Wednesday, July 7, 2010

ISU PARTI AJARAN SESAT : PAS SABAH CABAR SHAFIE APDAL SAHUT CABARAN DEBAT SALAHUDIN

Pas Sabah mendesak Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal supaya bertindak sebagai anak jantan dan menyahut cabaran Naib Presiden PAS Salahudin Ayub mengadakan debat terbuka berhubung tuduhan beliau yang Pas sebuah parti ajaran sesat. Jika benar beliau yang mempunyai kredibiliti dan berwibawa maka jalan terbaik untuk membuktikannya ialah dengan bersedia berdebat dengah Salahuddin. Sekirannya beliau menolak ini membuktikan beliau seorang bacul dan hanya berani berkokok melalui media.

“Saya harap Shafie masih ingat ketika peristiwa beliau terpaksa membatalkan perjalanannya walaupun beliau sudah daftar masuk untuk penerbangan MAS dari Tawau ke Kuala Lumpur. Ini disebabkan beliau takut berdepan dengan Dato’ Seri Anwar yang berkebetulan daftar masuk untuk penerbangan yang sama”, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah Hamzah Abdullah dalam satu kenyataan beliau di sini.

Tambah Hamzah lagi tindakan Shafie jelas menunjukkan bahawa beliau sebenarnya gentar untuk bersekemuka pemimpin Pakatan Rakyat dan hanya berani secara “baling batu sembunyi tangan”.

“Pas bertegas bahawa Umnolah parti ajaran sesat. Buktinya kita boleh lihat dimana gejala maksiat subur di bawah pemerintahan Umno-BN. Pusat-pusat judi, karaoke, kelab malam, pusat urut dan pelbagai lagi tumbuh dengan subur sekali di bawah Umno-BN. Isu pembuangan bayi, kes zina, gugur anak merupakan budaya rutin yang semacam tiada penghujungnya akibat Umno-BN menolak hukum Allah. Inilah kesesatan yang nyata”, katanya.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad dalam satu kenyataan beliau menganggap ucapan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menuduh parti itu sebagai parti ajaran sesat adalah satu kenyataan yang biadab.

"PAS berpandangan bahawa kenyataan biadab ini untuk memburukkan perjuangan PAS di kalangan orang Islam khususnya dan orang bukan Islam yang sudah semakin dekat dengan perjuangan PAS.

"Beliau cuba menakutkan orang ramai supaya jangan sokong PAS ketika Umno mengalami masalah dalaman mereka dan kekurangan minyak pelincir untuk menggerakkan parti mereka, terutama lubuk emas Umno di Selangor dan Pulau Pinang yang kini berada di bawah Pakatan Rakyat," katanya.

azim fitri

17 comments:
Write comments
  1. Ya, saya sokong mengadakan perdebatan ini, berani kerana benar, takut kerana salah.

    ReplyDelete
  2. isu-isu seperti ini tidak patut diselesaikan dengan cara yang beremosi..perlu bersabar dan fikirkan cara terbaik untuk memastikan negara kita dalam keadaan aman dan harmoni...pada saya duduk di meja rundingan adalah lebih baik..Islam menggalakkan persemuafakatan dan bukan perpecahan...

    ReplyDelete
  3. Kalau benci dengan seseorang jangan lah bertindak mengutuk, ini tidak menampakkan imej pemimpin yang baik. Namun sebagai manusia biasa, kita tidak lari dengan cabaran, kelakuan yang tidak baik. Kawalan diri adalah sangat penting.

    ReplyDelete
  4. Pada pendapat saya, mengadakan perdebatan ini hanya akan "menambah garam pada luka". Janganlah menyelesai masalah dengan hati yang tidak tenang. Seperti yg dikomen oleh Eika, duduk di meja rundingan adalah lebih baik. Kedua2x pihak terutamanya Shafie tidak patut menunding jari sesuka hati.

    ReplyDelete
  5. saya fikir isu seperti ini tidak perlu diperdebatkan...ini kerana perdebatan boleh menambahkan kebencian...apatah lagi perdebatan akan mewujudkan "win-lose situation"..apa kata kita wujudkan "win-win situation"..tidak perlu berdebat tetapi duduk semeja sebagai saudara seagama dan mencari penyelesaian terbaik...

    ReplyDelete
  6. "Berita Harian melaporkan Datuk Nik Abdul Aziz sebagai berkata: “Ada perbezaan antara Islam di bawa PAS, berbanding Islam dibawa UMNO kerana Islam mereka (UMNO) tidak membawa ke mana-mana dan tidak membolehkan seseorang itu masuk syurga.” Utusan Malaysia pula melaporkan kenyataan DNAA itu seperti berikut: “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga…”".. bukankah itu sesat namanya?? adakah parti yang menentukan seseorang itu masuk syurga?? PAS juga perlu minta maaf kepada UMNO..

    ReplyDelete
  7. "Isu pembuangan bayi, kes zina, gugur anak merupakan budaya rutin yang semacam tiada penghujungnya akibat Umno-BN menolak hukum Allah." adakah disebabkan parti politik gejala itu berlaku? rasanya kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk menangani gejala ini.. PAS? bagaimana dengan kes2 maksiat di Kelantan yang banyak tersebar melalui internet?

    ReplyDelete
  8. isu ini rasannya tak perlulah diperdebatkan, selesaikanlah perkara ini dgn cara baik.

    ReplyDelete
  9. tidak perlu ada perdebatan..hal ini boleh diselesaikan dengan cara yang lebih berhemah..berfikir dengan rasional dan buatlah pertimbangan yang terbaik dan mampu membawa kebaikan kepada semua pihak tanpa ada permusuhan..

    ReplyDelete
  10. Haish. Gini lah jadinya..PAS punyalah diam2 disana, si SA pi kacaw..nahkan kena kawtim..Skrg baru diam..politic, politic..i can never understand it.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. jangan ikut perasaan untuk mengatakan sesuatu kepada seseorang macam yang dilakukan shafie..beliau haruslah lebih faham apa akibatnya jika tersalah cakap. terlajak perahu boleh diundur, tapi terlajak kata padah akibatnya..

    ReplyDelete
  13. Walauapa-apa pun, lain kali berhati-hati sikit bila mengeluarkan sebarang komen supaya tidak menimbulkan masalah seperti ini.

    ReplyDelete
  14. sekarang sharie haruslah menunjukkan kebenaran kata-katanya tersebut. PAS membawa debat, jadi apa tindakkan Shafie...

    ReplyDelete
  15. Bagi pendapat saya budaya pendebatan antara parti pemerintah dan pembangkang harus diamalkan. Memandangkan buat masa ini rakyat dibanjiri maklumat yang tidak tepat melalui saluran internet yang sukar dikawal, pendebatan terbuka ini dapat memberi gambaran yang sebenar apa yang sedang berlaku dalam negara.

    ReplyDelete
  16. Shafie harus berani menerima cabaran tersebut demi menyokong ujah beliau dan membuktikan kebenaran ujah beliau.

    ReplyDelete
  17. ACCEPT THE CHALLENGE D. SHAFIE.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.