Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hanya 'drama politik' Umno BN.
Katanya, dengan pelbagai isu rasuah yang terpalit kepada ramai pemimpin parti itu, maka Umno BN terpaksa 'menempisnya' dengan bertindak ke atas Khir, itu pun selepas Khir tidak mempunyai kuasa lagi.
Lagi, tindakan 'memangsakan' Khir itu kononnya bagi memberi gambaran kepada Masyarakat bahawa kerajaan Umno BN secara keseluruhanya tidak berkompromi dengan rasuah.
"Selepas Umno tak mampu nak bersih najis rasuah yang (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) kata 'sudah busuk sampai ke usus', maka Khir jadi mangsa sembelihan untuk bersihkan semua kes rasuah dalam Umno," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam kelmarin yang memutuskan Khir bersalah atas tuduhan rasuah dan dihukum penjara setahun.
Bagi Mahfuz, apa yang cuba ditonjolkan oleh Umno BN dengan bertindak ke atas Khir itu hanya mengulangi skrip lama yang pernah dibuat ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik dalam isu PKFZ.
Bagaimanapun tindakan mendakwa Ling itu selepas beliau bersara dari kerajaan.
"Saya harap Khir sabar banyak-banyak sebab dia seorang sahaja yang kena untuk dijadikan mangsa korban partinya.
"Saya yakin kalau dia masih ada kuasa, dia tak akan diambil tindakan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. -HD
Monday, December 26, 2011
Rampas Selangor : Khir mangsa sembelihan Umno
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apabila mahkamah mengenakan tindakan keatas Khir ,dikatakan UMNO sengaja mengenakan Khir sedangkan perkara ini dilakukan apabila wujudnya dakwaan keatas Khir.Sama-sama kita tunggu 9 Januari nanti,dengan bukti yang ada dan disahkan,sekiranya keputusan mahkamah tidak berpihak kepada pembangkang,akan dikatakan mahkamah sebenarnya zalim ,kerajaan zalim sedangkan kita masih percaya bahawa sistem kehakiman kita adil.
ReplyDeleteSedihnya remaja curi syampu kena jel lama berbanding orang BN rasuah juta2 dan tipu rayat juta2 tapi jel sebulan nampak betul bias dan ini tidak adil pilih bulu.
ReplyDeletebetulkah sistem kehakiman kita adil? bapa yang curi susu utk bagi anak makan kena penjara 3 4 tahun tapi org umno yg curi berjuta juta RM penjara 1 tahun sja? khir toyo bukan kambing atau lembu hitam tetapi adalah pesalah sebenar dan patut dihukum berat. mahkamah malaysia umpama mahkamah kambing dan lemnbu saja.
ReplyDelete