Tuesday, December 31, 2013

Kedaulatan Kemerdekaan Dan Hak Rakyat Borneo

KEDAULATAN KEMERDEKAAN DAN HAK RAKYAT BORNEO MENENTUKAN NASIB SENDIRI 1. Pembebasan Rakyat Borneo Dari Penindasan Malaya PENAKLUKAN tanpa pengisytiharan penjajahan adalah kemuncak tertinggi dari ketuanan atau dominasi kuasa Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) yang merdeka pada...

Realiti pahit menjelang sesi persekolahan baru

Tinggal dua hari lagi sebelum sesi persekolahan yang baru bermula. Setinggi mana pun semangat kita untuk Turun dalam himpunan aman membantah kenaikan yang berlaku, kita masih mempunyai tanggungjawab yang perlu diselesaikan iaitu membeli barang persekolahan...

MCA Sabah kena pilih Pengerusi yang selari dengan Musa

Pada hari Khamis, presiden MCA yang baru Datuk Liow Tiong Lai akan mengumumkan pengerusi-pengerusi MCA negeri seluruh negara.Di Sabah, Pengerusi Jawatan Kuasa Perhubungan MCA Negeri, Datuk Edward Khoo Keok Hai yang telah mengetuai MCA negeri...

Felixia Yeap, gadis Playboy Bunny berazam ikut kelas agama

Felixia Yeap, bekas Playboy Bunny berazam untuk mengikuti kelas agama (Islam) mulai tahun depan dan akan terus lebih banyak memakai hijab. "Felixia harap lebih banyak pakai hijab tahun depan... dan Alhamdulillah tidak akan 'let you...

VIDEO Sarawak Pula Dilanda Banjir

eadaan hujan yang berterusan telah menyebabkan empat bahagian di Sarawak dilanda banjir hari ini. Jurucakap Bilik Gerakan Bencana Negeri semasa dihubungi Bernama hari ini berkata beberapa kawasan di Miri, Bintulu, Betong dan Sri Aman dinaiki...

Bekas Ketua Polis Negara yakin himpunan esok aman

Tan Sri Norian Mai hari ini menyuarakan keyakinan bahawa himpunan membantah kenaikan kos sara hidup yang dijadualkan di Dataran Merdeka esok akan berlangsung dengan aman tanpa sebarang keganasan. Bekas Ketua Polis Negara itu itu berkata,...

"GULING KERAJAAN", Mungkinkah Kerajaan UMNO BN Akan Terguling?

Menuding suara rakyat membantah kenaikan kos sara hidup dengan tuduhan mahu menggulingkan kerajaan adalah dangkal dan tidak menghormati sentimen rakyat yang terpaksa menanggung bebanan keperluan harian yang semakin berat, bidas Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid.



Menurut beliau, tuntutan rakyat supaya kerajaan mengawal dan menurunkan kos hidup yang semakin meningkat menerusi perhimpunan 31 Disember ini adalah wajar.

“Perhimpunan yang bertujuan supaya suara rakyat untuk menuntut pihak kerajaan mengambil langkah mengatasi isu kenaikan kos hidup yang meningkat tidak harus dipandang serong.

“Kami mengingatkan bahawa jika kerajaan terus menerus dengan sindrom menafi berlakunya kenaikan kos, dan kerajaan mendakwa bahawa kini kos sara hidup adalah manasabah dan meningkatnya kos tidak dapat dielakkan, maka rakyat pasti akan melihat kerajaan ini tidak bertanggungjawab,” tegas beliau dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Mohd Azmi berkata, jurang kaya miskin di negara ini masih ketara dan wujud kelompok berpendapatan tinggi di negara ini yang hidup mewah termasuk di kalangan pemimpin dan ahli keluarga pemimpin.

Beliau mempersoalkan kewajaran rakyat untuk berdiam diri apabila wujud kepincangan dalam pengurusan kewangan negara sedangkan para pemimpin dan keluarga mereka terus menonjolkan kemewahan dan tidak prihatin terhadap kenaikan sara hidup yang ditanggung rakyat bawahan.

“Tidak dapat dinafikan dengan kadar kenaikan sara hidup yang mendadak , keresahan rakyat akan beransur-ansur memuncak dan akhirnya keadaan tidak boleh terkawal lagi.

