Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sedang menyediakan kertas kerja mengenai cadangan penggunaan cakera parabola di kalangan individu terutama di Sabah dan Sarawak.
Ketua Setiausaha KPKK Datuk Seri Kamaruddin Siaraf, berkata kementerian itu bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan mengambil kira pandangan semua pihak berhubung isu itu sebelum dikemukakan kepada Kabinet untuk memutuskannya.
“Kita akan menilai perkara itu daripada semua aspek termasuk sama ada terdapat kewajaran memberi kebebasan menggunakan careka parabola di kalangan individu atau sebaliknya.
“Ini termasuklah aspek budaya kita. Kita perlu memikirkan anak-anak kita…ada yang tidak perlu ditonton dan sebagainya kerana kita ingin membangunkan masyarakat Malaysia yang menekankan nilai budaya yang baik…jadi terpulanglah kepada kabinet untuk memberi kebebasan atau tidak (untuk menggunakan cakera parabola),” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Kompleks Bersepadu Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, di Jalan Lintas Kepayan, di sini, kelmarin.
Kamaruddin berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Yee Moh Chai Sabtu lepas, bahawa 99 peratus penduduk Sabah mahukan kebebasan dalam akses maklumat khasnya menerusi khidmat satelit.
Yee yang juga Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat dipetik sebagai berkata peratus itu diperoleh menerusi pungutan pendapat yang dijalankan melalui talian Internet.
Sehubungan itu, Yee mahu undang-undang berkaitan kawalan pengedaran khidmat satelit dipinda mengikut keperluan dan mengikut keadaan di Sabah dan Sarawak.
Kamaruddin berkata kementerian itu menyedari cadangan berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya.
Bagaimanapun katanya, sehingga kabinet Persekutuan membuat keputusan berhubung perkara itu, undang-undang sedia ada berkaitan penggunaan careka parabola masih terpakai.
Katanya, mengikut undang-undang sedia ada, mana-mana pihak yang mahu menggunakan atau memasang satelit parabola perlu mendapatkan lesen.
“Dalam keadaan tertentu, kekecualian diberikan kepada pengguna parabola di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.
“Saya yakin dengan adanya perkhidmatan digital siaran TV yang mantap, akses siaran (connectivity) akan bertambah baik termasuk di Sabah dan Sarawak,” katanya. -NST
Thursday, December 22, 2011
Kementerian cadang guna parabola di Sabah dan Sarawak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
di Sabah dan sarawak amat sukar untuk mendpatkan talian, olhe itu adalah wajar penggunana parabola dibenarkan di Sabah dan sarawak.
ReplyDeleteharap kerajaan akan membenarkan penggunaan setelit parabola di sabah dan Sarawak.
ReplyDeleteHope that this proposal will get approved by the State government, the Sabahans should be allowed to access the Parabolic Satellite.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
We must have freedom for information! Hope that the KPKK and SKKM will be able to convince the cabinet to approve it.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
Yang tinggal di skeitar KK boleh gunakan parabola tak?
ReplyDeleteDiharap kelulusan diberikan untuk menggunakan parabola di Sabah dan Sarawak.
ReplyDeletePenggunaan parabola memang ada pro dan kontranya juga.
ReplyDeletesetuju dengan boss ku..pasti ada pro dan kontra berhubung penggunaan parabola.
ReplyDeletedengan keadaan siaran di Sabah dan terdapat kawasan pedalaman. memang wajar jika ianya dibenarkan.
ReplyDeleteharap pekara ini akan dipertimbangkan dengan sewajarnya.
ReplyDeleteKalau parabola diluluskan, menangislah Astro nanti. hahhaa
ReplyDeleteTapi penggunaan parabola ni ada pros dan cons juga so harap ia dikaji dulu sebelum diluluskan.
ReplyDeletePunya siuk kalau penggunaan parabola dibenarkan. Nda payah lagi main tapuk2. hehe
ReplyDeleteHarap hal ini dapat dipertimbangkan sewajarnya kerana saya yakin ramai yang menyokong penggunaan parabola ini.
ReplyDeleteNamun hal ini perlu dipertimbangkan sewajarnya supaya takda penyesalan kemudian hari.
ReplyDeleteApakah kebaikan dengan parabola? Harus juga mengkaji sebelum dilaksanakan.
ReplyDeleteIs good not to get any company to monopoly the market.
ReplyDeleteAdakah pancaran parabola ini stabil?
ReplyDeleteHarus juga dikaji kebaikan dan keburukannya. Tidak harus melaksana dan kemudian diberhentikan pula.
ReplyDelete"Sehubungan itu, Yee mahu undang-undang berkaitan kawalan pengedaran khidmat satelit dipinda mengikut keperluan dan mengikut keadaan di Sabah dan Sarawak."
ReplyDeleteMore thing to study about parabola. Charges? Services? Program etc?
selain parabola, ada lagi satu syarikat penyiaran yang bakal beroperasi tahun ini sekiranya tidak ada halangan.. kalau perkhidmatan Astro masih tidak berubah, saya dahulukan dengan ucapan bye2..
ReplyDeletelepas ni saya mahu guna parabola.. so cepat2 la kasi lulus..
ReplyDeleteSemoga cadangan ini dikaji dengan teliti sebelum dibawa masuk ke negeri Sabah.
ReplyDeleteBaik juga ada saingan sihat bekalan servis hiburan.
