Tuesday, December 24, 2013

SEMUA NAIK : Mampukah BN Bertahan Di PRU-14

BN akan berdepan dengan kekalahan lebih teruk di kawasan bandar dan separa bandar pada PRU14. Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata demikian ketika mengulas mengenai kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang dibuat dan dirancang untuk dilaksanakan pada masa depan.

“Akibat kenaikan itu orang marah dan tidak undi kerajaan. PRU13 kita sudah kalah di bandar dan pada PRU14 nanti, BN akan (kalah) lebih teruk (di bandar),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mengenai kesan daripada manifesto BN yang menjanjikan untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, beliau berkata, pembangkang juga sebenarnya gagal melaksanakan sepenuhnya manifesto seperti mereka janjikan.

"Perkara itu terbukti pada negeri-negeri yang ditadbir mereka.

“Ada ketikanya, kerajaan tidak dapat elak demi kepentingan negara. Jadi perlu dikorbankan (manifesto itu),” katanya.

Nur Jazlan, yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, kerajaan terpaksa berdepan dengan kemarahan rakyat akibat kenaikan harga

“Bila dah lama sangat tangguh (melaksanakan sesuatu keputusan), akhirnya kerajaan terpaksa laksanakan juga (kenaikan yang dirancang),” katanya.

Ditanya apa seharusnya dilakukan kerajaan sekarang bagi mengurangkan beban rakyat, Nur Jazlan berkata, keputusan yang tepat berada di tangan kerajaan, sama ada mahu tangguh lagi atau teruskan dengan kenaikan (harga barangan dan perkhidmatan). barangan dan perkhidmatan yang sebahagian daripadanya dibuat setelah ditangguhkan.

“Kerajaan (sepatutnya) jangan buat keputusan (untuk menaikkan harga barang atau sebagainya) ikut kebimbangan (kerana berhadapan dengan) pilihan raya bagi meraih sokongan (pengundi), tetapi seharusnya buat keputusan ikut kepentingan negara.

"Jika kenaikan itu terus ditangguhkan, kemungkinan besar rakyat akan makin terbeban kerana kos semakin meningkat dari semasa ke semasa," katanya.

Bagaimanapun, beliau berpendapat, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan bukan hukuman kepada rakyat, tetapi disebabkan tuntutan semasa.

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun berkata, kemarahan rakyat adalah berpunca daripada kurangnya penjelasan agensi terlibat.

“Kenaikan seperti (kadar) tarif elektrik dan (kadar) tol berkala sudah berlaku sepanjang masa, bukan perkara baru.

“Oleh itu, agensi yang terlibat seharusnya lebih peka untuk memberi penerangan dan (mengadakan) komunikasi bersama rakyat lebih awal, bukan satu atau dua bulan nak naik, baru beritahu.

"Keadaan ini memberi kejutan kepada rakyat. Penerangan perlu diberi setahun lebih awal bagi memastikan rakyat faham mengapa kenaikan (harga) diperlukan," katanya.

Media, katanya, berperanan besar dalam menyampaikan maklumat tepat agar rakyat faham apa ingin disampaikan kerajaan. -SH

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.