candidates for the Elections.

-Masdarwahid

5 comments:
Write comments
  1. Parti pembangkang tajaan BN? Apa maksud tu? BN yang menaja parti pembangkang?

    ReplyDelete
  2. Lagi Parti Pembangkang tajaan BN di Sarawak ? macam-macam lah..saya tak faham...

    ReplyDelete
  3. ditaja oleh BN????tapi parti(PERSB) ini tidak menyokong BN pun. mereka dengan haluan sendiri juga. jadi tidak mungkin BN yang taja.

    ReplyDelete
  4. apa kaitan dgn tajuk artikel ni?

    ReplyDelete
  5. RERSB adalah parti pembangkang, wat pa BN nak taja dia pla?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.