PARTI Maju Sabah (SAPP) N.26 Kuala Penyu giat menambah ahli dan cawangan baru. Pada petang ahad, Mison Kimliah mengetuai 50 orang ahli memohon menubuhkan cawangan baru iaitu Kg. Menumpang.
Pengerusi CLC N.26 Kuala Penyu, Jamain Sarudin menerima permohonan mereka di dalam satu majlis penerangan SAPP di Kg. Rimbaan, Kuala Penyu.
Menurut Mison Kimliah, beliau sebelum ini menyertai politik hanya sekadar suka-suka dan tidak pernah serius. Tetapi setelah mendengar berita dan juga perjuangan SAPP, beliau menjadi sangat tertarik hati dan menyimpan hasrat menyertai parti itu suatu hari nanti, dan hasrat tersebut dizahirkan dengan penyertaan beliau bersama 50 orang lagi ahli-ahli dari Kg. Menumpang.
Beliau berkata SAPP adalah pilihan tepat bagi rakyat Sabah.
Sementara itu, Jamain Sarudin yang juga Setiausaha Penganjur Pusat berkata, rakyat harus memikirkan masa depan generasi akan datang. Pemimpin BN terutama UMNO hanya mementingkan kepentingan peribadi dan kedudukan mereka di dalam kerajaan untuk menjamin kocek mereka penuh, sedangkan rakyat menghadapi ancaman menjadi pelarian di negeri sendiri suatu masa kelak.
Beliau juga menyeru agar penduduk tempatan terus meningkatkan kesedaran terhadap ujudnya golongan PTI yang sudah menjadi pengundi berdaftar dan jumlah mereka semakin meningkat tahun demi tahun. Sekiranya ini tidak dibendung, maka masa depan generasi akan datang menjadi gelap.
Beliau berkata sudah tiba masanya rakyat menyokong parti tempatan, kerana hanya parti tempatan lebih mengerti keadaan rakyat. Beliau menyelar sikap pemimpin BN yang berdolak dalik dalam isu RCI yang tak kunjung menemui keputusannya sehingga ke hari ini, meskipun mempunyai peluang untuk berbuat demikian.
Jamain berkata, salah satu cara menyokong usaha ini adalah dengan tidak menumpang kenderaan “pirate” PATI serta membeli barangan jualan PATI sekalipun mereka mempunyai kad pengenalan. Kanak-kanak pun kenal mana satu PATI dan mana satu orang tempatan, dari bahasa mereka sendiri. Maka kesedaran ini perlu ada bagi setiap rakyat tempatan. Dengan membeli barangan jualan mereka, maka kita seolah-olah merestui kehadiran mereka.
Menyentuh perkembangan parti, beliau berkata parti giat menjalankan usaha menambah ahli dan memberi penerangan kepada kumpulan-kumpulan penduduk di Lumadan dan Kuala Penyu.
Pada masa sekarang, cawangan di kawasan Lumadan telah menerima permohonan tambahan cawangan baharu sebanyak 13 buah cawangan dalam tempoh satu bulan. Meskipun ada di kalangan mereka yang menjadi ahli secara senyap-senyap kerana takut bantuan di potong oleh pihak yang berkenaan, namun mereka berdiri teguh dengan perjuangan SAPP.
Turut hadir di majlis tersebut Jualin Obol, Naib Pengerusi CLC Kuala Penyu.
-Sabahkini
Tuesday, December 20, 2011
Rakyat Harus Sedar Situasi PATI Genting
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Isu PATI adalah isu yang tidak pernah selesai, kita semua harus kerjasama banteras mereka.
ReplyDeletekita jgn biarkan PATI terus berleluasa di tanah air kita.
ReplyDeleteMasalah PATI ni sudah kronik. Mungkin juga akan mengambil masa selama-lamanya untuk diselesaikan.
ReplyDeleteAgree. Don't buy things from them, especially the illegal items. Hate to see them selling cigarettes in the middle of the road without worrying their safety. What they used to do in their country, they do it here.
ReplyDeleteThe PATI issues should be resolved in the most effective manner. We should not allow this issue to continue to worsen.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
Hope that the Fatwa Council and the Chemistry department will give their approval about it.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
usaha untuk menyelesaikan masalah pati perlu dibuat berterusan.
ReplyDeleteharap masalah pati akan dapat diselesaikan dan tidak terus berlarutan.
ReplyDeletemasa SAPP memerintah negeri ini, mereka faham ka dengan masalah rakyat pada masa itu??
ReplyDeletejika betul rakyat dapat bekerjasama dengan tidak membeli barangan PATI, tidak memberikan mereka kemudahan berniaga atau tempat tinggal, saya yakin masalah PATI akan selesai dengan sendirinya.
