Tuesday, December 20, 2011

Keputusan PMR Diumum Khamis Ini

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQLhVrPR9w40iArMll39e9ArjCRxSXo89d_boReMHE5SNf2dA6GVKpwG-l2aXq_JbE76LBQsA1ACH5ucC077Egm_WsGsx5dPdp11t8qzgC0GH-yyTkmaevTwIoaIrOOTLoQN-lm1QmffU/s1600/pmr3.jpgKeputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 akan diumumkan Khamis ini.

Menurut satu kenyataan Kementerian Pelajaran pada Isnin, analisis keputusanPMR akan diumumkan di Putrajaya pada hari berkenaan.

"Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari sama," menurut kenyataan itu.

Mulai tahun ini, kementerian memperkenalkan khidmat semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi Khamis hingga 12 tengah malam, 28 Disember.

Maklumat lanjut berhubung khidmat pesanan ringkas (SMS) itu boleh diperoleh di laman sesawang kementerian www.moe.gov.my.

Seramai 481,292 calon menduduki peperiksaan PMR di seluruh negara tahun ini. - BERNAMA

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.