Kehangatan penubuhan RCI (Royal Commission of Inquiry/Suruhanjaya Siasatan Diraja) untuk menyiasat kebanjiran PATI di Sabah belum pun reda, timbul satu lagi isu berhubung bantahan Datu Akjan Ali yang menggelar dirinya Pengerusi Pekida Sabah yang mempersoalkan penubuhan badan tersebut.
Apa yang menjadi persoalan umum ialah apakah kapisiti Datu Akjan Ali untuk membuat bantahan penubuhan RCI? Adakah beliau mewakili rakyat tulen majoriti bumiputera Sabah?
Atau mewakili Pekida yang kita tidak pasti ketulenan keahliannya? Atau bagi pihak sebuah parti politik yang berkepentingan di negeri ini? Atau Superman, yang punya kekebalan luarbiasa?
Melihat kembali kepada beberapa isu yang melibatkan individu yang dipanggil Datu Akjan Ali ini, seolah-olah kekebalan individu ini daripada pihak berkuasa mahupun kerajaan tidak dapat menyentuh individu tersebut untuk diambil tindakan.
Apakah keistimewaan yang ada pada Datu Akjan Ali? Penahanan beliau di bawah Akta ISA selama dua tahun beberapa tahun lalu cukup membuktikan penglibatan individu ini dalam projek IC palsu dan ditambahkan lagi isu yang terbaharu pengisytiharan Datu Akjan Ali sebagai Sultan Sulu, sudah cukup untuk pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang yang boleh mengancam keselamatan negara kita.
Kenyatan beliau berhubung prerogratif Kerajaan Persekutuan untuk memberikan kewarganegaraan Malaysia amat mengelirukan, apatah lagi Datu Akjan Ali menjelaskan setiap mereka yang tinggal di negeri ini selepas 15 tahun boleh memohon menjadi warganegara Malaysia.
Semua kenyataan beliau adalah karut semata-mata, kerana ramai suku kaum bumiputera Sabah lain yang lahir di negeri ini atau telah berhijrah ke negeri ini 40 tahun lepas amat sukar mendapat kewarganegaraan disebabkan surat akuan bersumpah tidak mudah diperolehi di tepi jalan-jalan raya.
Apakah pemberian kewarganegaraan berdasarkan agama dan bangsa? Kalau itu maksud Datu Akjan Ali, maka Kerajaan Malaysia selama ini telah tidak adil kepada ethnik atau agama lain dalam mendapat kewarganegaraan yang membatasi Perlembagaan Malaysia.
Ketidakrasionalan kenyataan beliau mengatakan bahawa penubuhan RCI akan menimbulkan kebencian rakyat terhadap pentadbiran BN adalah satu pemikiran yang sempit dan tidak setimpal dengan ilmu kedoktoran (DR) yang beliau gunakan sebelum nama Datu Akjan Ali.
Beliau juga mengatakan tujuan penubuhan RCI ini adalah untuk kepentingan politik kumpulan tertentu. Saya ingin bertanya Datu Akjan Ali dan parti-parti politik yang membantah penubuhan RCI ini, bukankah mereka yang menentang penubuhan RCI ini mempunyai agenda politik dan kepentingan diri?
Isu penubuhan RCI bukan tujuan memutar belit politik oleh sebilangan kompenan BN yang menyokong penuh penubuhan RCI. Sokongan penubuhan RCI membuktikan bahawa sebilangan pemimpin Politik di negeri ini samada parti BN atau pembangkang sedar bahawa negeri Sabah dan rakyat tulen negeri ini perlu dilindungi hak mereka demi masa depan anak bangsa.
Sebagai warganegara dan bumiputera Murut anak negeri Sabah tulen saya ingin menggesa para pemimpin negeri Sabah, supaya bersatu untuk mempertahankan hak rakyat dan negeri ini, dan mendahului kepentingan rakyat daripada kepentingan diri.
Perkara 20 yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963, yang menyentuh hak immigresen menjadi hak kerajaan negeri Sabah harus dipertahankan. Jangan ada pemimpin kita samada dalam BN atau pembangkang sanggup menjual maruah bangsa dan agama menjadi petualang negara.
Oleh : PATRICK SADOM
Tuesday, December 20, 2011
Kenapa Akjan Persoal Penubuhan RCI?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
klu ada RCI, sultan sulu yg no 1 kena hantar balik filipina!!!
ReplyDeleteDatu Ajkan bantah RCI kerana dialah dalang IC Palsu....
ReplyDeleteRakyat Sabah sokong RCI bukan kerana soal politik tetapi soal masa depan rakyat Sabah terutama generasi akan datang.....hai Sultan Suku baliklah ke Filipia dan bertakthalah di sana, jangan pandai-pandai bantah RCI...Apa kau tau?
ReplyDeleteSinapuk nu kamanggas..
ReplyDeleteim malaysian ..who give a damn about sultan sulu!
ReplyDeleteKalau ini pun POlis tidak ambil tindakan...Kerajaan mendiamkan diri....saya tidak hairan kalau Warga Sabah akan sanggun bermandi darah....
