Thursday, July 29, 2010

Sarawak: Pengedar sembunyi

KUCHING: Sebelum ini, penjual pil nospan bermaharajalela menguasai kawasan lorong dan depan kedai di Jalan Gertak di sini, seolah-olah kegiatan mereka itu tidak diperhatikan pihak berkuasa.

Mereka bukan saja sentiasa berdiri di tepi jalan berkenaan menunggu pelanggan, malah berani memasang isyarat iaitu tulisan tertera perkataan `nospen' serta perkataan lain dipercayai nama penjualnya di tiang premis kedai itu.

Tanda isyarat itu dikatakan untuk memudahkan pembeli baru mendapatkan bekalan pil khayal daripada penjualnya dengan menyebut nama yang ditulis pada tiang berkenaan.

Namun susulan pendedahan akhbar ini menerusi laporan muka depan edisi Sabah Sarawak pada 18 Jun lalu, mengenai kegiatan penjualan pil khayal secara terbuka di lokasi berkenaan, pihak berkuasa mula meningkatkan penguatkuasaan dan pengawasan di kawasan terbabit.

Berikutan itu, kegiatan penjual pil khayal secara terbuka itu tidak lagi kelihatan dengan polis meletakkan anggotanya berkawal di depan Bangunan Saujana yang terletak bertentangan dengan lokasi jual beli pil khayal itu.

Tinjauan mendapati kawasan terbabit kini sudah `bersih' apabila tiada lagi kelibat beberapa lelaki berlagak samseng yang sebelum ini sentiasa berdiri di tepi jalan menunggu pelanggan datang mengambil bekalan.

Keadaan itu berlaku sejak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, memperhebatkan operasi mencegah jenayah di sekitar bandar raya ini dengan meletakkan anggota di beberapa lokasi strategik.
Ketiadaan kumpulan penjual pil nospan itu di lokasi terbabit bukan saja melegakan orang ramai yang selama ini `sakit mata' melihat aksi mereka, malah beberapa peniaga juga lega kerana mereka bimbangkan sesuatu yang buruk berlaku.

Seorang peniaga yang enggan namanya disiarkan berkata, walaupun tidak selesa dengan kehadiran kumpulan penjual pil khayal itu, beliau tidak berani menegur mereka.

"Terima kasih kepada polis yang meletakkan anggota mengawasi kawasan ini. Selain rasa lebih selamat daripada ancaman penjenayah, kami juga rasa lega kerana kawasan sekitar premis perniagaan kami tidak lagi menjadi tumpuan penagih pil khayal," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kock Keong, berkata pihaknya meletakkan anggota mengawasi lokasi tumpuan ramai di sekitar bandaraya ini sejak sebulan lalu.

Langkah itu diambil bagi membendung pelbagai kes jenayah termasuk kegiatan penjualan pil khayal kalangan remaja di bandar raya ini.

Beliau berkata, rondaan juga mampu dijalankan dengan lebih kerap apabila anggota ditempatkan di lokasi strategik itu sepanjang masa.

Selain di Bangunan Saujana, polis turut menempatkan anggota di beberapa lokasi strategik antaranya di Tebingan Kuching, Espalaned Kuching dan Lebuh India. -BH

6 comments:
Write comments
  1. Memang berani pengedar dadah ini, seolah-olahnya tidak mempedulikan undang-undang. Diharapkan pihak polis boleh membongkarkan kegiatan mereka dan memberhentikan penyedaran dadah yang membawa kepada kemusnahan masyarakat.

    ReplyDelete
  2. pihak polis perlu meneruskan usaha untuk membendung pekara seperti ini. pekara ini jika dibiarkan akan merosakkan akhlak remaja.

    ReplyDelete
  3. memang harus masalh ini ditangani. Ini menganggu perniaga dan juga orang ramai. Polis haruslah selalu membuat pemantauan untuk mengurangkan penjualan barang tersebut.

    ReplyDelete
  4. pengedar2 ini perlu ditahan, mereka sesuka hati ja menjual pil di tmpat2 terbuka. hapuskan pengedaran dadah!

    ReplyDelete
  5. These pusher are destroying people's lives especially the youths. Should be punish with severe punishment.

    ReplyDelete
  6. Hukuman untuk pengedaran dadah adalah hukum mati, tapi pengedar dadah ini langsung tidak takut pada undang-undang. Memang tak patut.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.