Monday, August 2, 2010

ADUNAN MUKA LAMA DAN BARU BARISAN AJK PKR GRUP AMBROSE MAIL MANTAP

KINI TERSERLAH sudah barisan saf kepimpinan grup Ambrose Mail Mathew (AMM) untuk merebut kepimpinan cabang PKR Tenom yang dijangka akan berlangsung pada September akan datang ini yang dibarisi golongan muda berpengalaman dan juga mereka yang bergelar ‘orang lama dalam politik’.



Turut tersenarai membarisi sebagai AJK lantikan yang bakal dilantik kelak ialah seorang doktor perubatan dan dua lagi yang berizazah Sarjana dalam bidang pengurusan dan professional selain beberapa pemimpin tempatan yang berwibawa dan berpengalaman dalam politik.

Dalam pada itu, AMM yang bertanding merebut jawatan Ketua Cabang sempat memberi nasihat dan pesanan kepada para calun AJK yang akan bertanding bagi jawatan yang dipertandingkan supaya menjalankan kempen merayu undi daripada para perwakilan secara berdisiplin, tidak mengamalkan ‘Politik wang’ dan jangan sekali kali menyentuh peribadi seseorang calun dipihak lawan.

“ Kita akan gunakan pedekatan yang lebih mesra, telus dan ikhlas sambil menjelaskan ertikata sebenar misi dan visi kita termasuk Pelan Transformasi yang kita laung laungkan selama ini sebagai perkakasan utama dalam memenangi PRU13. Jangan janjikan perkara yang bukan bukan yang sukar dipenuhi hanya kerana memancing sokongan daripada para perwakilan,” tegas beliau.

“ Kita mengelakkan amalan Politik Wang dalam pemilihan ini kerana kita mahu memerangi kegiatan Rasuah yang sudah pun menular sekarang kerana Rasuah dihalalkan oleh Umno dan BN dalam urusan harian mereka, jadi kita jangan terikut ikut,” katanya sambil menekan bahawa kalah atau menang dalam pemilihan ini beliau tetap menghormati keputusan para perwakilan tetapi yang penting adalah ketelusan dan bukan Rasuah menjadi keutamaan.

Tegasnya lagi, perjuangan PKR perlu diperkukuhkan lagi dengan menambah penglibatan golongan muda dan cendikiawan supaya terus bangkit berjuang berpadu tenaga dan fikiran dalam menjana idea penyelesaian yang terbaik agar rakyat diperingkat akar umbi khususnya para pengundi memahami objektif perjuangan PKR sebagai sebuah parti alternatif untuk menggantikan kerajaan yang sudah lari dari landasan sebenar sepertimana yang dilakukan Umno dan BN ketika ini.

Perjuangan PKR memerlukan keseriusan pemimpin disetiap peringkat termasuklah kawasan kawasan supaya tidak membuang masa bertelagah sesama sendiri kerana inginkan jawatan yang sukar bagi seseorang yang telah lanjut usia melaksanakannya tetapi tak salah jika ia memberikan sahaja laluan kepada golongan muda. Sebaliknya mereka yang lanjut usia itu haruslah bertindak mengikut keupayaan fizikalnya.

‘ Janganlah dipaksa diri yang sudah melangkah senja jam 6 petang buruk padahnya. Ada baiknya banyakkan pengorbanan dan amal zariah di Masjid Masjid dan Surau bukankah itu amalan disuruh Tuhan Yang MahaKuasa dan MahaPenyayang,” tegas AMM.

“ Orang selalu berkata..orang muda disayangi tetapi orang tua dihormati. Takkan lah orang Tua diheret ke ulu dan ke hilir hanya kerana dijadikan permainan orang muda yang langsung tak menghormati kelas orang Tua,” tambah AMM lagi.

Oleh: SUNARNO WIRO

12 comments:
Write comments
  1. bukan sahaja dalam berkempen tapi dalam apa jua tindakan, elakkan amalan politik wang atau apa jua amalan negatif yang boleh memberikan kesan buruk kepada rakyat dan negara. dan saya amat setuju bahawa golongan tua perlu memberikan laluan kepada golongan muda..

    ReplyDelete
  2. orang lama dan baru perlu bekerjasama dan saling bertukar fikiran bagi memastikan matlamat mereka tercapai.

    ReplyDelete
  3. apa pun semangat untuk berkhidmat kepada rakyat yang penting. kalau sekadar bercakap tanpa perlaksaan ianya tidak memberi sebarang makna.

    ReplyDelete
  4. mana suda si halik zaman tu??

    ReplyDelete
  5. Orang baru sepatutnya mendapatkan ilmu dan pendapat daripada orang lama ini yang berpengalaman.

    ReplyDelete
  6. Ahli-ahli harus tegas dalam pemilihan wakil parti. Jangan berpandangan sempit, fikirkan jangka panjang. Jangan undi semata-mata untuk wang .

    ReplyDelete
  7. Muka baru yang berkompitensi dapat membawa wajah baru bagi sebuah parti. Veteran parti harus menyokong dan membimbing darah baru demi kebaikan parti dan bukan menyekat pengwujudan mereka.

    ReplyDelete
  8. Tidak kira siapa, rakyat masih sokong BN.

    ReplyDelete
  9. Orang lama mestilah sanggup melepaskan kuasa dan membantu golongan muda mewarisi pucuk pimpinan.

    ReplyDelete
  10. Adunan ini berjaya tidak terpulang pada hasil kerja mereka diterima rakyat atau tidak.

    ReplyDelete
  11. Lihat apa yang akan dicapai oleh barisan adunan muka lama dan baru ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.