 Di sebalik tanda bahawa UMNO sedang berantakan disebabkan skandal rasuah  dan pertelingkahan dalaman dikalangan pemimpin tingginya, Suruhanjaya  Pencegah Rasuah telah mengumumkan bahawa satu pasukan khas akan dibentuk  untuk menyiasat dakwaan bahawa keluarga Menteri UMNO Shahrizat Jalil  telah menyalahgunakan dana awam berjumlah RM250 juta yang diperuntukkan  bagi projek ternakan lembu NFC untuk kegunaan peribadi dan juga harta  mewah.
Di sebalik tanda bahawa UMNO sedang berantakan disebabkan skandal rasuah  dan pertelingkahan dalaman dikalangan pemimpin tingginya, Suruhanjaya  Pencegah Rasuah telah mengumumkan bahawa satu pasukan khas akan dibentuk  untuk menyiasat dakwaan bahawa keluarga Menteri UMNO Shahrizat Jalil  telah menyalahgunakan dana awam berjumlah RM250 juta yang diperuntukkan  bagi projek ternakan lembu NFC untuk kegunaan peribadi dan juga harta  mewah.
Walaubagaimanapun, tanpa fokus  kepada kemarahan rakyat, semua mata tertumpu pada drama yang sedang  dimainkan UMNO. Walaupun Shahrizat telah membayangkan kesediaan beliau  untuk meletak jawatan, adalah mustahil beliau akan membenarkan dirinya  dipijak atau dijadikan kambing hitam oleh rakan-rakan parti politiknya.
Mata  juga sedang tertumpu pada hakikat bahawa Najib yang sedang disiasat  oleh kerajaan Perancis disebabkan dakwaan memakan rasuah bernilai RM570  juta daripada pembuat senjata gergasi DCN akan mampu untuk menangani isu  NFC. Najib juga ialah presiden UMNO.
“Beritahu saya,  pemimpin UMNO yang mana tiada masalah?” merupakan jawapan pantas  Shahrizat apabila diminta memberi komen mengenai sama ada beliau akan  bertindakbalas terhadap seruan untuk meletak jawatan seperti yang di  laporkan oleh suratkahabr Sin Chew beberapa hari lepas.
Sandiwara UMNO-SPRM
Sememangnya  rakyat berasa curiga kerana MACC telah sebelum ini telah menyerahkan  kes itu kepada polis walaupun telah menerima laporan daripada ketua  pembangkang, Anwar Ibrahim.
Kredibiliti pentadbiran Najib telah  hilang apabila timblan ketua Polis Khalid Bakar telah mengumumkan bahawa  tiada unsure pecah amanah semasa perhimpunan Agong UMNO baru-baru ini.  Sering mendapat jolokan Pak Turut untuk kerajaan UMNO, Khalid telah  dituduh sebagai cuba menyelamatkan parti itu daripada malu.
“Kita  telah bertindak dengan mengikut prosedur apabila mengumpul fakta dan  kenyataan sejak isu itu dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negera.  Kebanyakkan isu yang ditimbulkan pada laporan terhadap NFC telahpun kita  ambil tindakan.” Ujar Pengarah SPRM Mustafar Ali dalam kenyataan beliau  yang di siarkan pada Khamis.
SPRM juga pantas menyatakan bahawa  ia tidak dapat mendedahkan fakta terperinci seperti yang termaktub dalam  Seksyen 29(4) Akta Pencegah rasuah Malaysia 2009. “Kami telah memanggil  pihak-pihak yang terbabit untuk memberi kerjasama kepada kami dan tidak  mempolitikkan isu –isu yang boleh menjejaskan siasatan kami.” Ujar  Mustafar lagi.
Mengambilkira tona defensive kenyataan tersebut,  adalah jelas kepada pemerhati bahawa SPRM tidak akan beriya-iya  menyiasat NFC atau Feedlot Kebangsaan, sebuah projek yang bertujuan  untuk meningkatkan bekalan daging lembu tempatan kepada 40% pemakanan  dan pada harga yang berpatutan.
