Tuesday, August 17, 2010

PASANGAN WAJAR DIHUKUM MATI

KOTA KINABALU: Timbalan Speaker Dewan Negara Senator Datuk Armani Haji Mahiruddin berkata, hukuman mati mandatori ke atas pesalah buang bayi wajar di- kenakan bukan sahaja kepada pesalah wanita malah ke- pada pesalah lelaki.

Beliau berkata, ia adalah amaran keras kepada masya- rakat terutamanya mereka yang melakukan kesalahan itu.

“Sudah tiba masanya kerajaan dan pihak berkuasa ber- tindak keras terhadap mereka yang tergamak bertindak kejam membuang dan membunuh bayi.

“Tindakan itu diambil setelah melihat kes berkenaan semakin menjadi-jadi walaupun kerajaan telah mengambil pelbagai pendekatan sebagai jalan penyelesaian. Cukuplah dengan apa yang kita saksikan di kaca televisyen sebelum ini. Hentikan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Kabinet berhubung arahan supaya mana-mana individu yang terlibat dalam kes pembuangan bayi disiasat mengikut Kanun Keseksaan iaitu perbuatan membunuh atau percubaan membunuh.

Arahan itu meminta polis supaya menyiasat sesiapa yang membuang bayi sehingga men- yebabkan kematian di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati man- datori.

Menteri Pembangunan Wa- nita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyatakan, mereka juga boleh didakwa atas kesalahan percubaan membunuh atau men- yebabkan kematian di bawah kanun yang sama.

Mengulas lebih lanjut, Armani yang juga Ketua Wanita umno Sabah berkata, langkah penguatkuasaan itu membuktikan kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan pihak berkuasa amat serius mencari jalan penyelesaian bagi mengekang gejala pembuangan bayi daripada berleluasa.

Beliau menegaskan kepada pihak yang berkenaan terutama golongan remaja dan keluarga agar tidak memandang mudah perkara itu.

“Sebelum ini mungkin mereka yang membuang bayi berfikir tidak akan dapat dikesan oleh pihak polis, namun dengan adanya pengecaman melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA), pihak polis dapat mengenal pasti ibu bapa bayi berkenaan,” katanya.

Oleh itu, beliau menyeru agar mereka yang terlibat tidak mengambil jalan mudah men- yelesaikan masalah mereka dengan membuang bayi kerana perbuatan itu akan mendatang- kan masalah yang lebih besar.

“Saya mengingatkan kepada semua remaja agar sentiasa menjaga batas pergaulan dan tingkatkan pengetahuan agama agar terhindar daripada perbuatan terkutuk sehingga akhirnya menjadi manusia yang hilang belas kasihan,” katanya.

Dalam kejadian terbaru, satu lagi mayat bayi perempuan yang masih bertali pust ditemui dalam lubang kumbahan najid di belakang sebuah asrama di Tanah Merah, Kelantan.

Baru-baru ini, kabinet meluluskan kes pembungan bayi diklafisikasikan sebagai membunuh dan membawa hukuman gantung sampai mati di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala kes percubaan membunuh di bawah Seksyen 307 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun. -NST

17 comments:
Write comments
  1. Ya, saya setuju. Jangan hanya menjatuhkan hukuman pada pesalah wanita sahaja kerana pihak lelaki juga terlibat. Oleh itu, kedua-dua pihak perlu dijatuhkan hukuman. Jangan pilih kasih terhadap mana-mana pihak, ini tidak adil untuk pihak wanita.

    ReplyDelete
  2. kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi masa kini, hukuman berat perlu dberikan bukan sahaja kepada pesalah wanita, tetapi juga kepada pasangan lelaki wanita tersebut, kedua mereka perlu bertanggungjawab atas apa yang mereka lakukan.

    ReplyDelete
  3. memang wajar...pesalah lelaki juga harus bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan.

    ReplyDelete
  4. sebarkan maklumat ini keseluruh pelusuk negeri dan sampaikan kepada masyarakat sejelas2nya melalui kempen, seminar atau program dan media. jika masih ada yang melakukan pembunuhan bayi sedangkan mereka tahu akibatnya, bersedialah menghadapi tindakan undang2 baru ini. mungkin hanya melalui penguatkuasaan undang2 ini, negara mampu menggerakkan kesedaran masyarakat.

    ReplyDelete
  5. Berani buat, berani tanggung! Janganlah sesekali berani untuk membunuh dan membuang bayi yang telah dibuat. Oleh itu, saya setuju jika hukuman mati tidak sahaja dijatuhkan kepada pesalah wanita tetapi juga kepada pesalah lelaki.

