Sunday, December 15, 2013

Mat Sabu Tak Perlu Layan Fitnah UMNO

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini berkata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (Mat Sabu) tidak perlu membuang masa untuk menyaman Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas dakwaannya bahawa Mat Sabu merupakan pengamal Syiah.

Zaid berkata menerusi laman Twitternya, lebih baik beliau menumpukan perkatian kepada isu rakyat.

Beliau juga berkata Mat Sabu tidak seharusnya berdepan dengan Ahmad Zahid di Mahkamah kerana perkara ini tidak boleh diselesaikan menerusi undang-undang, sebaliknya ia bergantung kepada pendapat orang ramai mengenainya.

Zaid turut berkata kenyataan Ahmad Zahid itu tidak akan memberi kesan terhadap Mat Sabu. Sebaliknya, ia akan hanya akan menjejaskan Ahmad Zahid.

Selain itu, Zaid berkata Kementerian Dalam Negeri patut dinamakan ‘Kementerian Hal Ehwal Ajaran Sesat’ ekoran tindakan kementerian itu mengemukakan 10 maklumat yang didakwa dapat mengaitkan Mat Sabu dengan ajaran Syiah baru-baru ini.

Zaid juga mengulas kenyataan Ahmad Zahid kepada Utusan Malaysia bahawa beliau tidak gentar dengan Mat Sabu yang berhasrat untuk menyamannya.

Ahmad Zahid berkata beliau bersedia jumpa Mat Sabu di mahkamah dan beliau tidak sedikit pun gentar dengan ugutan Mat Sabu mahu menyamannya dan kementeriannya.

Ahmad Zahid dalam ucapan penggulungan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013 Sabtu lalu mendedahkan, Kementerian Dalam Negeri tahu siapa pemimpin tertinggi PAS yang terlibat dengan gerakan Syiah dan menggesa parti itu menunjukkan komitmen serta keberanian politik untuk menolak individu berkenaan.

Pada Khamis lepas, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Rahim Mohamad Radzi mengemukakan 10 maklumat yang didakwa dapat mengaitkan Mat Sabu dengan ajaran Syiah antaranya gesaan Timbalan Presiden Pas itu agar umat Islam di negara ini mencontohi cara kepimpinan Imam Khomeini di Iran.

Ekoran itu, Mat Sabu berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Ahmad Zahid dan Abdul Rahim. -astro awani

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.