Monday, December 9, 2013

Pesara marah k'jaan naikkan cukai pintu

NONEKumpulan anggota Umno dari kelompok pesara kanan kerajaan hari ini menggesa perdana menteri mempertimbang semula kenaikan cukai taksiran yang mahu dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bermula tahun depan.

Presiden Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan Malaysia Tan Sri Aseh Che Mat berkata kebanyakan pegawai kanan yang telah bersara dan menetap di sekita Kuala Lumpur terjejas dengan kenaikan tersebut.

"Kalau ada apa-apa benda nak naik, fikirkanlah jangan libatkan pesara.

"Orang-orang kampung Bukit Damansara hentam saya kenapa banyak sangat naik cukai pintu ini.

"Ramai pesara di Bukit Damansara, Lembah Pantai marah naik cukai pintu, jadi harap Yang Amat Berhormat (Datuk Seri Najib Razak) pertimbangkanlah," katanya dalam ucapan majlis penghargaan pesara kanan kerajaan bersama perdana menteri pagi tadi.

Sementara itu, Najib yang merupakan tetamu kehormat dalam majlis makan tengah hari di Putrajaya itu bagaimana pun tidak memberikan reaksi langsung kepada rungutan tersebut.

Beliau sebaliknya menggesa mereka yang hadir agar menyokong inisiatif cukai jualan dan perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan kerajaan bermula tahun 2015.

NONETegasnya, langkah itu akan meningkatkan pendapatan negara dan seterusnya meletakkan Malaysia pada landasan yang betul untuk menjadi negara maju.

"Bila fiskal defisit kita kuncupkan, Malaysia boleh jadi negara maju.

"Kerana itu saya minta sokongan daripada tuan-tuan," kata Najib dalam ucapannya.

Kenaikan cukai taksiran yang akan berkuatkuasa mulai tahun depan sehingga kini dilaporkan telah menerima lebih 10,000 bantahan daripada orang ramai yang difailkan kepada DBKL.

Bermula Januari ini, DBKL akan mengadakan sesi pendengaran sehingga akhir bulan Mac bagi meneliti setiap bantahan yang telah diajukan. -MK

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.