Wednesday, December 28, 2011

Amaran Hujan Lebat Di Sabah, Sarawak

http://nhudaahmad.co.cc/wp-content/uploads/2011/07/hujan.jpgHujan sekejap-sekejap kadangkala lebat dijangka turun di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga Khamis ini yang boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah.

Menurut Jabatan Meteorologi, kawasan terlibat di Sabah ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Sandakan, Kota Belud dan Ranau manakala di Sarawak, keadaan sama dijangka terjadi di Kuching, Bau, Lundu, Samarahan dan Serian.

Hujan sekali-sekala dengan sederhana lebat kadangkala dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kota Tinggi dan Mersing di Johor serta Rompin dan Kuantan di Pahang sehingga hari Jumaat.

Jabatan Meterologi mengingatkan paras air laut dijangka naik di Pantai Timur Semenanjung sehingga Khamis.

Angin kencang Timur Laut selaju 60 km sejam (kmsj) pula diramal bertiup di beberapa kawasan Pantai Timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak manakala laut dijangka bergelora setinggi 5.5 meter.

Laut di Langkawi, Perlis dan Kedah Utara juga dijangka bergelora setinggi 3.5 meter dan berbahaya bagi semua aktiviti pantai dan laut. - BERNAMA

13 comments:
Write comments
  1. sekarang ni mmg musim hujan, kemungkinan banjir akan berlaku, semua penduduk perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

    ReplyDelete
  2. Berhati-hati di musim hujan ini.

    ReplyDelete
  3. Banyak berita tentang banjir yang berlaku di negara ini. Diharap pasukan petugas khas untuk bantu mangsa abnjir sentiasa bersedia.

    ReplyDelete
  4. bencana banjir sering berlaku pada masa kini, kita perlu ada langkah berjaga -jaga.

    ReplyDelete
  5. Today is already Friday, I read that there are a few districts are safe to return already.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Hope that the damages to the people's homes are not too serious, the government and welfare department might need to hand out some help in rebuilding those damaged houses.

    ReplyDelete
  7. sentiasalah peka dan mengetahui maklumat terkini.

    ReplyDelete
  8. dengan cuaca sekarang mungkin banjir boleh berlaku, jadi sentiasalah bersedia. apa pun, harap semuanya dalam keadaan baik.

    ReplyDelete
  9. saya rasa semua pihak sudah bersedia menghadapi bencana ini..

    ReplyDelete
  10. Mudah2an tidak teruk sangat.

    ReplyDelete
  11. Maka sentiasalah berhati-hati dan berjaga-jaga dengan keadaan cuaca yang tidak menentu buat masa sekarang.

    ReplyDelete
  12. rasanya keadaan seperti ini memang satu kelaziman pada setiap November hingga awal tahun. sedia maklum untuk sentiasa berwaspada dan siap sedia bagi menghadapi kemungkinan banjir berlaku.

    ReplyDelete
  13. pasti banyak kemusnahan dan kerugian yang dialami oleh mangsa banjir. harap mereka mendapat bantuan yang sepatutnya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.