Thursday, July 1, 2010

Gabungan guru sekolah sokong UPSR dihapus

Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) menyokong Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dihapuskan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zakarshi.

Beliau berkata GMGBM berpendapat ada baiknya peperiksaan awam diadakan sekali sahaja kerana dari segi nilai hanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang boleh diguna untuk mendapatkan pekerjaan dan memohon kemasukan ke universiti.

“Kalau UPSR dan PMR (Penilaian Menengah Rendah) ini sijilnya tiada nilai selepas daripada itu. Sebab itu GMGBM setuju UPSR diganti dengan penilaian sekolah atau ‘school based assessment’,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan diploma dan sijil pada konvokesyen Kolej Teknologi Yayasan Pendidikan Cheras YPC-ITWEB kali ke-6 di sini kelmarin.

Puad berkata kerajaan akan memperluaskan Sijil Kemahiran Malaysia iaitu tidak terhad untuk pelajar lepasan SPM sahaja, sebaliknya ia akan diberi kepada mereka yang telah bekerja berdasarkan pengalaman mereka bekerja tanpa perlu mengikuti pengajian.

“Mereka yang sudah bekerja, katalah dia bekerja di bengkel membaiki kereta dan motor…jadi pengalaman dia selama lima tahun boleh dinilai sama ada dia layak diberikan Sijil Kemahiran Malaysia walaupun dia tidak mengikuti kursus macam pelajar biasa yang masuk kuliah dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata pemberian sijil ini akan dikendalikan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Pada konvokesyen itu, 161 graduan menerima diploma perniagaan dan teknologi maklumat dan 46 graduan menerima sijil kursus asasi perniagaan dan teknologi maklumat. -NST

16 comments:
Write comments
  1. Diharapkan Menteri Pendidikan akan membuat keputusan terbaik selepas mendengar pandangan guru sekolah serta rakyat jelata.

    ReplyDelete
  2. Pandangan guru sekolah dan rakyat perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan. Saya percaya Menteri Pendidikan akan membuat keputusan yang baik di mana ia akan memanfaatkan semua pihak terutamanya pelajar2x.

    ReplyDelete
  3. harap keputusan yang dibuat ini benar2 tepat dan dapat meningkatkan tahap pendidikan negara.

    ReplyDelete
  4. kerajaan perlu mengubah cara pembelajaran kepada yang lebih sistematik dan dapat mengasah bakat dan kebolehan seseorang pelajar.

    ReplyDelete
  5. perlu ada satu ujian khas bagi menentukan penempatan pelajar ke mana2 aliran atau menggunakan school based assessment untuk tujuan itu..

    ReplyDelete
  6. inilah masanya untuk kita terima perubahan.. samada cadangan ini berkesan atau tidak, ia patut dipertimbangkan kemudian. saya amat mengharapkan satu perubahan yang mampu melonjakkan sistem pendidikan kita setaraf dengan negara2 maju.

    ReplyDelete
  7. keputusan adalah ditangan kerajaan sekarang. apa pun keputusan kerajaan diharapkan akan memberikan kebaikkan kepada semua.

    ReplyDelete
  8. Saya percaya kerajaan akan membuat keputusan yang terbaik.

    ReplyDelete
  9. nampaknya ramai yang menyokong UPSR dan PMR dimansuhkan. apaun keputusan harap ia dapat meningkatkan pendidikan negara dan melahirkan labih ramai pelajar yang cemerlang dan berkemahiran.

    ReplyDelete
  10. gabungan guru pun setuju dengan cadangan kerajaan ini. mungkin mereka memahami apa yang kerajaan mahukan.

    ReplyDelete
  11. Pihak sekolah serta guru-guru berpengalaman dalam isu seperti ini, pandangan mereka pasti boleh mengambarkan situasi serta keperluan yang sebenar, menteri pendidikan perlu membuat pertimbangan selepas mendengar pandangan mereka.

    ReplyDelete
  12. Mereka tidak patut membantah. UPSR memang peperiksaan yg penting. Keputusan mesti difikirkan secara berulang lagi.

    ReplyDelete
  13. Persaingan peluang pekerjaan akan bertambah sengit selepas mendapat Sijil Kemahiran Malaysia daripada golongan berpendidikan dan golongan berkemahiran. Sememangnya, gol. yang berkemahiran akan mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam berbanding yang mengetahuinya dengan teori sahaja.

    ReplyDelete
  14. pada pendapat saya, keputusan ini adalah wajar dilaksanakan jika dilihat dari perspektif pekerjaan di masa depan.

    ReplyDelete
  15. Saya mana2 ja la... Yang penting kaji dulu la baru putuskan. Jgn belakan hari timbul masalah lain pula:)
    Appaun saya percaya kerajaan sedang pertrimbangkan hal ni sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  16. Dalam apa jua perkara, pasti ada kebaikan serta kelemahannya. Ada perbezaan dalam pandangan setiap rakyat, kita patut mencari cara yang terbaik untuk memastikan cadangan ini boleh dilaksanakan dengan baik serta memperbaiki sistem pendidikan di negara kita.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.