MANA MP Batu Sapi? Mana pemimpin-pemimpin UMNO bertaraf Ketua Menteri dan Menteri? Kenapa biarkan masyarakat Bumiputra Islam di kawasan Batu Sapi dilayan seperti umat Palestine yang rumah-rumah milik mereka dirobohkan oleh puak Zionis Israel tanpa sedikitpun rasa belas kasihan?
Kalau apa yang dilakukan oleh Zionis Israel ke atas umat Palestine itu dikutuk hebat oleh pemimpin UMNO, kenapa pemimpin UMNO yang beragama Islam bisu atau ‘babau’ terhadap derita yang sama yang dihadapi oleh pengundi-pengundi mereka di Batu Sapi?
Pernahkah kita dengar kampung-kampung milik orang Cina dirobohkan sewenang-wenangnya tanpa pampasan yang munasabah? Pernahkah kita dengar ladang babi dirobohkan tanpa menyediakan tempat alternatif walaupun selama ini kewujudan ladang-ladang babi diprotes hebat oleh penduduk sekitarnya? Jawabnya tidak pernah!
Kenyataan saya ini tiada langsung mempunyai kaitan dengan unsur perkauman atau hasutan! Ianya adalah realiti, nyata dan berita mengenainya disiarkan dalam media arus perdana.
Sentuhlah kampung orang Cina, cuba robohkan kandang babi. Nescaya seluruh pemimpin Cina, baik yang dalam kerajaan mahupun pembangkang, pasti akan bangkit menentang tindakan tersebut.
UMNO dan para pemimpinnya kecut perut bila orang Cina mula bising. Tengok saja kes patung Mazu. Musa Aman sudah umumkan bahawa satu tapak baru telah diberikan kepada Chong Kah Kiat untuk mendirikan patung Mazunya.
Tetapi, bagaimana dengan rumah Bumiputra Islam yang dirobohkan? Kenapa tiada gantinya? Jadi, kita boleh andaikan bahawa UMNO/BN lebih memuliakan patung serta babi daripada memuliakan masyarakat Bumiputra Islam. Itu hakikat yang mesti kita terima.
Majlis Perbandaran Sandakan telah menyediakan tapak kawasan baru seluas lebih 60 ekar bagi menempatkan semula ladang-ladang babi yang selama ini dianggap kawasan 'setinggan babi' atau 'perkampungan haram' bagi babi yang haram dimakan oleh orang yang mengaku Islam dan beriman dengan ajarannya.
Kalaulah kampung-kampung yang telah didiami sejak berkurun lamanya oleh Bumiputra Islam masih dianggap kampung haram dan bakal mengalami tindakan diroboh oleh pihak berkuasa; dengan memperalatkan pegawai Majlis Perbandaran Sandakan yang mengaku beragama Islam untuk mengeluarkan arahan bertulis. Diikuti pula dengan tindakan bisu dan rabun oleh kononnya Pemimpin Juara Rakyat.
Maka apa sangat mulianya kita sebagai Bumiputra Islam, yang kononnya mempunyai hak istimewa yang termaktub Perlembagaan Persekutuan? Di mana mulianya Bumiputra Islam yang selama ini menjadi penyokong kuat UMNO/BN berbanding Babi yang tidak pernah pun mengundi UMNO/BN?
Selagi undi terus diberikan kepada calon-calon UMNO/BN dalam mana-mana pilihanraya akan datang, maka akan berkekalanlah golongan Bumiputra Islam menjadi bangsa 'Pariah' yang dipandang sebagai kasta paling hina di India. Malah lebih hina dari babi!
-Oleh: IBNU HAMZAH (Sabahkini)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kalau undang2 sudah cakap itu perkampungan haram/setinggan terima lah hakikat kena roboh. kalau penduduk sudah tahu undang2 tidak meluluskan tapak perumahan itu, kenapa masih berkampung disana? itu maknanya sengaja mencari nahas. kena lihat dulu kenapa MPS robohkan rumah itu, mungkin sebab PATI, tanah tidak diluluskan kerajaan, atau penyambungan paip dan letrik secara haram.
