Wednesday, December 28, 2011

PRU-13: Bubar 17 Feb, Undian 11 Mac 2012?

http://dppwp.files.wordpress.com/2011/10/najib-pru13.jpgPemerhatian penulis ke atas beberapa akhbar berbahasa cina kebelakangan ini menyaksikan wujudnya persaingan hebat dalam meramal tarikh sebenar pembubaran parlimen dan Pilihanraya Umum ke-13 akan diadakan.

Akhbar Sin Chew Jit Poh dan China Press sebagai contoh meramalkan Parlimen akan dibubarkan pada bulan Februari untuk membolehkan pilihanraya umum ke-13 diadakan pada bila-bila masa dari 1 Mac hingga 20 Mac 2012.

Ramalan ini adalah berdasarkan maklumat dalaman masing-masing mengenai pembekuan cuti anggota polis pada tempoh tersebut yang dikatakan ada kaitan dengan persiapan menghadapi pilihanraya umum.

Lebih menarik, akhbar Sin Chew dan Nan Yang Siang Pau juga meramalkan parlimen akan dibubarkan pada 15 Februari (Rabu) manakala proses pengundian pula pada 11 Mac 2012 (Sabtu).

Namu berdasarkan trend semasa tarikh yang lebih logik ialah pada 17 Februari 2012 iaitu pada hari Jumaat kerana Jumaat dianggap hari yang lebih afdal selain menjadi trend semua Perdana Menteri Malaysia yang menganggap Jumaat adalah hari bertuah untuk mengumumkan sebarang acara besar.

No 11 adalah nombor yang dikatakan menjadi kegemaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan sering dikaitkan dengan elemen tuah. Justeru tarikh pengundian pada Sabtu dilihat akan memberi kelebihan kepada BN berbanding jika diadakan pada 12 Mac (Ahad) kerana penganut Kristian akan mudah dipengaruhi untuk menentang kerajaan ketika mereka bersembahyang di gereja pada hujung minggu.

Menurut akhbar tersebut, selain sumber dalaman daripada pihak polis, semua maklumat ini juga dikatakan diperolehi daripada kumpulan pemikir (think tank) yang rapat dengan Perdana Menteri. Atas sebab-sebab tertentu, akhbar-akhbar tersebut tidak pula menyatakan badan pemikir mana yang menyalurkan maklumat tersebut kepada mereka.

Dalam perkembangan yang sama, sumber lain pula memaklumkan kepada penulis bahawa Barisan Nasional (BN) akan memberi penumpuan kepada 190 buah kerusi parlimen dan dari jumlah tersebut, BN yakin akan menawan sejumlah 170 buah kerusi. Indikasinya, BN kini kembali bernafsu untuk mendapat semula majoriti 2/3 yang hilang dalam PRU12 pada 2008.

Tapi dalam masa yang sama, temubual eksklusif Sin Chew dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pula membayangkan sebaliknya.

Nazri membayangkan BN akan mengalami kesukaran untuk kembali menguasai majoriti 2/3 dalam pilihanraya umum akan datang. Alasannya ialah, Malaysia sedang melangkah menjadi negara maju dan dengan itu rakyat juga menjadi lebih ’sofsikated’ dalam menentukan pilihan masing-masing di peti undi.

Pada pendapat penulis keghairahan akhbar-akhbar cina ini adalah semata-mata untuk melariskan jualan akhbar masing-masing kerana umum mengetahui majoriti masyarakat cina memang taksub dengan ‘ramalan’ yang telah menjadi hampir sebahagian daripada kehidupan mereka, walaupun dizaman moden hari ini.

Bagaimanapun, suatu yang pasti ialah, akhbar berbahasa cina jarang menampilkan maklumat dari sumber yang tidak kuat. Justeru untuk menolak bulat-bulat maklumat ini juga boleh menjurus Pakatan Rakyat kepada kesilapan dalam membuat perhitungan dari segi kos dan merangka strategi pilihanraya yang berkesan.

Oleh itu penulis beranggapan, tidak salah untuk pimpinan Pakatan Rakyat mengkaji semua kemungkinan termasuk ramalan-ramalan sedemikian dalam menyediakan parti berhadapan dengan BN dalam pilihanraya umum akan datang.

Paling penting mengenal pasti 190 kawasan-kawasan parlimen yang disebut akan menjadi fokus BN dan merencana strategi yang betul, daripada calon dan parti yang akan bertanding, sehinggalah kepada persiapan logistik yang bersesuaian. -suarapakatanrakyat

7 comments:
Write comments
  1. BN telah menunjukkan track record yang cemerlang sepanjang memgang tampuk pemerintahan walaupun diakui wujud desas desus seperti kes penyelewengan dan rasuah.Walaubagaimanapun,dengan mengambil kira kemajuan yang dikecapi Malaysia,rakyat seharusnya bijak menentukan parti manakah yang menjamin kelangsungan pembangunan negara .Dalam hal ini,kemampuan BN tidak dapat disangkal lagi.