Projek itu telah dianugerahkan  kepada suami Shahrizat, Salleh Ismail dan anak-anak beliau pada 2006.  Semasa itu, Muhyiddin memang portfolio Menteri Pertanian. Khairy  Jamaluddin, menantu kepda Perdana Meteri ketika itu, Abdulah Badawi juga  memainkan peranan penting dalam meluluskan projek itu kepada keluarga  Shahrizat.
Bertanggungjawablah dan selamatkan kami, rakan-rakan beritahu Shahrizat
Ini  dipercayai sebagai drama terbaru yang dimainkan UMNO untuk menyeru  Shahrizat meletak jawatan dalam cabinet dan bertanggungjawab sebelum  pilihanraya diadakan pada tahun depan.
Tiada siapa yang menyangka  aka nada perubahan besar pada sikap pemimpin tertinggi UMNO yang sudah  dikenali dengan rekod rasuah mereka- ini termasuk juga Shahrizat.
“Shahrizat  dan juga UMNO sememangnya tidak malu. Isunya adalah kenapa pinjaman  sebegitu diberikan kepada keluarga beliau sedangkan beliau memegang  jawatan sebagai Menteri Kabinet. Mustahil mereka mendapat pinjaman itu  sekiranya dia bukan menteri. Beliau dan keluarga beliau telah menidakkan  hak rakyat Malaysia yang susah dan rajin daripada faedah pinjaman itu  (bekalan daging murah kepada rakyat Malaysia),” beritahu timbalan  Presiden PKR N Surendran kepada Malaysia Chronicle.
“Shahrizat  juga tidak patut dipersalahkan seorang diri. UMNO lah yang harus lebih  dipersalahkan. Disebabkan amalan politik mereka yang sering memberi  makan kroni dan keluarga mereka daripada wang rakyat. “
Mangsa legasi rasuah Mahathir?
Mereka  yang menyeru beliau letak jawatan sebelum beliau “dihalau” termasuk  bekas perdana Menteri Mahathir Mohamad juga dikenali sebagai pemimpin  yang mengembangkan sistem feudal dalam politik di mana pemimpin elit  memegang segala aspek ekonomi dan politik negara.
Dalam laporan  “Global Financial Integrity” baru-baru ini, Malaysia disenaraikan di  tempat ke 4 paling banyak mengamalkan rasuah di dunia. Kita sudah  kehilangan USD338 billion (RM1.08 trilion) dalam pengaliran wang haram  pada dekad pertama untuk abad ini.
GFI juga menyatakan bahawa  kenaikkan Malaysia ini “seiring dengan bebapa negara Asian.” Ada Januari  lepas, telah dilaporkan RM930 billion telah keluar daripada Malaysia  dari 200 hingga 2008 dan meningkat ke RM218 setahun daripada jumlah asal  RM 71 billion pada masa itu.
Laporan ini sepatutnya menimbulkan  kesedaran kepada pemimpin dunia bahawa ada keperluan untuk melakukan  sesuatu demi menghapuskan pengeluaran haram ini,” ujar pengerusi GFI  Raymond Baker dalam satu sidang akhbar.
Semasa laporan itu  dikeluarkan, tidak hairanlah pemimpin UMNO yang pertama meragui laporan  itu adalah Mukhriz Mahathir yang tinggal di Washington dan juga  merupakan anak bongsu bekas PM itu.
Sekarang, Mahathir yang  berusia 86 tahu dan telah memerintah Malaysia selama 22 tahun dikenali  sebagai pemimpin yang banyak membazirkan wang cukai rakyat. -Malaysia  Chronicle
Sunday, December 25, 2011
Shahrizat : Pemimpin UMNO Mana Yang Tiada Masalah?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 




“Beritahu saya, pemimpin UMNO yang mana tiada masalah?” merupakan jawapan pantas Shahrizat apabila diminta memberi komen mengenai sama ada beliau akan bertindakbalas terhadap seruan untuk meletak jawatan seperti yang di laporkan oleh suratkahabr Sin Chew beberapa hari lepas. Maknanya UMNO tak boleh diguna pakai lagi sebab semua pemimpinnya bermasaalah jadi mari kita kuburkan UMNO pada PRU13.
ReplyDelete