Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sedang menyiasat dakwaan bahawa setiausaha sulitnya ada menerima sogokan.
Bercakap kepada pemberita di Shah Alam hari ini, Muhyiddin bagaimanapun berkata beliau tidak tahu menahu berhubung sebarang salah laku tetapi berjanji akan melihatnya secara mendalam.
"Saya hanya membacanya di blog. Saya, apa-apa pun akan teliti perkara ini.
"Kalau apa-apa pun perkara berkaitan dengan sesiapa pun, dengan jabatan saya pun, saya akan kaji," katanya.
NONEBeliau mengulas dakwaan seorang penulis blog Whistleblower 771 bahawa setiausaha sulit kanannya Mohd Shukor Abdul Manan (kanan) menerima lebih daripada RM100,000 sebulan.
Turut didakwa terlibat setiausaha sulit Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Husin.
Awang bagaimanapun menafikan berlakunya salah laku sebaliknya dana berkenaan untuk menggerakkan program kebajikan. -MK
Wednesday, December 28, 2011
TPM siasat dakwaan SU sulit disogok
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
pemimpin2 umno selalu nya a kan cepat2 menafikan apabila isu2 rasuah di sabitkan keatas mereka.sprm, polis tak akan berani menyiasat selagi kedua2 jabatan ini duduk di bawah ketiak umno..
ReplyDeletebukan sprm tak nak siasat tapi dia kata tak de report...bila report sprm akan siasat dulu siperipot dan tanya kenapa report sebab buat susah mereka nak jawab dgn muhyudin yg tengah naik angin...d.ing ding dong tup2 keluat kenyataan dari ag no furthe action sebab tak cukup bukti...lakunan2 ni berulang2 ditayangkan....cara terbaik hukum mereka2 ni ialah tumbangkan je umno....so simple tak yah pening2 kepala.
ReplyDelete