ReplyDeletejangan disebabkan bumiputera islam mempunyai hak istimewa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, maka mereka juga mempunyai hak istimewa melanggar undang2. orang cina tidak ada membuka penempatan haram dan ladang2 babi juga mempunyai lesen dan sah disisi undang2. jangan jadi manja hanya kerana perkataan bumiputera islam, semua kaum wajib mematuhi undang2.
ReplyDeletetajuk artikel ini terlalu kesat, buatlah tajuk yang lebih baik.
ReplyDeletetak perlu nak samakan perkara ini dgn pihak lain. jika penempatan itu haram maka ia kena dirobohkan.
ReplyDeletemungkin kawasan tersebut adalah kawasan penempatan setinggan. semua pihak perlu mengikut peraturan atau perundangan yang sedia ada.
ReplyDeletegambaran yang paling ringkas.. kalau penempatan haram dikekalkan maknanya undang2 mengizinkan, bila ini berlaku pasti ramai yang berebut2 buka penempatan termasuk PATI.. jadi patuhi undang2 kalau mahu selamat. kerajaan juga perlu membela nasib penduduk tempatan yang hilang tempat tinggal sama ada melalui pampasan atau buat perkampungan baru. yang PATI suruh beli tiket dan balik ke negara asal.
ReplyDeleteelakkan penggunaan perumpamaan atau perkataan yang menyentuh sensitiviti kaum lain. dalam hal ini tidak ada pihak yang menghina bumiputera islam melainkan penulis sendiri.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletejika ia kawasan setinggan bermakna ia adalah penempatan haram, maka tak salah jika ia dirobohkan.
ReplyDeleteSaya setuju dengan Ted Medresher. Sebagai bumiputra Islam tidak bermakna tidak perlu mengikuti undang-undang. Memang ada banyak masa rumah penduduk ini dirobohkan bukan secara tiba-tiba tapi telah banyak tahun mereka diberikan amaran, tapi mereka tidak mengendahnya. Kebanyakan tanah ini sebenarnya tanah kerajaan dan bukan milik mereka. Ataupun mereka pemilik Mykad palsu dan bukan sebenarnya orang asli yang tulen. Jadi pergi membuat penyiasatan dahulu.
ReplyDeleteKita masih ingatkah peristewa di Negeri Malaka dimana lebih 2,000 orang pegawai kerajaan, polis, bomba telah diarah oleh Kerajaan Melaka untuk meminda dan menghapuskan BABI. . . tidak sampai beberapa jam sahaja semua lebih 2,000 pasokan Kerajaan Melaka berundur dan telah dikalakan oleh babi2.. Jangan main2 kuasa babi lebih berkuasa dari segala2 nya.....
ReplyDeleteMengapa konversasi ini begitu susah ?
ReplyDeleteThe content and the title is too harsh. Make it a bit softer please. But then again, if it's true based on what the writer alleged, investigate it thoroughly.
ReplyDeletePenulis tidak memberi maklumat berkenaan kampung yang akan dirobah.
ReplyDeleteApakah status kampung itu? Ia didirikan atas tanah siapa atau tanah tersebut sudah diwartakan?
Undang-undang yang menetukan kenapa perkara ini berlaku. Tapi sekurangya MPS haruslah memberikan penjelasan terlebih dahulu dengan penduduk tersebut kenapa perkara ini boleh berlaku. Kerajaan tidak salah bertindak sekirayan penduduk melanggar undang-undang.
ReplyDeleteCelaka betul.
ReplyDeletetak boleh buat kesimpulan awal. mungkin juga penempatan yang dinyatakan adalah penempatan setinggan dan melanggar peraturan.
ReplyDeletebukan bumiputera yang hina, tapi yang menulis artikel ini yang hina. Bumiputera tidak sepatutnya melanggar undang-undang yang ditetapkan. sekiranya penempatan itu adalah penempatan haram kerajaan ada hak dari segi undang-undang.
ReplyDeletejika penduduk merasakan mereka adalah di pihak yang betul kenapa tidak mencabar pihak berwajib yang membuat angkara ini kemudian laungkan slogan rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan...