“Keresahan ini bukan suatu yang dibuat-buat, apatah lagi tidak boleh dengan mudah dituduh perhimpunan yang digembleng bertujuan untuk menggulingkan kerajaan,” jelas beliau.

Beliau menyifatkan dakwaan kononnya perhimpunan Turun pada 31 Disember ini bertujuan menggulingkan kerajaan adalah tuduhan yang sangat tidak bertanggungjawab , malah menjadi petanda wujudnya sindrom nafi (denial syndrome) di kalangan pemimpin negara.

“Kesempitan hidup kini dirasai oleh semua peringkat rakyat terutama di kalangan golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang merupakan lebih 80 % dari keseluruhan penduduk di negara ini.

“Kesan berganda dan berangkai terhadap kos sara hidup pasti tidak dapat dielakkan bila kos pengangkutan naik serentak dengan kenaikan harga minyak mahupun tol lebuhraya,” tegas beliau.

Jika benar pemimpin kerajaan mengutamakan rakyat seperti yang sering didakwa , beliau menggesa supaya isu kos hidup ini ditangani segera.

“Langkah yang sepatutnya diambil oleh kerajaan ialah menangani isu-isu utama ini dan menghormati suara rakyat yang mahu menyatakan kerasahan mereka melalui perhimpunan aman,” katanya. -HD

Kos persekolahan dijangka naik mendadak

Ekoran kenaikan harga barang dan perkhidmatan mulai tahun depan, Pemuda PAS menjangka ibu bapa yang mempunyai anak sekolah akan berhadapan dengan cabaran kewangan yang agak kritikal ekoran daripada impak kenaikan harga petrol dan gula beberapa...

Al-Sisi Sudah Mati? Kehilangan al-Sisi jadi misteri

Kaherah: Rakyat Mesir kini tetanya-tanya ke manakah hilangnya Panglima Tentera Mesir, Jeneral Abdul Fattah al-Sisi yang sudah tidak kelihatan di khalayak ramai sejak 17 Oktober lepas. Al-Sisi yang melakukan rampasan kuasa menggulingkan Presiden Mohammed Morsi,...

Emel Ancaman Bom: Rafizi Lapor Polis Terhadap Blogger UMNO

Pengarah Startegi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, hari ini membuat satu laporan polis terhadap pengendali blog Umno yang menyebarkan e-mel palsu hingga mampu mengugat ketenteraman dan keselamatan negara. Laporan polis itu dibuat antaranya terhadap...

Sunday, December 29, 2013

Pesan Mahathir, Kurang kos, bukan naik harga..

Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik kerajaan ekoran kenaikan tarif elektrik pada kadar 15 peratus yang menurutnya, agak tinggi. Beliau berkata, tarif elektrik tidak seharusnya dinaikkan secara mendadak kerana akan membebankan pengguna. “Ini akan memberikan bebanan...

Pentadbiran Najib musuh kebebasan kata NGO

Sekumpulan NGO prokebebasan menganggap penggantungan mingguan The Heat oleh kerajaan menunjukkan bahawa pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai "musuh kebebasan". Perkara itu dinyatakan dalam dalam kenyataan bersama Institut Kajian Dasar, Komunite Seni Jalan...

Prof Muhaya tampil jawab isu "Tidak Prihatin"

Gara-gara mengeluarkan kenyataan pada artikel Prof Muhaya : Solusi Keluar Dari Bebanan Hidup yang disiarkan Sinar Harian Online, Selasa lalu, penceramah terkenal, Prof Dr Muhaya Mohamad dikritik pembaca kerana disifatkan tidak prihatin nasib rakyat.

Melalui sebuah video yang dimuat naik ke laman sosial Youtube, Prof Muhaya menjelaskan mengenai perkara tersebut.

“Saya bukan ustazah, bukan ahli politik dan bukan ahli ekonomi. Saya cuma pencetus inspirasi yang semua orang sudah tahu, gaya saya bercakap...Kita mesti faham bahawa ada benda yang kita boleh kawal dan tidak boleh kawal.

“Apabila ditanya bagaimana nak tangani beban orang yang tengah serabut...memang banyak pihak yang nak saya buat kenyataan memarahi pihak yang menaikkan harga dan sebagainya. Tapi, pada saya, itu semua banyak dah orang yang cakap.

