Thursday, July 8, 2010

RAKAN KONGSI MICHAEL CHIA DITUDUH MENIPU?

SATU lagi kes penipuan yang membabitkan ratusan juta ringgit yang melibatkan seorang saudagar kayu balak di kawasan konsesi Yayasan Sabah YS1/07(3) di Hutan Simpan Pinangah terpanggil untuk diselongkar satu demi satu untuk pengetahuan pihak polis dan juga orang awam di seluruh negara.

Syarikat Tamabina Sdn Bhd, kepunyaan Lo Man Heng yang ada kepentingan dalam Nakamichi Corporation Bhd (Company No. 301384 H) dikatakan mendapat kontrak untuk pengeluaran kayu balak di kawasan tersebut sejak daripada Mac 2009 hingga 17 November 2009.

Kemungkinan Tamabina Sdn Bhd tidak berupaya untuk melaksanakan kerja-kerja pengeluarkan kayu tersebut lantas syarikat tersebut melantik sebuah Syarikat KKS Timber Trading yang berpejabat di Keningau sebagai sub-kontraktor bagi operasi pengeluaran kayu balak tersebut.

Memandangkan KKS Timber Trading terlalu yakin terhadap peranan Tamabina Sdn Bhd, maka mereka menandatangani surat perjanjian kontrak antara satu sama lain.

ALTIMATUM...Ko berkata beliau hanya memberi peluang 30 hari saja kepada Lo Man Heng (kiri) menjelaskannya. Jika gagal, tindakan undang-undang akan diambil.

Dalam pada itu pemilik KKS Timber Trading, Ko Kung Siong (Ah Siong) terus melaksanakan kerja-kerja operasinya bagi mengeluarkan kayu balak daripada kawasan tersebut dengan menggunakan tenaga kerja buruh seramai lebih 200 orang.

“Saya sangat marah kerana kerja sudah habis, Loh Man Heng sudah dapat untung daripada Yayasan Sabah tetapi dia gagal untuk membayar kepada syarikat sudah berbulan-bulan. Jadi macam mana saya mahu bayar gaji kepada pekerja saya,” ujar Ko yang mengakui tidak dapat menghalang pekerjanya mengadakan piket setelah semua jalan perundingan menemui jalan buntu.

Bukan itu sahaja, kata Ko, malah KKS telah dibebani oleh timbunan hutang piutang dengan beberapa syarikat seperti pembekal alat-alat ganti traktor, tayar dan sebagainya.

Kata Ko, jumlah tunggakan hutang Tamabina Sdn Bhd kepada syarikatnya sebanyak RM1,448,173.07.

”Siapa tidak geram. Bila saya hubungi Lo Man Heng, dia marah dan ugut akan minta Polis Bukit Aman tangkap saya. Tapi apa salah saya? Dia yang berhutang kenapa pula sayang yang mau ditangkap?” tanya Ko yang kesal kerana Loh enggan bertanggung jawab di atas kerugian yang dialaminya.

Tegas Ko, Lo Man Heng b tidak boleh mengelak atau berdalih kerana dia sudah menandatangani surat perjanjian dan salinannya telah dimaterai dan diterima oleh Pejabat Yayasan Sabah Kota Kinabalu dan Rakyat Berjaya Sdn. Bhd (Bahagian Perhutanan) pada 24 Mei 2010.

“Saya punya cukup bukti kalau saya mahu dakwa Lo Man Heng dan syarikatnya kerana semua dokumen yang berbentuk surat perjanjian masih ada di tangan saya. Manalah tahu jika pihak tertentu mahu bukti yang jelas saya akan serahkannya” kata Ko lagi.

Kata Ko, beliau bukan mengugut Loh Man Heng, sebaliknya jengkel dengan sikap beliau yang tidak mahu berunding dan berniat jahat ketika mematerai kontrak dengannya.

