Saturday, August 21, 2010

24 hotel guna bahan diragui halal

Sebanyak 24 buah hotel daripada 34 buah hotel yang dipantau oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana menawarkan sajian Bufet Ramadan bermula 1 hingga 10 Ramadan lalu didapati menggunakan bahan yang diragui halal.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, hasil pemantauan tersebut mendapati 70 peratus daripada premis berkenaan tidak memenuhi keperluan piawaian Pensijilan Halal Malaysia.

Menurutnya, promosi yang ditawarkan adalah jelas tidak menepati Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan ‘Halal’) 1975.

“Antara hasil penemuan ialah penggunaan bahan mentah yang berasaskan alkohol, bahan ramuan yang diragui, bahan mentah yang tiada pengesahan halal, ayam daripada sumber yang tidak jelas dan percampuran di antara bahan mentah halal dengan tidak halal di kawasan penerimaan (loading bay) dan stor penyimpanan.

“Bagaimanapun, kesemua premis memberikan kerjasama dan maklum balas yang baik di sepanjang proses pemantauan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Jelasnya, pihak hotel juga menyatakan minat dan kesediaan untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia daripada Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

Menurut Wan Mohamad, Jakim akan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di hotel-hotel berkenaan pada setiap hari sepanjang Ramadan.

“Oleh itu, semua hotel diingatkan agar tidak menyalahguna terma Bufet Ramadan yang boleh mengelirukan pengguna yang hendak berbuka puasa di hotel.

“Sebagaimana yang kita ketahui, penggunaan istilah Bufet Ramadan merupakan perbahasaan halal dan ia boleh diambil tindakan sekiranya terdapat penyalahgunaan,” tegasnya.

Sementara itu, katanya, sepanjang 10 Ramadan pertama, Jakim menerima 16 permohonan sijil halal daripada hotel di seluruh negara.

Katanya, daripada jumlah itu, sembilan hotel telah lengkap dokumen dan sedang diproses manakala tujuh lagi belum melengkapkan dokumen mereka.

“Sebanyak dua hotel telah diberikan sijil halal dalam tempoh 10 Ramadan iaitu JB Central, Johor dan Pearl International, Selangor,” jelasnya. -Kosmo

17 comments:
Write comments
  1. Malaysia mempunyai undang2 perniagaan sendiri, jadi jangan terlalu gairah mengaut keuntungan sehingga mengabaikan undang2 yang telah ditetapkan.. pemantauan dan penguatkuasaan sepatutnya dijalankan secara mengejut bagi mengelakkan ada pihak yang mengambil tindakan awal untuk melepaskan diri.

    ReplyDelete
  2. semua rakyat terutamanya peniaga yang mengusahakan makanan tanpa mengira bangsa dan agama wajib menghormati bulan ini dan tidak mengambil kesempatan semata2 ingin mengaut keuntungan lebih.

    ReplyDelete
  3. mana2 premis makanan perlu menggunakan bahan2 yang halal, JAKIm kena lebih byk melakukan pemeriksaan bagi mamstikann premis2 makanan menyediakan makanan yang halal.

    ReplyDelete
  4. hotel-hotel yang ingin mengadakan Bufet Ramadhan perlu menggunakan bahan-bahan yang halal. JAKIM perlu sentiasa melakukan pemantauan.

    sebaiknya, hotel-hotel memohon pengiktirafan dan sijil halal daripada JAKIM.

    ReplyDelete
  5. tindakkan yang dibuat oleh jakim ini satu tindakkan yang baik. tujuan sebenarnya memastikan setiap hotel-hotel dimalaysia tidak menyalah gunakan perkataan halal. Memastikan barangan yang digunakan juga adalah mestilah halal.

    ReplyDelete
  6. Nasib baik Jakim membuat pantauan ke hotel2x. Semua hotel harus menggunakan bahan yang halal.

    ReplyDelete
  7. Even though we live in a multiracial country, it is still important to respect the Ramadhan month. All hotels should serve foods that uses halal ingredients.

    ReplyDelete
  8. Bagus lah bah.. sekurang-kurangnya semua pihak lebih berhati-hati dan memastikan menggunakan bahan yang halal!

    ReplyDelete
  9. So ikutlah peraturan yang telah ditetapkan supaya tak kena denda nanti.
    Apapun, selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
  10. jangan disalahgunakan terma Bufet Ramadhan untuk mengaut keuntungan..

    ReplyDelete
  11. bahan2 yang digunakan serta cara penyediaan dan penyimpanan haruslah memenuhi piawaian pihak JAKIM..

    ReplyDelete
  12. selain daripada hotel, pemantauan juga harus dilakukan bagi restoran2 serta gerai2 menjual makanan terutama di kawasan bazar ramadhan..

    ReplyDelete
  13. diharapkan agar pihak berkuasa berkenaan akan terus melakukan pemantauan dan penguatkuasaan bukan sahaja pada masa puasa tetapi juga pada masa2 lain...

    ReplyDelete
  14. I hope these hotels management should respect the holy Ramadhan. Now I'm wary to eat in hotel for fast breaking..hurm.

    ReplyDelete
  15. Kes ini memang susah untuk dihalang.

    ReplyDelete
  16. Untuk memastikan makanan sesuai dijamu oleh masyarakat Islam, pihak hotel ataupun restoran perlulah mengikuti semua peraturan dan juga memohon sijil halal.

    ReplyDelete
  17. Untuk memastikan semua makanan sesuai dijamu oleh masyarakat Islam, maka sijil halal diperlukan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.