Monday, December 9, 2013

Siapa Pemimpin PAS terlibat Syiah?

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar), berkata beberapa bukti bahawa pemimpin PAS terlibat fahaman syiah akan diterangkan secara terperinci dalam satu sidang akhbar khas dalam masa terdekat.

Beliau berkata, sidang akhbar itu akan diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi serta pegawainya.

Sehubungan itu, katanya, pemimpin yang didakwa terlibat itu tidak perlu takut atau menafikan penglibatannya dalam fahaman Syiah.

"Kenapa dia takut. Kalau pegawai saya tunjukkan bukti dia nak cakap apa? Salah satu elemen orang Syiah ialah berpura-pura," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan bulanan KDN di Putrajaya, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan tidak mahu umat Islam berpecah-belah seperti negara lain hanya kerana fahaman mazhab yang berbeza.

"Bagi mengelakkan perpecahan dalam kalangan umat Islam, jadi pembanterasan hendaklah dilakukan sekarang termasuk ajaran sesat Tuhan Harun dan sebagainya," kata Naib Presiden Umno itu mengulas mengenai kenyataannya semasa menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno 2013 Sabtu lalu.

Ahmad Zahid dalam perbahasannya berkata, pihaknya tahu siapa pemimpin Syiah dalam PAS. - Bernama

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.