ReplyDeleteKalau tidak silap saya si Akjan ini pernah kerja jadi tukang jaga Feri Segama dulu, sebelum jadi pemandu Bas Sandakan-KK, sekarang sudah jadi sultan sulu di sabah, yang pelik dan menghairankan KENAPA dia tidak di tangkap malah bebas pulak buat kenyataan yang bermacam-macam. tidak hairan nanti ada pulak suku2 lain melantik dirinya jadi sultan, macam sultan Bugis ke, sultan Bulongan Ke atau sebagai Raja Dusun. sebab sesiapa pun boleh lantik diri jadi sultan dan tidak pula menjadi satu kesalahan, contohnya si Akjan ini, kalau jadi sultan di Sabah ini satu kesalahan dan melangar undang-undang perlembgaan persekutuan Malaysia dia sepatutnya sudah di penjara atau di buang negeri. ini tidak melahan bebas pulak dia di sabah ini, macam ada agenda tersembunyi...........!!!!
ReplyDeleteKalau bukan kita siapa lagi yang patut mempertahankan Sabah dan haknya dan masanya bila lagi kalau bukan sekarang. Berganjaklah sekarang sebelum kita kehilangan segala-galanya. RCI patut dan 100% patut diadakan sekarang ini.
ReplyDeleteTidak seharus ditunda- tundakan.
cuba kita cakap yang menghina Agong atau sultan melayu,nercaya cepat polis ambil tindakan,silap haribulan sudah kena hantar ke penjara kepayan tetapi dalam kes Akjan ini yang terang-terang menghina TYT dan Raja-Raja melayu serta membuatkan negara jiran tersinggung dan mensabotaj kan ekonomi malaysia serta mengeluarkan kata-kata yang bermaksud ingin bermandi darah masih belum ada tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan malaysia serta pihak polis....macam ada agenda disebaliknya kata-kata Akjan ini....salah satu cara menutup mulut si Akjan ini dan yang sewaktunya adalah mengalahkan BN di PRU akan datang,kita tengok siapa yang akan tertiarap dan menyembah bumi.
ReplyDeleteAkjn nak mengaku jadi Sultan pun tiada guna jika tiada rakyat. orang Sulu sendiri pun tak mengaku dia sebagai Sultan. Akjan ni tak patut berada di Malaysia.
ReplyDeletejika RCI ditubuhkan pasti Akjan akan kena tahan kerana identiti di terbongkar, pasal tu dia bantah RCI.
ReplyDeleteAkjan was expected to face another hearing at court on January 4th 2012, wonder what will happen to him next.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
Hope that justice will be served after this, we shall wait for the court's judgement.
ReplyDeleteInilah manusia pertama yang harus disiasat bila RCI ditubuhkan - Akjan!
ReplyDeleteFrom a security then became a 'sultan'? Wow! His 'life' should be documented. Something fishy when he objected the RCI. Scared huh?
ReplyDeleteKenyataan Akjan hanya memutar belitkan fakta sebenar. Kewarganegaraannya harus diragui.
ReplyDeletekebanyakan pihak pastinya mahu RCI ditubuhkan.
ReplyDeleteRCI ini diharap dapat mencari penyelesaian tebaik terhadap masalah pati.
ReplyDeletepasti ramai yang tidak bersetuju dengan Akjan.
ReplyDeleteSi Akjan ni lucu ba. Mahu juga tunjuk hero:P
ReplyDeleteEntah apa yang difikirkannya sampai dia persoalkan penubuhan RCI???
ReplyDeletePara pemimpin lain pun berusaha supaya RCI ditubuhkan, si Akjan ni pula ikut sedap saja. Menghairankan.
ReplyDeleteNamun pandai2lah rakyat menilai hal ini. Mcm mana sekalipun Akjan buat hal tapi kalau tak dilayan lama kelamaan diam juga tu.
ReplyDeleteHarap si Akjan ni dapat kontrol apa yang diperkatakan supaya tak mengeruhka mana2 keadaan.
ReplyDeleteMasalah timbul, carilah cara untuk menyelesaikannya. Jika RCI diperlukan, tubuhkan tanpa ragu-ragu.
ReplyDeleteMany negative perception about Akjan. May be the government should stand in front to resolve the issue.
ReplyDeleteKenapa masih tiada tindakan undang-undang sedangkan Akjan menghina name "sultan". Adakah ini salah dari sisi undang-undang?
ReplyDeleteSokongan penubuhan RCI membuktikan bahawa sebilangan pemimpin Politik di negeri ini samada parti BN atau pembangkang sedar bahawa negeri Sabah dan rakyat tulen negeri ini perlu dilindungi hak mereka demi masa depan anak bangsa.
ReplyDeleteMemang harus ditubuhkan agar hak & kepentingan penduduk di Sabah terjamin dan dipentingkan.
Jika RCI dapat menegakkan keadilan dan hal sebenar, apa salahnya untuk menubuhkannya?