"Jadi, peranan saya sebagai seorang yang berusia 50-an, ada pengalaman, saya memang sangat yakin bahawa cara kita melihat sesuatu akan mengubah tindakan, persepsi atau interpretasi kita terhadap perkara itu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan soal 80 peratus dalam kehidupan adalah untuk mencari solusi sementara bakinya untuk melihat masalah.

“Katakanlah, minyak atau susu tumpah. Adakah kita nak lap susu itu atau nak bergaduh siapa yang tumpahkan susu itu?

“Saya nak katakan di sini bahawa kita mesti melihat kehidupan dengan 80 peratus mencari solusi dan 20 peratus untuk melihat masalah,” katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyebut kenyataannya dalam artikel tersebut menunjukkan bahawa dirinya tidak prihatin terhadap kesusahan rakyat.

“Saya bukan ahli politik dan prinsip saya adalah tidak membuat kenyataan berbaur politik. Untuk situasi ini, bukan tidak prihatin. Siapa yang tidak prihatin...memang kasihan.

“Tetapi kalau kita kasihan, ramai orang yang susah, takkanlah kita nak ambil duit beri kepada semua orang susah itu? Kalau kita beri pun, ia dipanggil langkah sekejap.

“Tetapi bagaimana kita nak ‘empower’ seseorang? Ataupun beri kuasa atau membuat seseorang itu melakukan apa yang boleh pada situasi terdesak ini untuk menghadapi suasana tersebut?,” katanya.

Tambahnya, “saya seru kepada yang membuat dasar, kalau boleh kita prihatin dan janganlah kita melakukan sesuatu yang membebankan orang. Kerana kalau kita melepaskan beban orang, insya-ALLAH, ALLAH akan melepaskan beban kita,” katanya.

Jelasnya, “saya nak jelaskan, saya buat video ini pun bukan untuk justifikasi...takut orang tak suka, takut orang marah. Sebenarnya, saya dah maafkan semua orang yang mengata tak elok tentang saya. Saya tak rasa marah langsung. Saya faham dan rasa kasihan.”

-Sinar Harian

Veteran Umno, ISMA tolak sambutan tahun baru

NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Kelab Veteran Umno Malaysia menggesa agar sambutan tahun baru 2014 dibatalkan kerana Malaysia adalah sebuah negara Islam. Setiausaha Kelab Umno Veteran Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub berkata hanya tahun baharu...

Wang Rakyat Disalahguna Biaya Perkasa Bantu BN

Pendedahan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad bahawa Perkasa menerima dana daripada agensi kerajaan dikritik pertubuhan tersebut. Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya menyifatkan pendedahan itu tidak sepatutnya berlaku dan dibongkarkan kepada media. "Jika...

Risiko maut dan kebejatan jenayah bila barang naik!

Tirai 2013 bakal dilabuhkan dalam beberapa hari lagi. Namun kali ini tidak ramai yg mahu membuat azam dan cita-cita besar di ambang tahun baru ini. Sebabnya mudah. Rakyat di negara ini sedang menghitung pelbagai ancaman...

Amaran keras terhadap perhimpunan guling kerajaan

Polis memberi amaran keras terhadap individu atau kumpulan yang mengadakan perhimpunan haram 'menggulingkan kerajaan' di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur, Selasa ini. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata pihak polis...

Selepas mungkir janji, BN takut “digulingkan”

Tahun 2014 sudah pastinya bukan berita gembira bagi majoriti rakyat Malaysia berpendapatan rendah kerana kenaikan kos sara hidup yang bakal mereka hadapi. Semasa berkempen menjelang Pilihan Raya 2013 lalu, Barisan Nasional melalui “Manifesto: Menepati Janji,...

The Christian Sciense Monitor: Ikhwanul Muslimin Bukan Teroris!

Boston - Lamanweb media www.csmonitor.com mengkritik sikap dan kenyataan penguasa Mesir yang merupakan bentukan kudeta tentera berhubung dengan ledakan bom yang terjadi Mapolwil Daqhaliyah di kota Manshura, Selasa (24/12/2013) minggu lalu, demikian lapor dakwatuna.com. Kritikan...

PAS sertai himpunan Turun Dataran Merdeka

PAS bersedia untuk bersama-sama menyertai Himpunan Turun yang akan diadakan menjelang tahun baru akan datang sebagai permulaan kepada siri-siri himpunan seterusnya. Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli melihat himpunan yang akan diadakan...

