Penyandang Barisan Nasional (BN) tidak dijamin akan bertanding di kerusi masing-masing kerana telah diputuskan hanya 'calon yang boleh menang' akan dipilih bagi mewakili BN pada pilihan raya negeri akan datang.
Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Seri William Mawan Ikom berkata, walaupun SPDP telah memutuskan untuk mengekalkan semua penyandangnya pada pilihan raya negeri ke-10, namun keputusan itu belum muktamad dan mungkin berubah pada saat akhir mengikut perkembangan semasa.
"Tidak wujud keadaan bahawa kerusi itu adalah milik penyandang atau mana-mana parti komponen,” katanya kepada pemberita selepas menerima trofi Golf Sarawak Inter-Community Golf 2010 dan KGS Captain's Alumni Golf di pejabatnya di Kuching hari ini.
Mawan yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi negeri berkata, malahan dirinya sendiri sebagai menteri penuh negeri, presiden parti dan wakil rakyat juga masih belum pasti sama ada akan dikekalkan oleh pucuk pimpinan BN.
"Jika peluang BN untuk menang di kerusi tertentu mungkin terjejas, kita perlu memberi keutamaan kepada kepentingan BN,” katanya.
- Bernama
Friday, August 13, 2010
Hanya 'calon boleh menang' dikekalkan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bagus juga kalau hanya mengekalkan calon yang menang sahaja.
ReplyDeleteya.. calon perlulah dipilih daripada yang terbaik, disukai rakyat dan berpotensi tinggi untuk menang.
ReplyDeletetindakan yang baik. yang paling penting adalah calon yang boleh menjaga kepentingan rakyat. kerana rakyat hanya memilih calon yang boleh berbakti kepada mereka.
ReplyDeleteMemang patut dibuat begitu..hanya calon yang berpotensi untuk menang sahaja patut dipilih untuk mewakili BN pada PRU13 nanti.
ReplyDeleteitu terpulang dengan ketua nanti. apa pun keputusan memberikan kepada semua nanti.
ReplyDeletekeputusan untuk menetapkan yang menang saja bertanding ini memang bagus juga. tapi apa salahnya sekiranya memberikan peluang yang kalah itu untuk bertanding sekiranya mereka bersungguh-sungguh untuk bertanding.
ReplyDeleteitu terpulang dengan ketua nanti. apa pun keputusan memberikan kepada semua nanti.
ReplyDeleteApa-apa pun, saya harap calon-calon yang dipilih akan mengutamakan kepentingan rakyat.
ReplyDeletecalon yang dipilih perlulah bersedia untuk menjalankan tanggungjawabnya kepada rakyat.
ReplyDeletebuatlah keputusan sebaik2nya dan yang paling penting teruskan usaha memenangi hati rakyat melalui tindakan, bukannya omong kosong.
ReplyDeleteRakyat yang memilih, bermakna beliau berkhidmat dengan cemerlang...
ReplyDeleteCandidates should be competent and attentive towards the Sabahans needs. Empty promises will only destroy their trust. All the best to all candidates. Play fair!
ReplyDeleteI hope there no empty promises and more walk the talk.
ReplyDeletetakkanlah meletakkan calon yang pasti kalah kan...
ReplyDeleteapa pun, calon yang diletakkan itu haruslah seorang yang komited dengan tugasnya sebagai wakil rakyat...
ReplyDeletesetuju dengan Raven dan Dayang...calon tersebut biarlah seorang yang tahu membuat keputusan dan juga ringan tulang...rakyat telah muak dengan pemimpin yang hanya mementingkan perutnya sahaja..
ReplyDeletenamun, menang atau kalah bukan calon yang tentukan tetapi adalah pengundi..
ReplyDeleteof course calon yang boleh menang ja dikekalkan. takkan yang berpotensi untuk kalah plak kan.. anyway, good luck and do more action than empty talk.
ReplyDeleteCalon yang menang sudah pasti adalah calon yang lebih baik dari segi kelayakan dan disukai ramai berbanding yang lain.
ReplyDeleteSetuju dgn pandangan kamurang semua... Pemimpin yg disukai ramai pasti adalah pemimpin yang jd pilihan rakyat :)
ReplyDeletecalon yg menang saja tu maksudnya calon yg disukai ramai la bah.. hehee
ReplyDeleteApa-apa pun, semuanya akan didedahkan bila PRU-13 nanti. Sampai masa itu, rakyat undilah calon yang disukai masing-masing.
ReplyDelete