Monday, July 12, 2010

Sabah : Sekolah yang daif

KOTA KINABALU: Walaupun hanya kira-kira 15 kilometer dari pusat bandar raya, keadaan Sekolah Kebangsaan (SK) Darau, Menggatal di sini, tidak ubah seperti sekolah pedalaman yang daif dan serba kekurangan.

Ia berikutan keadaan bangunan kayu yang menempatkan sebahagian besar bilik darjah sekolah itu usang dengan ada strukturnya reput, sama ada akibat dimamah usia atau dibinasakan banjir.
Akibatnya, kira-kira 1,300 muridnya terpaksa belajar dalam bilik darjah yang sempit dan daif, manakala nyawa mereka diancam bahaya kerana bangunan digunakan boleh roboh pada bila-bila masa.

Tinjauan Berita Harian mendapati dua bangunan kayu bertiang menempatkan enam bilik darjah dan tiga bangunan teres separuh konkrit dengan enam bilik darjah yang berusia hampir separuh abad sudah tidak sesuai diduduki.

Struktur binaannya tidak kukuh dengan sebahagian lantai kayu dan anak tangga daripada papan berkeriut dan melengkung apabila dipijak, manakala dinding berlubang kerana papannya reput.

Bumbung pula ada yang diliputi rumput dan bocor manakala sebahagian cermin tingkap tertanggal, menunjukkan keadaannya yang daif dan tidak setaraf dengan kedudukan sebagai sekolah bandar.
Keadaan itu tidak sepadan dengan kedudukannya sebagai sekolah aliran Melayu terawal di bandar raya ini dan antara sekolah pilihan utama ibu bapa di kawasan Menggatal untuk menyekolahkan anak mereka.

Guru Besarnya, Said Khairani, berkata sekolah itu asalnya dinamakan Sekolah Vernakular Kerajaan Darau yang dibina pemerintah British pada 1940 dengan tapak asal di Kampung Likas, Kota Kinabalu.

"Pada 1963, tapak sekolah dipindahkan ke kawasan berhampiran pekan Menggatal dengan kemudahan empat bilik darjah dalam dua bangunan separuh konkrit yang masih digunakan hingga ke hari ini.

"Walaupun kerajaan membina sebuah bangunan baru dua tingkat untuk menambah kemudahan bilik darjah pada 1990-an, bilik darjah di bangunan lama masih digunakan kerana kelas di bangunan baru tidak mencukupi.

"Saya sedar keadaan bangunan lama itu sudah tidak sesuai digunakan kerana usang tetapi kami tiada pilihan. Kalau hanya bilik darjah di bangunan baru digunakan, tidak ramai murid dapat diambil sedangkan ramai ibu bapa mahu menghantar anak ke sekolah ini," katanya.

Ketika ini, sekolah itu hanya mempunyai 16 bilik darjah dengan 32 kelas dari prasekolah hingga Tahun Enam yang dikendalikan dalam dua sesi iaitu pagi dan petang.

Beliau berkata, masalah dihadapi sekolah itu sudah diajukan kepada Kementerian Pelajaran sejak 10 tahun lalu dengan meminta penambahan 12 lagi bilik darjah baru tetapi sehingga kini belum ditunaikan.

"Pihak kementerian berjanji membina bilik darjah baru dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMke-8) tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana ketiadaan peruntukan lalu dilanjutkan ke Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9), namun keadaannya juga sama.

"Ini memaksa kita menyambung permohonan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) tetapi kali ini dengan penambahan 24 bilik darjah baru. Saya berharap permintaan kali ini dapat ditunaikan," katanya.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) SK Darau, Abdul Razak Kulah, berkata kerajaan perlu memberi perhatian kepada masalah dihadapi sekolah itu kerana apa yang dialami murid dan gurunya sudah berlarutan sejak sekian lama.

Katanya, masalah banjir kilat yang sering melanda sekolah itu setiap kali hujan lebat juga wajar diambil berat kerana ia menyebabkan banyak harta benda sekolah rosak selain memaksa pengurusan sekolah menutup persekolahan apabila banjir.

“Kedudukan sekolah ini di kawasan rendah menyebabkan ia mudah dinaiki air dan ia berlaku apabila hujan berpanjangan lebih sejam. Disebabkan banjir, sekolah terpaksa ditutup sehingga banjir surut dan lumpur dalam bilik darjah dibersihkan.

"Sehubungan itu, kami meminta apabila kerajaan membina bilik darjah baru untuk sekolah ini, bangunannya dibina bertiang tinggi supaya tidak dilimpahi banjir.

