Perkasa hari ini memberi amaran bakal menggantikan parti Melayu terbesar Umno jika mereka gagal mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera di negara ini.
Bercakap dalam Persidangan Agung Perkasa ke-4, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, berkata Umno menunjukkan bahawa mereka lemah dan “tidak bertaring” dalam mempertahankan hak Melayu.
Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, jika Umno gagal dengan Agenda Pemerkasaan Bumiputera, Perkasa tidak teragak-agak untuk mengambil alih peranan parti tunjang Barisan Nasional (BN) itu.
“Jika Umno penat, letih dan tidak bertaring, kami daripada Perkasa boleh ambil alih tempat kamu,” kata Ibrahim disambut dengan sorakan hampir 500 perwakilan pertubuhan itu dari seluruh negara di Pusat Islam, Kuala Lumpur, hari ini.
Perkasa juga mengumumkan penubuhan mekanisme untuk mengukur prestasi perdana menteri dan jemaah menteri dalam mentadbir negara dan membela kepentingan orang Melayu
Ibrahim berkata, indeks berkenaan akan memberi petunjuk kepada masyarakat sekiranya tindakan pemimpin tersebut merugikan orang Melayu.
"Saya nak tanya siapa hendak menentukan KPI perdana menteri dan timbalan perdana menteri dan menteri-menteri Kabinet?
"Saya hendak akhbar laporkan, KPI PM, TPM dan menteri-menteri Kabinet akan ditentukan Perkasa!
"Kita akan laporkan kepada rakyat dasar-dasar yang merugikan orang Melayu dan kenapa tiada tindakan terhadap orang yang menghina Islam," katanya.
Beliau berkata, Perkasa juga akan menegur tindak-tanduk dan polisi Umno dan BN secara terbuka apabila mengambil kira situasi ekonomi negara yang disifatkkanya "berada dalam keadaan yang membimbangkan".
"Macam-macam naik dan keadaan ekonomi negara kalau kita baca statistik berada dalam keadaan yang cukup membimbangkan.
"Dulu kita tak tegur secara terbuka kerana kita takut jadi tarik rambut dalam tepung, tepuk berselerak.
"Sekarang kita akan tegur secara terbuka tak ada segan silu - sama ada Umno sensitif atau tidak - sebaik sahaja selesai perhimpunan agung kali ini.
"Dulu saya kawal mulut saya, sebab kita tak mahu tepung berkecai, tetapi kali ini kita akan bersuara," katanya.
Perkasa turut mengingatkan, BN menang dalam Pilihan Raya Umum 2013 dengan bantuan pertubuhan hak Melayu itu.–TMI
Sunday, December 22, 2013
Perkasa beri amaran ganti Umno
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.