Thursday, July 15, 2010

Pelanggan kecewa siaran dipotong walau bayar bil

http://www.a1teammalaysia.com.my/a1/images/AstroLogo.jpg* Seorang pelanggan ASTRO, HASNI kecewa dan merasa tertipu dengan perkhidmatan yang disediakan oleh MEASAT, sistem saluran siaran yang memotong siarannya sehingga dua kali walaupun bil astronya dijelaskan setiap bulan.

“Sudah dua kali saya naik turun ke pejabat ASTRO di KK Times Square untuk mendapatkan penjelasan,” katanya menambah pengurusan ASTRO seolah-olah tidak cekap apabila mengendalikan masalah pelanggan.

Tambahnya lagi, kali pertama siaran ASTROnya dipotong sehingga dia membawa kesemua resit pembayaran sebagai bukti sebelum siaran ASTROnya disambung semula

“Alasan kakitangan apabila ditemui, memberitahu saya salah seorang pelanggan telah mendebitkan wang kedalam akaun ASTRO saya, hanya dengan pengakuan sebegitu dan tanpa usul periksa pihak Astro telah memotong siaran saya!

Katanya menambah, sebelum itu beliau telah beberapa kali menghubungi perkhidmatan pelanggan HOTLINE mereka yang berpejabat di Kuala Lumpur untuk mendapatkan penjelasan lanjut tetapi tidak mendapat keputusan memuaskan sehingga beliau turun ke pejabat mereka di KK Times Square.

Pada Jun 26, saluran siaran ASTROnya dihentikan untuk kali kedua sehinggalah beliau datang kembali semula ke pejabat.

“Saya diberitahu oleh kakitangan yang menawarkan untuk mengubahsuai bil saya yang menyatakan saya mempunyai tunggakkan sehingga mencecah RM100.00. Adalah tidak munasabah dengan penggunaan saya yang hanya RM37.95 sebulan saya tidak mempunyai tunggakan seperti itu, saya selalu membuat pembayaran bil setiap bulan.

Saya berfikiran bahawa pihak Astro dilihat dengan sewenang-wenangnya boleh mengubahsuai Bil pelanggannya tanpa sebarang notis atau bukti dan dengan sewenangnya juga boleh meletakkan Caj-caj tertentu seperti yuran penyambungan untuk mendapatkan untung dengan mudah. Tidakkah ini satu penipuan, katanya dalam email.

* Surat aduan HASNI dalam bentuk email telah disampaikan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. -NST

4 comments:
Write comments
  1. Ini bukan kali pertama ada pelanggan kecewa dengan perkhidmatan Astro. Astro seharusnya memperbaiki kelemahan mereka kerana pelanggan berhak mendapatkan perkhidmatan yang baik setelah membayar bil yang mahal.

    ReplyDelete
  2. Astro seharusnya meningkatkan lagi mutu perkhidmatan mereka. hal seperti ini tak seharusnya timbul

    ReplyDelete
  3. diharapkan pihak Astro akan memberi respon terhadap aduan ini dan mengambil langkah2 mempertingkatkan kualiti perkhidmatan mereka. sememangnya diakui bahawa Astro sangat berjaya di Malaysia namun itu tidak bermakna mereka boleh mengabaikan hak dan kepentingan pengguna. jika pihak Astro tidak memandang serius perkara ini, tidak mustahil pengguna boleh dan bakal menukarkan kejayaan itu kepada kegagalan untuk Astro.

    ReplyDelete
  4. dalam apa bentuk perniagaan sekali pun, kepuasan pelanggan adalah menjadi keutamaan. ini bagi mengekalkan kesetiaan pelangaan terhadap perkhidmatan. pihak ASTRO perlu berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka dari semasa ke semasa.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.