Sunday, August 22, 2010

Ikan masin Indonesia disyaki ada pengawet mayat

JAKARTA - Sebuah badan bukan kerajaan, Yayasan Lembaga Konsumer Indonesia (YLKI) mendakwa, banyak ikan masin dijual didapati mengandungi bahan kimia formalin yang biasa digunakan untuk mengawet mayat.



Ketua YLKI wilayah Jambi, Warasdi berkata, pemantauan badan itu di pasar-pasar sekitar Sumatera menunjukkan keadaan kini semakin serius namun, mereka masih menjalankan kajian bagi menentukan tahap penggunaan bahan tersebut.

"Mudah sahaja untuk mengenal pasti ikan masin yang dikeringkan dengan formalin apabila ia didapati masih segar, tidak dihinggapi lalat dan isinya kenyal walaupun sudah agak lama," katanya kepada akhbar Kompas semalam.

Bulan lalu, Indonesia gempar apabila Kementerian Kelautan dan Perikanan membongkar banyak kes ikan patin yang dijual di wilayah Kalimantan Barat dekat sempadan Sarawak, Malaysia berisiko tinggi kerana mengandungi formalin. - Agensi

9 comments:
Write comments
  1. Makanan awet seperti ikan masin ataupun jeruk tidak patut dijama selalu kerana tidak mempunyai khasiat dan menjejaskan kesihatan. Sekarang didapati ada pengawet mayat, lebih baik kalau kita jangan memakannya.

    ReplyDelete
  2. menggunakan bahan ini dalam ikan masin boleh menjejaskan kesihatan kita, sebaiknya kita jgn memakan ikan ini.

    ReplyDelete
  3. "Sebuah badan bukan kerajaan, Yayasan Lembaga Konsumer Indonesia (YLKI) mendakwa, banyak ikan masin dijual didapati mengandungi bahan kimia formalin yang biasa digunakan untuk mengawet mayat."

    Luckily the YLKI conduct an investigation on the ikan masin or else the Indonesians will still be eating formalin ikan masin without even realizing it.

    ReplyDelete
  4. janganlah memakan ikan masin yang dicampur dengan bahan kimia formalin. penggunaan formalin mungkin akan memberikan kesan kepada kesihatan.

    ReplyDelete
  5. formalin digunakan pengawetan makanan yang sangat tidak baik apabila di edarkan oleh tubuh manusia. Formalin sangat berbahaya jika dihidu , mengenai kulit dan tertelan. Jika diedaran dalam jangka panjang maka formadehid dapat merusak hati, ginjal, limpa, pankreas ,dll.

    ReplyDelete
  6. sebenarnya bukan sahaja ikan yang berpotensi menggunakan bahan formalin, tetapi juga barang2 makanan yang lain terutama yang mudah rosak atau berbau. peniaga2 yang menggunakan kaedah ini patut dikenakan hukuman berat kerana boleh menjejaskan kesihatan malah nyawa seseorang.

    ReplyDelete
  7. Pengajian terhadap makanan lain juga diperlukan supaya ia selamat dimakan.

    ReplyDelete
  8. Syukur juga kajian makanan dibuat, at least pengguna tahu. Cuma saya tak risau sangat sebab saya cuma makan ikan masin buatan sendiri. hehe

    ReplyDelete
  9. Para pengguna juga haruslah bijak memilih bahan makanan. Ada sesetengah makanan yang tidak berkhasiat, baik kurangkan makan. Yang paling baik adalah sayuran dan buah-buahan organik yang tidak ada semburan ubat pencegah ulat. Bukan saja ia baik untuk kesihatan, ia juga baik untuk alam sekitar.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.