Thursday, December 26, 2013

Menghadapi esok yang segala-galanya naik

Kita akan menyambut musim-musim mendatang yang sangat mencabar sebenarnya. Bersempena tahun baru 2014 yang akan muncul dalam seminggu dua lagi, tidak akan ada yang turun, melainkan segalanya akan naik dan naik belaka. Kos kehidupan yang...

Keluarga Hindu balut keranda dengan bendera PAS

Jarang-jarang berlaku, sebuah keluarga India beragama Hindu memilih membalut keranda ahli keluarganya yang meninggal dunia dengan bendera PAS. Tiga keping gambar berkaitan dimuatkan dalam akaun Facebook Ahli Dewan Undangan Negeri Meru Dr Rani Osman semalam....

Demo bantah KDN satu kewajipan?

"Potonglah kaki tangan seseorang lalu masukkan di tempat 2 x 3 meter dan berilah kebebasan padanya. Inilah kemerdekaan pers di Indonesia..." ~ Soe Hok Gie. Perkara ini tertuang dalam lembaran catatan diari peribadi Soe Hok...

"Guling Kerajaan": Kain Rentang Memfitnah Pakatan Dikesan

Pemuda Pas Kuala Langat kesal tindakan pihak tidak bertanggungjawab mengaitkan PR dengan penggantung kain rentang mengajak masyarakat menyertai perhimpunan menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini.

Ketuanya, Hairul Nizam Tohar berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang cuba mengganggu gugat keharmonian dan kesejahteraan penduduk negara ini.

Menurutnya, pihaknya masih percaya sistem demokrasi dan menghormati ketenteraman awam, namun jika menyalahgunakan nama dalam mengajak masyarakat untuk menjatuhkan sesuatu pihak tidak sepatutnya berlaku.

“Saya menerima maklumat satu kain rentang telah digantung di Jalan Telekom Lama, Banting sekali gus mengarahkan ahli supaya menurunkan kain rentang terbabit supaya tidak meragukan masyarakat.

“Tindakan itu menunjukkan ada unsur sengaja ingin menjatuhkan imej PR selain menunjukkan sikap tidak profesional mereka dalam menimbulkan isu baru,” katanya kepada Sinar Harian di pejabatnya.

Hairul Nizam berharap penyebaran fitnah seperti itu dihentikan supaya tiada berlakunya sikap menuding jari.

Katanya, orang ramai juga diharapkan segera melaporkan kepada polis sekiranya menerima maklumat berhubung pemasangan kain rentang berkenaan.

Selain itu, Hairul Nizam berkata, pihaknya difahamkan pemasangan kain rentang berkenaan bakal dipasang lagi namun pihaknya mengambil langkah berwaspada untuk membanteras pemasangan tersebut daripada berleluasa.

Dalam pada itu, semalam, lebih 20 ahli Pemuda Umno Bahagian Kuala Langat, Puteri Umno Bahagian Kuala Langat bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan bantahan secara aman mengenai pemasangan kain rentang mengajak masyarakat menyertai aktiviti menggulingkan kerajaan pada 31 Disember di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat. -SH

ISMA: Peningkatan kos memang salah Umno

Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminuddin Yahaya membidas kenyataan Ketua Umno Teluk Kemang Tan Sri Isa Samad yang menyarankan rakyat agar tidak menyalahkan Umno berhubung kenaikan harga barangan keperluan serta kos sara hidup. Pemimpin...

Wednesday, December 25, 2013

VIDEO Ikan Serang Pantai Lahad Datu

Penduduk kampung sekitar Pantai Tambisan, berhampiran Felda Sahabat Tungku, Lahad Datu, Sabah menerima kejutan apabila jutaan ikan laut tiba-tiba melompat ke darat kira-kira 9.30 pagi tadi. Kejadian pelik ini disahkan sendiri oleh penduduk kampung di...

Tuesday, December 24, 2013

Normala umum barisan Puteri Umno Sabah

Ketua Puteri Umno Sabah Normala Rasik, yang baru dipilih menerajui pergerakan itu mengumumkan barisan kepimpinan Puteri Umno negeri. Normala menggantikan Musliati Moslimin yang melepaskan jawatan ketua kerana faktor usia melebihi had umur 35 tahun. Normala...

Page 1 of 1132123»