Friday, December 30, 2011

Isu NFC : Ada Kondo Mewah & Restoran Meatwork Di S'pura

Sebuah pertubuhan bawah PKR, Jingga 13 hari ini mendedahkan rakaman video yang menunjukkan kemewahan unit kondominium Orchard Scotts yang didakwa milik menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil di Singapura.

Ketua Jingga 13, Fariz Musa berkata krew penggambaran itu berdepan pelbagai cabaran, malah dihalau oleh pengawal keselamatan ketika cuba merakam bahagian hadapan kondominium tersebut.

Kumpulan berkenaan bagaimanapun berjaya menyelinap masuk ke kawasan kondominium di Anthony Road itu dan merakam kawasan umum bangunan berkenaan, termasuk kolam mandi dan juga bilik airnya.

"Kalau itu dah cukup canggih, bayangkan (keadaan) dalam rumah," kata Fariz ketika menunjukkan video berkenaan kepada wartawan di ibu pejabat PKR petang ini.

Katanya, video sepanjang 2 minit 20 saat itu bertujuan untuk mendedahkan dakwaan penyelewengan dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Kita akan ledakkan video ini di Facebook dan laman lain untuk tunjukkan... penyelewengan dan pecah amanah jenayah oleh keluarga Shahrizat, termasuk pembelian tanah, kondominium, kereta Mercedes benz dan lawatan luar negara

Awal bulan ini, PKR mendakwa suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan dua anak mereka merupakan pemilik bersama kepada kondominium bernilai RM9.9 juta itu.

PKR bagaimanapun tidak dapat menunjukkan bukti bahawa kondomonium berkenaan dibayar dengan dana NFC. (walau pun tidak dapat menunjukkan bukti ia dibayar dengan dana NFC, keluarga Shahrizat perlu menjelaskan dari mana dana diperolehi membeli harta-harta berkenaan jika bukan dari NFC -GB)

Turut ditunjukkan hari ini ialah rakaman di dalam restoran mewah MeatWorks di salah sebuah pusat membeli belah terkemuka Singapura, ION Orchard.

Restoran mewah berkenaan, yang menyajikan minuman keras dan tidak mempamerkan logo halal, turut dikaitkan dengan keluarga Shahrizat. -mk

6 comments:
Write comments
  1. patut la c shaJILAT makin gumuk...

    ReplyDelete
  2. Org lain yg salahguna dana NFC, Org lain pulak yg kena dakwa. Memang benar kata org ramai kambing hitam dalam pentadbiran UMNO(BN)...Wahai rakyat Malaysia yg cintakan tanahair jatuhkan UMNO(BN) dlm PRU13 nanti. Kita tak mahu lagi sesiapapun dikambing hitamkan dlm kes spti ini..

    ReplyDelete
  3. Kambing hitam di tarik keluar.
    nak sembileh bagi rakyat tengok... kua kua kua.
    tengok elok elok kes ini tak sangkut dengan sharizat.
    ``sebelum ini berhubung dakwaan cuba merasuah pegawai polis ketika siasatan melibatkan skandal National Feedlot Corporation '.
    dakwaan merasuah pegawai polis... macam in umno pun boleh buat cerita., sengaja kaitkan dengan skandal feedlot, ini lah cara cara umno nak membuta kan mata rakyat....kua kua kua.

    ReplyDelete
  4. Datuk yang menipu Pengerusi NFC merangkap suami Shahrizat Jalil dituduh di Mahkamah kerana menipu....cukup pantas dan cekap PDRM kita....NFC menipu dan merompak duit rakyat bila lagi nak dibawa kemuka pengadilan?....lain yang makan nangka lain yang kena getahnya....

    ReplyDelete
  5. syabas. bongkarkan sumenya..biar rakyat didedahkan segala penyelewengan2, rasuah2, kroni2 pemimpin2 haprak UMNO@BN..
    selama ni mereka membohongi rakyat, kononnya mereka baik sgt, berkerja utk rakyat, mendengar denyut kesusahan rakyat..alahai pijak semut xmati...dlm diam2 rakus membolot kekayaan negara..mereka mementingkan diri, memperkayakan diri, keluarga, kroni2..HIPOKRIT SEMATA2.macam tv1,tv2 dan tv3 anda berani nak dedah seperti juga.

    ReplyDelete
  6. Perbezaan Pemimpin UMNO/BN = Rakyat biasa:
    1. Pemimpin umno dpt projek runding terus bela lembu utk negara (kununnya), dapat loan mudah RM250 juta (wang rakyat).



    Rakyat nak bela lembu, kena tengok sijil 'cowboy', kena ada geran tanah, kena ada penjamin, kena ada tanah ladang dan pelbagai prosedur bank. Akhirnya loan tetap tak lulus walaupun setakat RM200k. Berapa banyak bank atau kerajaan BN dah beri loan kpd penternak lembu original? Hampir tiada.
    Jika si pemimpin umno tu tak mampu bayar loan, dengan senang hati kjaan BN akan ambil alih projek. Kalau dipihak rakyat, kjaan akan kejar sampai mati, black list, akhirnya isytihar bangkrap! UMNO/BN WAJIB DITUMBANGKAN PADA PRU13!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.