ReplyDeletePasti parabola ini diterima golongan ramai jika kualiti servisnya baik.
ReplyDeleteTahu takut dengan penduduk Sabah.
ReplyDeleteHarap penggunaan parabola tidak akan diharamkan di Sabah.
ReplyDeleteKalau dapat kelulusan, penduduk2 pedalaman mungkin akan menggunakan parabola memandangkan Astro tidak semua tempat dapat coverage.
ReplyDeleteSemoga kawasan luar bandar juga diberi peluang untuk mendapat saluran yang sama.
ReplyDeleteApa salahnya guna parabola? ok pun. persaingan yang sihat akan mengwujubkan kualiti yang bagus.
ReplyDeleteKabinet harus menkaji cadangan satelit ini.
ReplyDeleteada yang saya kenal guna parabola ni di kampung. beli dengan harga lebih kurang RM900 n made in China, tidak sampai pun 5 bulan sudah tidak boleh diguna.
ReplyDeletekalau dari aspek harga memang saya sokonglah sebab tidak akan membebankan tapi siarannya tu yang saya kurang setuju kerana tiada tapisan. kalau Astro mau kekal bagus perbaiki perkhidmatan mereka.
ReplyDeletesemua pun ada baik buruknya juga. pandai2lah untuk mengendalikannya.
ReplyDeleteMemang akan memberikan kebaikan malah juga keburukan.
ReplyDeleteCommunication will be better globally.
ReplyDeleteCabinet has to make sure this decision will have more benefits to avoid any mistakes.
ReplyDeleteParabola xde pun siaran lucah kat asia nie...orang guna parabola untuk tengok siaran indonesia,pastu kalo thailand rokok,arak semua di senset berbanding cite kat TV malaysia rokok slamber je hisap,kalo cina tgk taiwan dan china...parabola ni dah puas aku pusing guna c-band haram jadah xde pun siaran lucah...kerajaan nak jaga astro sebab setiap pelangan akan membayar cukai 6% kalo parabola 0% sebab tu die haramkan guna parabola dan bangkitkan isu yang x masuk akal,bagi yang belum menguna parabola nie ia2 kan aja sebab cuma dengar cakap tapi belum lihat bukti...aku tgk parabola ni sebab nak tgk cite mat saleh kat channel indon setiap hari ade,kalo TV malaysia nie iklan je banyak cite boleh belah..nak harap TV1 TV2 entah ape2 yang ade kat channel tu sangat membosankan...parabola VS astro Njoi ? astro Njoi semata2 buang duit dan merugikan saja bila membeli. Malah siaran percuma seperti TV3,NTV7,TV9 dan TV8 x ade..
ReplyDeleteNi list TV:
101 – RTM TV1 - Aku x tgk ?
102 – RTM TV2 - boleh layan
105 – PRIMA - boleh layan
106 – OASIS - jika buka muslim ?
130 – iMUS - ini 24jam iklan sapa mau tgk ?
180 – TVi - Aku x tgk ?
201 – VAANAVIL - jika buka india ?
203 – MAKKAL TV - jika buka india ?
301 – AEC - jika buka cina ?
302 – iVIEW - ini 24jam iklan sapa mau tgk ?
304 – JIA YU - jika buka cina ?
325 – XIAO TAI YANG - jika buka cina ?
334 – CCTV4 - jika buka cina ?
501 – AWANI - Aku x tgk ?
601 – TUTOR TV UPSR - Aku x tgk ?
602 – TUTOR TV PMR - Aku x tgk ?
603 – TUTOR TV SPM - Aku x tgk ?
502 - Bernama TV - Aku x tgk ?
SAYA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG BERKETURUNAN SIAM MEMBERI CADANGAN SAYA KEPADA KERAJAAN MALAYSIA SUPAYA MEMBENARKAN RAKYAT SATU MALAYSIA MENGGUNAKAN PARABOLA SEPERTI NEGARA-NEGARA LAIN.BAGI SAYA SEKIRANYA PARABOLA DI KATAKAN LUCAH TIDAK PATUT KERANA IA ADALAH SATU BERITA MENYAMPAIKAN MAKLUMAT TIDAK SEPERTI INTERNET,VCD DAN HAND PHONE TERMASUK SEKALI DENGAN PENYIARAAN TV DENGAN ADANYA HIBURAN.
ReplyDeleteBAGI SAYA KERAJAAN MALAYSIA ADALAH SIFAT YANG ZALIM SERTA TIDAK MEMBERI PELUANG KEPADA RAKYAT SATU MALAYSIA MENGGUNAKAN PARABOLA.BAGI SAYA AKTA KESELAMATAN ISA BOLEH DI MANSUHKAN KENAPA PARABOLA UNDANG-UNDANG TIDAK BOLEH DI MASUKKAN.PADA PENDAPAT SAYA KERAJAAN MALAYSIA ADALAH CELAKA,MUSIBAT TIDAK BERTIMBANGRASA KEPADA RAKYAT SANGGUP MEMBUAT UNDANG-UNDANG SAMALAH LESEN MEMANDU JIKA KITA LIHAT ZAMAN ERA TAHUN 1950-70AN LESEN E LORI DAN BAS BOLEH BAWA SEKALI SEKARANG SUDAH DI ASINGKAN SEBENARNYA KERAJAAN MALAYSIA ADALAH SIFAT DISKRIMINASI DAN KUKU BESI HARAM PUNYA KERAJAAN MALAYSIA.
ReplyDelete