Sunday, July 18, 2010

Pakatan mampu cipta sejarah di Sarawak

Jentera Pakatan Rakyat harus giat bekerja dan bersama rakyat untuk mencipta sejarah dan membuat perubahan besar dalam lanskap politik Sarawak.

Ini berdasarkan kajian yang dibuat oleh Merdeka Centre baru-baru ini berkaitan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional di Sarawak sungguh menarik perhatian ramai pihak.

Bagi PAS Miri, sesuatu yang pasti adalah di saat demam pilihan raya negeri (dan mungkin umum) semakin terasa segalanya semakin baik bagi Barisan Nasional.

Dalam satu kenyataan media, PAS kawasan menyatakan manakan tidak, ia berlaku selepas rating Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak naik ke angka lebih 70% baru-baru ini, di saat itu jualah Sibu terlepas dari genggaman BN.


(Gambar: Majlis penyerahan borang penubuhan PAS Senadin kepada setiausaha kawasan, baru-baru ini.)

“PAS Miri beranggapan angka atau statistik yang dilaporkan adalah sesuatu yang dicanang untuk menunjukkan kepada Kabinet Ketua Menteri dan Perdana Menteri bahawa a good feel factor sedang berlaku,” kenyataan itu menambah.

Ia harus digiatkan, disusuli serangan menggila media ke atas Kerajaan Pakatan di Selangor dengan isu curi Pasir, di Kelantan isu pembalakan bagi memastikan suasana baik ini diharapkan untuk diterjemah kepada kejayaan BN dalam pilihan raya.

Kata kenyataan itu lagi, ia umpama si Sotong Paul yang ‘menilik’ dengan tepat pemenang Piala Dunia baru-baru ini. Sudah pasti dengan laporan sebegini, BN akan lebih yakin untuk membubarkan Parlimen atau Dun.

Namun, biar apa pun yang dilaporkan, PAS Miri merasakan ia akan menjadi pembakar semangat dalam menggerakkan jentera parti dan rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam meneruskan kerja pilihan raya.

Sokongan yang bertambah baik telah diterjemahkan lagi dengan tertubuhnya 5 cawangan baru PAS di Miri iaitu Senadin, Piasau, Pulau Melayu, Bumiko dan Pujut.

Menurut kenyataan itu, dengan penambahan ahli setempat yang semakin baik dan sokongan terbuka masyarakat bukan Islam melalui tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS Miri jelas menunjukkan terkadang sesuatu laporan media atau kajian, tidak seperti apa yang sebenarnya berlaku atau mungkin jua harus dianggap berlawanan keadaannya.

Contohnya, sudah acap kali berlaku kalau tajuk berita itu ditulis 500 penyokong PR berhimpun di Kedutaan Amerika, sebenarnya 5,000 yang hadir. Pernah juga ditulis 1,000 ahli PKR tukar parti masuk Umno tetapi yang berlaku hanya 10 orang dan lebih perit 500 pula masuk PKR.

“Jadi sama-sama kita tunggu kebenarannya. Jentera parti Pakatan harus giat bekerja dan bersama rakyat untuk mencipta sejarah buat Pakatan Rakyat di Miri seperti yang telah berlaku di Sibu, lantas membuat perubahan besar dalam lanskap politik Sarawak,” ujar kenyataan itu lagi. -HD

8 comments:
Write comments
  1. apa pun saya yakin rakyat sarawak lebih tahu siapa yang sesuai untuk menjadi pemimpin mereka..serahkan kepada rakyat untuk memilih..

    ReplyDelete
  2. tidak pasti bertul atau tidak rakyat sarawak memilih PR. jdai jangan bermimpi disiang hari.

    ReplyDelete
  3. BN haruslah lebih aktif untuk rakyat. yakinkan rakyat yang BN adalah yang tebaik untu rakyat.

    ReplyDelete
  4. Pastikan keperluan rakyat diutamakan untuk memenangi pilihanraya akan datang.

    ReplyDelete
  5. BN perlu bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya tiada perubahan. Apa pun tunjukan yang terbaik untuk rakyat, BN pasti boleh.

    ReplyDelete
  6. If BN still want to stay in power, they to be active and work for the people. If not, they will have to face the music as the people comes out and vote.

    ReplyDelete
  7. Parti yang mana bukan fokusnya. Apa yang penting adalah perkhidmatan dan perjuangan yang ikhlas yang dapat diberikan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  8. All for the best of the people. Give all your best to the people. Not for your own benefit.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.