    ReplyDelete
  6. menang patut undang-undang dikuat kuasakan. pesalah buang bayi perlu dihukum dengan hukuman yang ditetapkan.

    ReplyDelete
  7. satu lagi, bukan perempuan saja yang perlu dihukum, tetapi pasangan itu mesti ikut sekali. Tapi jangan bertindak terus siasat terlebih dahulu adakah benar lelaki itu yang melakukan. kerana mungkin pesalah ada perasaan dendam terhadap orang lain dan menuduh dengan tidak benar. jadi, siasatan memang perlu terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  8. mmg patut pasangan lelaki juga patut dihukum, pembuangan bayi ini tidak akan berlaku jika lelaki itu bertanggungjawab dan tidak melarikan diri.

    ReplyDelete
  9. Salam...

    Mencegah itu lebih baik dari merawat..Berapa banyak hukuman yang ngeri-ngeri dikenakan kepada pesalah tapi kadar jenaya terus meningkat. Di Britain ada penjenayah di hukum penjara 500 tahun penjara tapi jenayah tidak juga berkurang. Oleh sebab itu Islam awal-awal lagi menggariskan supaya laluan kpd berlakunya jenayah buang bayi ini ditutup. Jangan buka pintu kpd pergaulan bebas muda-mudi dgn menganjurkan pesta-pesta yang melalaikan. Islam juga memberi amaran kpd bahaya arak, judi dlln sebab ia punca kpd masalah diatas. Kadang-kadang ada pihak (bukan disini) begitu lantang spy pesalah buang bayi dihukum pd masa sama dia juga yg menganjurkan program-program yg membuka pintu kpd jenayah ini. Hairan...

    ReplyDelete
  10. Semua yang terjadi adalah dari diri sendiri, kita ada pilihan untuk kata YA atau TIDAK....

    ReplyDelete
  11. pelaku jenayah ni kebanyakkannya orang Islam yang ada nafsu dan tentu mereka mahu berkahwin. Jadi permudahkan proses pernikahan. Jangan dibebankan dengan prosedur mcm2 sehingga orang malas mau urus nikah di Pejabat agama yang minta mcm2. Jangan terus menghukum tanpa mencari penyelesaian punca masalah ini. Syarat nikah ikut syariat Islam sangat mudah hanya memerlukan pengantin lelaki,pengantin perempuan, wali, 2saksi lelaki,ijab qabul dan mas kahwin. Tiada pula dalam Quran atau hadis wajibkan kursus kahwin, kebenaran nikah dari pejabat agama, isi borang itu ini. Islam itu mudah dan menggalakan umatnya berkahwin. Undang2 Perkahwinan Islam di Malaysia perlu diperbaiki selaras kehendak Syariat Islam yang sebenar. Ingatlah, Undang2 manusia (ada cacat celanya kerana terlalu banyak bidaah/ditokok tambah ikut kehendak nafsu)tetapi Undang2 Ciptaan Allah Maha Sempurna.

    ReplyDelete
  12. itu sebabnya sekiranya tidak dapat tahan nafsu dan juga untuk mengelakkan dari berlakunya zina, kenalah kawin untuk menghalalkan yang haram. semoga mereka yang diluar sana dapat menjadikan berita ini as a lesson to be learn.

    ReplyDelete
  13. Kalau pihak perempuan saja yang dikenakan hukuman, pihak lelaki yang terlepas itu masih boleh meneruskan perbuatan tidak bermoral dengan perempuan lain kerana tidak akan menjatuh hukuman terhadapnya, maka tiada langsung rasa bersalah kerana berzina ataupun membuang anak.

    ReplyDelete
  14. Pihak kerajaan boleh mewajibkan semua lelaki di Malaysia mesti berikan DNA. Jadi mudah kesan lelaki yang betul2 x btanggungjawab ne..hehehe

    ReplyDelete
  15. Tapi, saya rasa hukuman mati ini tidak boleh menyelesaikan semua masalah. Apa yang penting adalah pendidikan dan perhatian yang baik daripada ibu bapa. Nilai-nilai moral dan peribadi perlulah dipupuk supaya boleh mencipta masyarakat yang bersikap baik. Lebih baik jika kita boleh mengelakkan masalah seperti ini berlaku daripada menjatuh hukuman bila nasi dah menjadi bubur.

    ReplyDelete
  16. saya rasa harus di kenakan hukuman berat seperti di sebat di hayalak orang ramai...sebagai contoh kepada orang yang melihat...dan pelaku merasa malu....jangan dulu di hukum mati....pogrem memulihkan akhlak harus di perhebatkan...sebelum hukuman mati di buat

    ReplyDelete
  17. Hukuman mati tidak dapat menyelesaikan apapa masalah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.