Wednesday, December 18, 2013

Akujanji yang dimungkiri selepas PRU-13?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terang-terangan menipu rakyat Malaysia apabia menaikkan kadar tol, berlawanan dengan akujanji kempen pilihan raya umum ke-13 Barisan Nasional.

Antara manifesto BN di bawah tajuk Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar ialah ‘mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat’.

“Ini merupakan pembohongan yang bertaraf lima bintang, kerana dilakukan orang yang berkedudukan tinggi dalam negara ini,” kata pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail.

14 Disember lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengesahkan kadar tol dinaikkan pada tahun hadapan.

Lima belas lebuh raya kebanyakannya sekitar Kuala Lumpur, akan menaikkan kadar tol antara 50 sen hingga RM2 bermula 1 Januari 2014.

Justeru kata Azan, kenaikan ini telah menjadi merupakan tradisi dan kebiasaan kerajaan Umno-BN.



“Setiap kali selepas pilihan raya kita akan lihat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di Malaysia seolah-olah satu tradisi.

“Bagi Umno pilihan raya bukanlah satu mandat yang diperoleh daripada rakyat. Tetapi mereka melihat pilihan raya merupakan satu peringkat untuk menyusun dan merangka semula kenaikan harga barang ke peringkat seterusnya,

“Mereka seolah-olah berpuasa sebelum pilihan raya. Selepas menang pilihan raya mereka beraya dan meraikan kemenangan.

“Ketika itu rakyat dilupakan. Budaya begini berterusan untuk pilihan raya akan datang jika Umno terus memerintah,” katanya. -KD

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.