Wednesday, December 28, 2011

Sebelum Ke Penjara, Anwar jelajah semenanjung?

http://1.bp.blogspot.com/_M4opafaevvA/TC1I1GOJHjI/AAAAAAAAA5w/fPSA1QzDBqI/s1600/20090628202342_anwar-keadilan2.jpgMenjelang keputusan perbicaraan kes Liwat II pada 9 Jan, jadual ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim padat dengan acara ceramah.

Beliau akan menjelajah ke 18 lokasi utama di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur untuk mengisi jadual tersebut.

Tempoh berkenaan, antara 3 hingga 8 Januari diisi sepenuhnya oleh Anwar untuk berceramah, termasuk di tiga perhimpunan besar pada malam terakhir di Lembah Kelang, sebelum mahkamah membuat keputusan pada Isnin.

Anwar dipetik AFP sebagai berkata, ramai yang mendoakan supaya beliau dibebaskan daripada tuduhan tersebut.

Beliau juga akan menggunakan peluang dalam siri ceramah berkenaan untuk menjelaskan bahawa beliau tidak bersalah.

Sekiranya didapati bersalah, bekas timbalan perdana menteri itu dijangka akan dihumban ke penjara sedangkan pilihan raya umum dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.

Walau "optimis" dengan peluangnya untuk dibebaskan, Anwar berkata beliau bersedia untuk menghadapi keadaan yang paling buruk. -MK

6 comments:
Write comments
  1. Semoga rakyat pandai menilai berdasarkan keputusan bukti mahkamah sebelum sewenang-wenangnya percaya tanpa usul periksa.

    ReplyDelete
  2. DSAI buat jelajah di semenanjung malaysia, sabah dan sarawak bila nak buat?

    ReplyDelete
  3. PR meramalkan pada PR13 sabah akan diperintah oleh PR (ramalan pd bulan okt 52% PR menguasai sabah),tapi kalau program jelajah sebesar ini sabah tidak dibawa bersama nampaknya PR tidak serius menawan sabah

    ReplyDelete
  4. sama-sama lah kita keluar mendengar amanat terakhir sebelum DSAI dihumbang oleh penjajah(umno) tanah air tercinta ini ke dalam penjara..berdoa dan memberi sokongan moral adalah yang terbaik agar bala kezaliman ini tidak ditinpa oleh ummat sejagat..

    ReplyDelete
  5. Ramai2 doa kan keselamatan anuar.. buat solat hajat... minta petunjuk.. macam pas buat solat hajat di stadium melawati shah alam.. hampir 10 ribu yang hadir... lepas tu keluar pula video sex pula... banyak betul dugaan anuar...

    ReplyDelete
  6. dasar double standard makin berleluasa di Malaysia, hinggakan pengedaran risalah kronologi liwat 2 DSAI pon kena tangkap, malaysia masih lagi mengamalkan perlembagaan RIMBA yg tak bertamadun, dasar double standard yang makin berleluasa...APAKAH KERAJAAN SEMAKIN TERDESAK UTK MENGHADAPI PILIHANRAYA SETERUSNYA...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.