Isu kejatuhan moral golongan muda acapkali menjadi isu yang mencetuskan perdebatan, sama ada di media massa atau di forum-forum sosial.
Pelbagai faktor dijadikan sandaran dan paling popular ialah pengaruh ledakan teknologi serta penyebaran budaya popular barat yang mempengaruhi corak pemikiran dan budaya anak-anak muda.
Salah satu gejala negatif yang terus mendapat perhatian ialah keberanian anak-anak muda untuk melakukan perbuatan di luar norma-norma agama termasuk melakukan perbuatan sumbang dan bertindak lebih eksrem dengan menyebarkannya di laman-laman sosial.
Portal Mynewshub ada mengulas mengenai ratusan aksi seks yang tersebar di internet sejak kebelakangan ini.
Malah portal itu mendakwa, ada yang mendakwa jumlah tersebut mungkin mencecah ribuan apatah lagi pelbagai aplikasi yang wujud sekarang sekarang ini terutama melalui telefon bimbit pintar yang membolehkan ia tersebar secara meluas.
Malangnya, walaupun isu ini sudah lama didedah dan diperbincangkan, ternyata ia seolah-olah tidak dijadikan iktibar, malah semakin hari ada saja rakaman aksi terlarang seumpama itu yang ‘muncul’.
Ia bermula dari golongan muda hinggalah yang kepada kumpulan warga emas juga masih sanggup merakamkan aksi seks mereka dan ‘berkongsi’ perbuatan terkutuk itu di laman sosial.
Mungkin ada yang sekadar mahu ‘mengabadikan’ aksi mereka untuk tontonan sendiri tetapi mereka tidak sedar akan padah yang menanti bila rakaman itu jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Malah, mereka yang dalam status VVIP pun terjebak dalam masalah ini.
Artis ada, guru juga terlibat malah mereka yang bergelar ustaz pun terheret sekali dalam kancah yang sungguh menjijikkan itu.
New Malaysian Post sebelum ini turut merungkai isu penyebaran gambar-gambar tidak senonoh dalam kalangan remaja sehingga mengundang kegelisahan masyarakat yang mahu masalah itu ditangani secara segera.
Persoalannya, sejauh mana pihak berkuasa bersungguh-sungguh menangani isu moral, lebih-lebih lagi apabila kita memperkatakan mengenai keperluan untuk menyediakan barisan kepimpinan masa depan.
Kita masih ingat bagaimana pasangan seks, Alvian dan Vivian yang secara terbuka mengakui mereka melakukan aksi seks dan menyebarkannya di laman sosial atas prinsip kebebasan hak asasi.
Jangan sampai suatu hari nanti, ia menjadi budaya golongan anak muda lain untuk membuat perkara terkutuk itu dengan menggunakan alasan yang sama. -NMP
Monday, December 9, 2013
Rakam, Sebar Aksi Seks Jadi Budaya ‘Gila’ Di Internet
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.