Seorang pemuda Melayu yang mencetuskan kontroversi apabila beberapa keping gambar perkahwinannya dengan seorang lelaki warga asing tersebar di dalam sebuah laman web didakwa merupakan bekas pelajar tajaan Petronas.
Lebih mengejutkan, pemuda berusia lingkungan 20-an itu juga adalah tokoh pelajar cemerlang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 2001.
Menurut maklumat yang disiarkan di beberapa blog hari ini, pemuda tersebut didakwa mendapat tajaan daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).
Dia dihantar ke UK untuk membuat A Level sebelum mengikuti pengajian praklinikal di Universiti College Dublin (UCD) pada 2003.
Bagaimanapun, dia dilaporkan gagal menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan.
Semalam, penduduk di negara ini digemparkan dengan majlis perkahwinan sejenis yang dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara di mana seorang pemuda memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.
Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.
Akhbar pada Ahad melaporkan pemuda tersebut yang dilaporkan hilang oleh keluarganya disahkan berada dalam keadaan selamat oleh Duta Malaysia ke Ireland, Datuk Ramli Naam.
Menurut Ramli yang dipetik Utusan Malaysia sebagai berkata, pihak kedutaan maklum tentang kehadiran pemuda itu di negara tersebut sejak dia masih dalam pengajian di UCD lagi.
Bagaimanapun, pihak kedutaan dan Wisma Putra tidak boleh mendedahkan maklumat terperinci bekas pelajar tajaan Petronas itu kerana menghormati Akta Data Perlindungan Peribadi Dublin.
-GB / Mstar
Monday, December 19, 2011
Pemuda Melayu Kahwin Sejenis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tunggu laknat tuhan atas mereka...
ReplyDeleteinilah padahnya kalau Malaysia dengan pembangkang nak sangat anjurkan seksualiti merdekalah..kebebasan la..sampai agama digadaikan
ReplyDelete