Thursday, July 15, 2010

Periuk tukarkan beras jadi roti

TOKYO - Syarikat pengeluar elektronik, Sanyo semalam melancarkan produk terbarunya iaitu 'periuk' yang boleh menukarkan beras menjadi roti.

Mesin itu boleh mengisar satu cawan beras menjadi tepung kemudian diadunkan dengan air, gluten, ragi dan bahan lain untuk membakar sebuku roti selama empat jam.

Nama yang diberikan untuk 'periuk' itu ialah GOPAN iaitu campuran perkataan gohan dalam bahasa Jepun bermaksud memasak nasi dan pan yang bermakna roti dalam bahasa Sepanyol.

Periuk itu akan dijual pada harga antara AS$560 (RM1,793) hingga RM670 (RM2,146). - AFP

7 comments:
Write comments
  1. Orang jepun memang suka mencipta benda-benda yang pelik tapi berguna.

    ReplyDelete
  2. negara Jepun sememangnya hebat dari segi teknologinya. saya harap satu hari nanti kita akan jadi seperti.

    ReplyDelete
  3. pelik..tapi benar..itulah yang sesuai untuk ciptaan orang jepun ini.

    ReplyDelete
  4. Very creative of the Japanese to invent such product!

    ReplyDelete
  5. orang jepun memang hebat dapat fikir benda-benda macam ni..

    ReplyDelete
  6. Lain kali cipta lagi periuk yang boleh menukarkan bahan mentah terus menjadi masakan sedap. Hehe. Pasti ia boleh meringankan beban suri-rumah ataupun orang malas bila menyediakan sajian.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.