“Memang dia ada bayar, tapi itu lima bulan lalu, tapi hanya sedikit saja dan tidak dapat menampung gaji pekerja yang tertunggak,” kata Ko yang mendakwa Tamabina Sdn Bhd telah mengaut keuntungan berpuluh juta daripada Yayasan Sabah namun dia tidak mahu jelaskan hutang dia dengan KKS,” kata Ko yang mendakwa anak syarikat Tamabina S/B iaitu Nakamichi merupakan salah sebuah syarikat korporat yang tersenarai dan Lo membeli Equiti sebanyak 51 peratus pada 14 Disember 2009 .

Ko merujuk kepada kandungan memorandum syarikat yang bertajuk “Circular to Shareholde in Relation to Vary The Term of The Guaranteed of the 51% Equity Interest In The Tamabina Sdn Bhd.

Dalam hal ini. Kata Ko, pihaknya belum bercadang untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Lo Man Heng dan beliau memberikan peluang secara saksama selama 30 hari dari tarikh berita ini tersiar agar Loh menjelaskan hutangnya.

“Kita ambil jalan damai. Saya merayu kepada Lo Man Heng agar menjelaskan hutang piutangnya yang berjumlah RM 1,448,173.07 kepada KKS Timber Trading dan sekiranya engkar atau sengaja tidak menghiraukan diplomasi ini, maka saya akan membuat laporan polis kerana menipu dan memalsukan keterangan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia,” kata Ko yang akan membuat laporan polis sebelum melantik peguam untuk mengemukakan tuntutannya di mahkamah kelak.

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

14 comments:
Write comments
  1. kes ini boleh diklasifikasikan sebagai kes jenayah yang melibatkan tuntutan wang jutaan ringgit.. diharapkan kes ini akan mendapat perhatian dan siasatan perlu dilaksanakan segera..

    ReplyDelete
  2. Jika mempunyai bukti yang mencukupi, SPRM boleh menyiasat orang yang terbabit.

    ReplyDelete
  3. Kes ini melibatkan hal peribadi, jangan pula ada yang pandai2 melibatkan nama orang lain untuk berlindung. Apapun selesaikan melalui perbincangan, bersemuka sebelum membawa kes ini kemahkamah.

    ReplyDelete
  4. kes macam ni perlukan penyelesaian yang baik..kedua-dua pihak masih boleh berunding untuk menyelesaikannya..dalam berniaga perlu ada kejujuran..barulah boleh jadi glokal..

    ReplyDelete
  5. selesaikanlah perkara ini dgn cara baik. kalau berhutang, langsaikanlah.

    ReplyDelete
  6. pihak berkuasa haruslah menyiasat perkara ini dan haruslah mencari bukti. semoga dapat diselesaikan..

    ReplyDelete
  7. perbincangan sesama sendiri haruslah dibuat untuk mencari penyelesaian unutk membayar hutang tersebut.

    ReplyDelete
  8. I've heard about this company Nakamichi Corporation Bhd. If this really happen, then the authorities should look into this matter.

    ReplyDelete
  9. Apa-apa pun saya harap kes ini dapat diselesaikan dengan cepat nanti lebih byk orng pula kena tuduh terlibat.

    ReplyDelete
  10. diharapkan dengan tersiarnya kenyataan ini, pihak berkuasa dapat mengambil tindakan untuk memberi keadilan kepada syarikat KKS Timber Trading..

    ReplyDelete
  11. Diharapkan SPRM menjalankan tugas mereka secara adil dan saksama, jika ada bukti ataupun disyaiki baru pergi menyiasat.

    ReplyDelete
  12. Apabila menikmati kemewahan hidup, fikirkan tentang orang yang menyumbang kepada kemewahan mu dengan titih peluh dan darah yang hanya menunggu sesuap nasi. Atau suatu hari nanti Tuhan yang menuntut keadilan untuk mereka.

    ReplyDelete
  13. Hutang harus dibayar. Jangan sampai menyusahkan orang.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.