    ReplyDelete
  2. Hanya Datuk Seri Najib yg tahu bila tarikh sebenar PRU13,ini cerita nak lariskan news saja.

    ReplyDelete
  3. Siapa cakap banyak duit masuk?? Faktanya lebih banyak duit Sabah keluar entah kemana disalurkan oleh Pusat daripada yg dikembalikan..jika ko cuma melihat angka semata2 anda silap..contohnya Sabah dapat RM2 bilion drpd kerajaan Pusat & Perlis pula dapat RM800 juta. RM2 bilion dibahagikan dengan jumlah penduduknya melebihi 3 juta dengan keluasan Sabah yg separuh daripada keluasan Semenanjung Malaysia..Perlis pula penduduknya tak sampai juta dengan keluasan negeri Perlis setakat Daerah Kota Belud.. Adilkah ini?? sa tak mau mengaku kita sendiri yg tidak pandai memanfaatkannya sebab sa langsung tidak tercan memegang mahupun melihat duit BN yg ko maksudkan tu..

    ReplyDelete
  4. hu..nampaknya BN pasti akan menang juga kerana Sbh&Swk masih sayang BN..nampaknya orang di Semenanjung yg telah "maju & berpendidikan" menolak BN pada PRU12 tapi di Sbh&Swk masi sayang BN walaupun menjadi negeri paling belakang di Malaysia..PRU13 ni sa pasti Sbh&Swk masi sayang BN lagi sebab bagi zink kampung & jamban biru @ hijau.. masih ada rakyat sabah yang bodoh

    ReplyDelete
  5. RAPTAI AGUNG KEBANGKITAN SABAH TANAH AIRKU

    1. Antara ‘Track Record’ cemerlang BN (apanama…kah kah kah…auwww!) menunjukkan bahawa Sabah membekalkan RM33 ribu juta setiap tahun (tidak termasuk hasil petroleum) kepada Malaya. Namun begitu, hutang Sabah dengan Malaya sudah menunjukkan angka RM82.5 ribu juta. Sebab itu, saya melaungkan seruan suci agar seluruh 3.1 juta rakyat Sabah 2011 menlancarkan ‘Raptai Agung Kebangkitan Sabah Tanah Airku’ menghancurkan pengkhianat haram jadah melayu UMNO dan BN di Sabah!

    2. STATISTIK PECUTAN PENDUDUK SABAH 2011:
    1970 : Sabah 648 Ribu...Sarawak 976 Ribu, (USNO)
    1980 : Sabah 1.0 Juta...Sarawak 1.2 Juta, (BERJAYA)
    1991 : Sabah 1.8 Juta...Sarawak 1.6 Juta, (PBS)
    2000 : Sabah 2.6 Juta...Sarawak 2.0 Juta, (UMNO)
    2011 : Sabah 3.1 Juta...Sarawak 2.5 Juta, (UMNO)

    3. STATISTIK PENDUDUK KONFEDERASI MALAYSIA 2011:
    Penduduk : MALAYA = 22.7 juta
    Penduduk : SABAH = 3.1 juta
    Penduduk : SARAWAK = 2.5 juta

    CABARAN KEDAULATAN 20 PERKARA
    - Naspazi (2010)

    ReplyDelete
  6. rakyat sabah masih tampuk lama, tiada pembaharuan..

    ReplyDelete
  7. 1. Apanama...mungkin ia masih ada rakyat sabah yang bodoh! Tetapi, apa kurang bodohnya rakyat malaya? Buktinya, 30 negara maju di dunia, Singapore ranking yang ke-23. 83 negara membangun di dunia, Malaysia ranking yang ke-66. Kalau begitu, Malaysia bukan sahaja belum maju, bahkan tercorot di kalangan negara-negara membangun. Persoalannya, mengapa Malaysia bukan sahaja gagal mengatasi Singapore, bahkan gagal memasuki kelompok negara maju?

    2. Sesungguhnya, seantero dunia tahu bahawa taraf hidup rakyat Sabah dalam era 70-an jauh lebih baik berbanding ‘standard of living’ rakyat Brunei & Singapore. Tetapi, dalam era masa kini, Brunei telah melangkah ke dalam kelompok negara kaya; Singapore pula telah melangkah ke dalam kelompok negara maju; sedangkan Sabah jatuh menjadi yang termiskin di MALAYSIA, hatta rakyat malaya begitu hina menganggap rakyat Sabah sebagai bodoh! Apa ertinya ini semua?

    Melayu UMNO Adaptasi MALAYA menjadi MALAYSIA
    Melayu UMNO Convert MALAYA menjadi MALAYSIA
    Melayu UMNO Upgrade MALAYA menjadi MALAYSIA
    - Naspazi

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.