"Bangunan makmal komputer sekolah yang dibina bertiang kira-kira satu meter sebelum ini pernah dinaiki air setinggi tiga meter menyebabkan sebahagian besar peralatan komputernya rosak," katanya.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga Exco Pelajaran negeri, Datuk Masidi Manjun, turut meninjau keadaan sekolah itu dan meminta Kementerian Pelajaran memberi keutamaan menyelesaikan masalah yang dihadapi. -BH

14 comments:
Write comments
  1. Diharapkan kerajaan akan meluluskan peruntukan yang mencukupi untuk memperbaiki sekolah-sekolah seperti ini serta membantu mereka melengkapkan keperluan sekolah supaya pelajar dan guru boleh belajar dalam suasana yang selamat.

    ReplyDelete
  2. Kerajaan juga perlulah memperbaiki sekolah yang sedia-ada dan mengurangkan pembagunan sekolah baru kerana kita memerlukan sekolah yang berkualiti bukan meningkatkan kuantiti sekolah semata-matanya.

    ReplyDelete
  3. bagaimana sekolah yang berada dikwasan bandaraya boleh menajdi begitu daif? sekolah ini perlu dibaik pulih dgn segera bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pelajar dan guru di sekolah tesebut terjamin.

    ReplyDelete
  4. saya berharap keadaan sekolah yang daif dapat diperbaiki bagi memberikan keselesaan semasa proses pembelajaran..keselesaan akan menambah fokus dan minat para pelajar untuk belajar..

    ReplyDelete
  5. Bayangkan sekolah yang hanya terletak 15 kilometer dari bandar Kota Kinabalu masih serba kekurangan. Inilah masalahnya sekiranya pihak-pihak tertentu tidak turun padang.

    ReplyDelete
  6. Diharapkan sekolah ini mendapat pelbagai kemudahan terutamanya peralatan sekolah oleh kerajaan.

    ReplyDelete
  7. keadaan sekolah yang daif boleh menyumbang kepada penurunan tahap prestasi sekolah berkenaan.. jika tidak mahu prestasi sekolah terus merosot, kerajaan perlu bertindak untuk mengatasi masalah ini secepat mungkin.

    ReplyDelete
  8. ini haruslah diberikan perhatian kerana ini boleh mengundang bahaya kepada murid-murid mahupun guru dan juga tidak keselesaan murid-murid utuk belajar kerana sempit. berilah peruntukkan untuk membantu sk tersebut dengan keadaan sekolah yang daif ini.

    ReplyDelete
  9. Sekolah yang telah usang akan diroboh pada bila masa-masa. Kerajaan haruslah membantu mereka. Janagan membiarkan perkara ini terus berlaku.

    ReplyDelete
  10. Kerajaan sepatutya peka kepada keperluan rakyat serta memastikan semua keperluan seperti perubatan, pendidikan dan sebagainya lengkap dan sempurna.

    ReplyDelete
  11. Sabah to propose separate expenditure ceiling for education
    24th June, 2010

    KOTA KINABALU: Sabah will propose a separate expenditure ceiling for education in the State to the Federal government.
    Minister of Tourism, Culture & Environment, Datuk Masidi Manjun, who is also the minister-in-charge of the education portfolio in Sabah, said financial constraints impeded the implementation of some school projects in the state and the situation was made worse by bureaucracy.
    “Although the Education Department is working hard to get funds to fix the infrastructure of schools, the decision is not in their hands but with the officials in Kuala Lumpur,” he said.
    He was speaking to reporters during a surprise visit to SK Darau, Menggatal where he was invited to inspect the poor condition of the school by the Parents & Teachers Association.
    Also present during the visit was State Education Department director, Dr Muhiddin Yusin.
    Masidi expressed his shock to find a school with such poor conditions in the urban area but said that the repair can only be done in phases.
    “One of the issues we face is priority which is given to rural schools with little or no infrastructure at all,” he said.
    According to SK Darau headmaster, Said Khairani, some of the buildings in the school were over 20 years old and the main problem was flash floods that further damaged the wooden structure.
    “In 2005 when floods hit Menggatal, the water level was nearly at three metres,” he said.
    Since then, the school has dug a makeshift drain with the initiative of its Parents & Teachers Association (PTA) but Khairani said that it only slightly reduced the water level.
    Khairani said the school was to be given new classrooms under the 8th Malaysia Plan but it was not carried out and it then rolled over into the 9th Malaysia Plan.
    Since then, he has been making appeals to the Education Department to grant the school new buildings.
    Meanwhile, Masidi has urged the State Development Department to monitor building projects to ensure the appointed contractors have fulfilled specifications.
    “Without strict monitoring, the people will not only get buildings of poor quality but it also leads to wastage of funds,” he said.

    ReplyDelete
  12. Saya percaya pekara ini akan diselesaikan dalam masa yang singkat setelah diberi perhatian.

    ReplyDelete
  13. There are bunches of school in Sabah which is lack of all kind of resources need immediate attention from the government.

    ReplyDelete
  14. Jangan abaikan hak anak Sabah menerima kualiti pendidikan yang sempurna.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.