ReplyDeleteApa yang menjadi persoalan umum ialah apakah kapisiti Datu Akjan Ali untuk membuat bantahan penubuhan RCI? - mungkinkah bantahan beliau ada rahsia tersirat?
ReplyDeleteAdakah beliau mewakili rakyat tulen majoriti bumiputera Sabah? - hanya beliau sahaja yang tahu identiti sendiri...
ReplyDelete"Isu penubuhan RCI bukan tujuan memutar belit politik oleh sebilangan kompenan BN yang menyokong penuh penubuhan RCI. Sokongan penubuhan RCI membuktikan bahawa sebilangan pemimpin Politik di negeri ini samada parti BN atau pembangkang sedar bahawa negeri Sabah dan rakyat tulen negeri ini perlu dilindungi hak mereka demi masa depan anak bangsa." - ya memang setuju dengan kenyataan ini.
ReplyDeletekenyataan sedemikian memang tidak logik - "penubuhan RCI akan menimbulkan kebencian rakyat terhadap pentadbiran BN..."
ReplyDeleteapa yang jelas, kebanyakan rakyat Sabah sememangnya menanti akan penubuhan RCI ini
ReplyDeleteAkjan tidak mahu RCI ditubuhkan sebab takut kena siasat..
ReplyDeletesemoga RCI dapat ditubuhkan bagi memberikan pengajaran kepada orang seperti Akjan..
ReplyDeleteAkjan tidak sepatutnya mempersoalkan mengenai RCI ini.
ReplyDeleteKalau RCI diluluskan Si Akjan dulu kena siasat, sebab tu dia bantah. Adeiii!!! Ketara la.
ReplyDeleteKenapa persoalkan, takut hal sebenar ditedahkan?
ReplyDeleteTidak harus beragu-ragu lagi, tubuhkan RCI untuk membuat siasatan.
ReplyDeleteSelagi Sabah dalam M'sia tuntutan Philippine tiada maknanya. Tu Akjan boleh jalan balik kampung.
ReplyDeleteJika Akjan tidak terlibat dalam kes projek ic, tiada apa perlu dirisaukan.
ReplyDeletePemimpin Sabah harus mengutamakan rakyat Sabah dan menubuhkan RCI untuk menanggani masalah PATI & Akjan.
ReplyDeleteSiapakah sebenarnya Akjan ini? Kenapa beliau pula dikaitkan kes ic palsu? Siapakah dalang sebenarnya?
ReplyDeletememang ramai yang tertanya2 dengan latar belakang dan status Akjan. harap pihak kerajaan tampil bagi penjelasan. jangan biarkan rakyat tertanya2 dan lebih teruk lagi menghina Akjan kerana apa yang sudah tersebar di media kebelakangan ini.
ReplyDeletejika benar Akjan terlibat dengan Projek IC/ kes2 yang menggugat keselamatan dan keamanan negara jangan teragak2 untuk jatuhkan hukuman yang berat.
ReplyDeletesaya cuma risau pembebasan Akjan ni ada kena mengena dengan orang2 atasan yang besar pengaruh.
ReplyDeletetujuan penubuhan RCI ini adalah bukan untuk kepentingan politik kumpulan tertentu malah untuk melindungi hak dan kepentingan rakyat tulen sabah dan masa depannya..
ReplyDeleteAkjan menabalkan dirinya sebagai sultan sulu..terbukti Akjan bukan rakyat tulen sabah..malah beliau juga pernah mendakwa memiliki dua kerakyatan..seharusnya pihak KDN mengambil tindakan tegas terhadap beliau..dan Akjan serta kaum kerabatnya harus diusir keluar dari sabah..
ReplyDeleteRCI wajib ditubuhkan...jika ada pihak yang menentang penubuhan RCI bermakna mereka mempunyai agenda politik dan kepentingan diri..
ReplyDeletesekarang sudah 2012...apa keputusan kerajaan?
ReplyDeletekalau keputusan yang dibuat adalah tidak memuaskan kemungkinan rakyat tulen sabah akan mengambil tindakan serupa pada PRU13..
ReplyDeleteThe purpose the the setting up of this RCI is to investigate and probe 'illegal immigrants' Question.
ReplyDeleteHopefully this will be the first of many steps against the 'illegal immigrants' Question.
ReplyDeleteOnce the initials steps has been taken, permanent solution can be taken to address thus overcome this questions that had plagued Sabah for decades.
ReplyDeleteHe has no rights at all.
ReplyDeleteTak boleh cakap apa lagi, kena tunggu jawapan ni....
ReplyDeleteJust find a proper way to solve this problem. This is getting no where.
ReplyDeletehidup ibaratkan berperang dan warga bumiputra ibarat askar negara yg tengah dikepung menani bantuan luar... wei skill perang kamu mana??? x pandai pegang senapang?? sumpit pun boleh pakai jga tu... negeri sabah besar, cuba pulak kamu siasat kaum cina negeri sabah, 70% tidak tahu bertutur dalam bahasa malaysia... patutkah??? bolehkah begitu???
ReplyDelete