Tuesday, December 20, 2011

Mahasiswa : 17 Dis Hari Kebebasan Akademik

Mahasiswa bakal membuka satu lagi lembaran baru dalam merealisasikan revolusi sistem pendidikan dan akademik negara.Terbaru, setelah himpunan 17.12.11 berjaya menyampaikan mesej kepada seluruh rakyat, mahasiswa diberitakan bakal mengangkat tarikh 17 Disember sebagai tarikh Hari Kebebasan Akademik di Malaysia.

Menurut Ahmad Syukri Ab Razab, tarikh 17 Disember dipilih berdasarkan kejayaan himpunan aman yang dianjur pada tarikh berkenaan yang berjaya menghimpunkan hampir 1,000 mahasiswa dan anak muda di kota raya.

“Kita dalam proses mengisytiharkan tarikh 17 Disember sebagai Hari Kebebasan Akademik di peringkat seluruh universiti di Malaysia.”, tegas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu.

“Jika di peringkat universal, mereka mengangkat 2 Februari sebagai hari kebebasan akademik, kita di Malaysia akan cuba naikkan 17 Disember sebagai tarikh keramat kebebasan akademik dan simbol kepada tuntutan mahasiswa menuntut suasana akademik yang lebih terbuka.

Mengenai situasi terkini mahasiswa UPSI, Adam Adli, mahasiswa dalam kenyataannya telah menyatakan sokongan penuh terhadap tindakan yang disifatkan pihak tertentu sebagai ‘satu tindakan tidak matang’ siswa tersebut di PWTC Sabtu lalu.

“Kita semua berada di belakang saudara Adam Adli. Apa yang dia buat kita ikhtiraf.”

“Dan suka saya katakan, bendera itu bukan dijatuhkan Adam Adli seorang, tapi ia diturunkan 400 demonstran yang turun pada hari berkenaan sebagai tanda solidariti kita kepada tindakan beliau.”, ujar Syukri lagi.

Tambahnya, sekiranya Adam Adli dikenakan tindakan AUKU, mahasiswa tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Dan mahasiswa menurutnya sudah mempunyai banyak rekod dalam tindakan undang-undang termasuk isu UKM4, isu lima mahasiswa KUIN yang digantung dan isu Adam Adli tidak mustahil untuk dijadikan isu ketiga untuk dibawa ke mahkamah.

“Namun, jika universiti (UPSI) mengenakan tindakan kepada Adam, perlu diingat, dia seorang pejuang mahasiswa yang bukan keseorangan tapi memiliki ramai penyokong di belakangnya.
“Dan kita tidak akan teragak-agak untuk mendesak pihak UPSI agar tidak melakukan perkara yang dikatakan pra-matang terhadap aktivis mahasiswa.”

“Jangan ulangi kesilapan kampus-kampus yang lepas dan jika ada juga tindakan ke atas Adam Adli dilakuka, kita akan lihat mungkin mini revolusi akan dilakukan di peringkat mahasiswa terhadap UPSI.”, ujarnya dalam satu kenyataan hari ini. – GZDaily

Terkini

Siswa Universiti Pendidikan Sultan Idris, Adam Adli yang hangat diperkatakan 1Malaysia mutakhir ini diberitakan telah muncul sebentar tadi setelah dikhabarkan menghilangkan diri beberapa jam sebelum ini.

Menurut sumber, Adam bersama beberapa pimpinan ‘front’ gerakan mahasiswa dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Chegubard hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk membuat satu laporan polis berhubung dua ugutan yang diterimanya.

Namun, sebaik sahaja mereka sedang membuat sidang media, seorang anggota polis dipercayai cawangan Bukit Aman telah meluru datang dan mengugut Adam Adli dengan kata-kata kesat.

“Kalau PEMUDA UMNO ada masa ko turun bendera hari tu, confirm ko dah kena lanyak!”, demikian ugutan yang dilemparkan kepada Adam sambil mengangkat penumbuk ingin menumbuk muka Adam.

2 comments:
Write comments
  1. polis ngan rejim najib memang kejam...x guna langsung diorang ni...

    ReplyDelete
  2. Now that machines can also used because of $20 you
    can $500, you will discover an attractive determination.

    Individuals, on the lookout within procuring Cuisinart mixer areas, you'll you should think about all the drink vita mixer container. The Learn about food processor or blender featuring an Distinct.Seventy five to one.Eighty-five horse power blender program continue to keep should get for a longer period to inform how well a lot more irritated compares to i would say the certainly superb 80 years older Vita Preparation executive, this particular Six decades historic Waring vita mixer skills, in addition the Half an hour and lots of years Blendtec machines new developments.

    Also visit my site; vitamix juicer stores ()

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.