ReplyDeleteBetul juga. kalau begitu harus la tengok siapa penjual.
ReplyDeleteIsu PATI perlulah ditangani. Harap kerajaan Negeri akan serius menangani perkara sebegini.
ReplyDeleteada juga pihak yang senang hati dengan kehadiran PATI ni sebab kalau ambil sebagai pekerja pasti lebih murah dan bila beli barang yang mereka jual pun murah juga.
ReplyDeleteRakyat memang sedar dengan keadaan negeri Sabah yang kini dibanjiri oleh PATI tapi masalahnya tidak tahu bagaimana nak selesaikannya sedangkan ada juga pemimpin yang tidak menyokong penyelesaian PATI seperti penubuhan RCI.
ReplyDeleteBilamana pemerintah hanya sibuk mengejar kekayaan, mengaut keuntungan, memenuhkan kantung anak beranak, keluarga, sedara dan segala kroni2 yg ade, inilah hasilnya..
ReplyDeleteMerempatlah kamu nanti wahai rakyat jelata di negera sendiri..!!
Kamu sendiri yg bodoh, memilih si durjana sebagai pemerintah ..!!
Sudah terang lagi bersuluh..!!
BN sibuk menyatakan yang Pulau Pinang akan menjadi Singapura ke dua..kerana diperintah oleh orang orang cina walau pun mereka ini Malaysian…..Tapi UMNO tak bimbang kalau Sabah dan Serawak di Penuhi oleh pendatang pendatang asing kerana satu hari nanti mereka ini akan menjadi warga negara Malaysia dengan syarat mereka menyokong dan mengundi BN…!!
ReplyDeleteSabah ibarat jatuh di timpa tangga.ianya bermula selepas kemalangan Tun Fuad Donald Stephen ketua menteri ketika itu.setahu saya beliau dan Peter Lo ex ketua menteri sabah sahaja terbaik.selepas itu semua bekas ketua menteri sabah penjahanam cilaka.1ex Harris saleh serahkan pulau labuan kepada melaya(Tampa sebarang bayaran kepada Sabah .2 exTun mustapha hj harun benarkan parti politik semananjung (umno)bertapak di Sabah sampai sekarang.3 ex osu hj sukam kesayangan mahathir berjudi di kasino menyebabkan berhutang ratusan juta guna duit siapa?yang sekarang ketua menteri musa Aman pati pula bertambah. Tanggungjawab ini mestilah kerajaan pusat Dan sokongan negeri.nak buat macam mana politik segala-galanya sampai akhir hayat.sebenarnya pendatang haram Ada di belakang mereka dalang iaitu orang paling berkuasa ketika itu dan di teruskan sampai sekarang.mustahil sama sekali masalah ini tidak dapat di selasaikan
ReplyDeletetapi hanya kerana tamak berkuasa sanggup khianati negara.Orang Sabah susah dan lambat di sedarkan kerana kemiskinan Menjadi tali pengikat yang digunakan oleh puak-puak politik yang berkuasa.
Nak ambil tindakan ke?tidak-tidak tak mungkin ini berlaku selagi kita berkuasa di bawah kerajaan umno BN.sebab kita patut berterima kasih kpd mereka ini (pendatang ) kerana sangup bersusah payah datang ke Sabah tinggalkan harta kekayaan di negara mereka kerana semata-mata tolong umno BN Utk terus berkuasa Dan ini membolehkan kita terus songlap Wang rakyat hahaha …biar biar berdosa asalkan puas kayaaa semua Ada hahahahaha…..mOoooOooo…
ReplyDeletekebanjiran waraga asing terutamanya PATI adalah gara-gara UMNO yang berhajat untuk menumbangkan PBS semasa UMNO mula-mula masuk Sabah dahulu. Nak tumbangkan PBS masa tu adalah mustahil keculai dengan mendaftarkan warga asing sebagai pengundi dengan menyediakan dan memberi Kad pengenalan samada Palsu atau kad pengenalan projek. sebab itu bukan sedikit jumlah pengguna-pengguna kad pengenalan di Sabah mempunyai nombor yang bertindih. Oleh itu kerajaan yang di perintah oleh BN sekarang adalah punca sebenar. dan harus bertanggungjawab dengan kemelut ini. Kini dan berkuasa apa lagi para PATI umpama sirih naik junjunglah.
ReplyDeletePada pandangan saya kita wajar menyingkirkan BN pada PRU 13 bagi memberi laluan kepada barisan Pakatan Rakyat untuk membersihkan Sabah daripada di tawan oleh PATI @ Wargaasing.
Kini tinggal menunggu terma dan rujukan untuk diperhalusi. mungkin tidak lama lagi RCI akan dilaksanakan.
ReplyDelete