ReplyDeleteKalau perkampungan SETINGGAN yang hendak dirobohkan, memang SANGAT wajar dirobohkan...Undang-undang perlu dipatuhi oleh semua orang tanpa mengira KAUM, AGAMA DAN PANGKAT.
ReplyDeleteJanganlah kita membuat kesimpulan dahulu, fikirkan sebab-sebab yang mungkin terjadi. Manatau mereka semua itu PATI yang ada MyKad palsu, di atas MyKad tu memang ada status bumiputra Islam, tapi sebenarnya PATI haram yang tidak berlesen. Adakah macam tu kita kena juga bertoleransi?
ReplyDeleteJangan terus melenting, kena dapatkan penjelasan dari pihak terbabit.
ReplyDeleteJika tanah tersebut tanah sah yang diwartakan untuk kampung, pengambilan tanah tersebut untuk pembangunan adalah dibenarkan jika semua prosedur diikuti dan pampasan sewajar akan dibayar.
ReplyDeletePenulis mungkin tidak puas dengan apa yang berlaku atau menimpa beliau. Tapi harap beliau jangan lagi membuat penghinaan terhadap umat Islam negeri ini dengan tajuk seperti diatas.
ReplyDeleteTak baik tuan penulis generalize pemimpin semuanya jahat2 belaka disebabkan oleh kejadian ini...apa kata tuan penulis baca dulu berita di bawah ini:
ReplyDelete-----------------------------------------------------------
17,000 rumah PPRT dibina tahun depan
Tanjung Malim: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW)akan membina 17,000 unit rumah dalam Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) membabitkan kos RM500juta di seluruh negara mulai tahun depan.
Menterinya,Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib,berkata projek perumahan itu adalah usaha kerajaan menyediakan rumah kepada golongan miskin tegar terutama di kawasan luar bandar.
Projek perumahan di kawasan Tuaran,Sabah saja membabitkan RM40 juta dengan pembinaan kira-kira 1000 unit rumah PPRT untuk penduduk yang dikenal pasti miskin tegar.
"Kementerian prihatin nasib golongan miskin tegar,terutama apabila pihak media sering memaparkan kisah kemiskinan rakyat.
"Berikutan itu,kementerian mengambil langkah membantu golongan miskin tegar,iaitu isi rumah yang pendapata mereka kurang RM720 sebulan," katanya selepas merasmikan mesyuarat agung penubuhan Persatuan Jalinan RAO Malaysia (Jaro) di Dewan Sri Tanjung,Universiti Pendidikan Sultan Idris, di sini semalam.
Muhammad berkata,pembinaan sebuah rumah PPRT di Semenanjung membabitkan kos RM33,000 seunit,manakala di Sabah dan Sarawak RM 40,000 seunit.
Muhammad berharap kerajaan negeri termasuk yang dikuasai pembangkang membantu menyediakan tanah untuk tapak bagi membina rumah golongan miskin tegar berkenaan.
"Kita meminta kerajaan negeri diterajui pembangkang di Perak,Pulau Pinang,Kedah,Kelantan dan Selangor turut menyediakan lokasi bersesuaian bagi membina rumah PPRT,"katanya.
Sementara itu, Muhammad berkata,menjelang 2015 kementerian mensasarkan melahirkan lebih 40,000 usahawan desa dengan mengetengahkan produk tempatan berpotensi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.
Beliau berkata,kementerian turut menyediakan kemudahan pinjaman,bantuan dan latihan kepada warga muda desa yang memilih bidang keusahawanan.
----------------------------------------------------------------
Segelintir orang yang tidak mematuhi undang-undang membina rumah diatas lokasi yang tidak berpatutan.
ReplyDeleteTindakan pihak berkuasa berlandaskan undang-undang yang diperuntukan. Rakyat juga dibela bawah undang-undang yang sama. Jika rumah tersebut mepunyai kedudukan sah, penduduk kampung boleh menuntut hak mereka melalui mahkamah. Tak perlulah mengaikan pekara ini dengan bagsa dan agama semata-mata untuk menimbulkan perasaan benci golongan tertentu.
ReplyDeleteMemang kita marah kalau rumah kita maumkena roboh. Tapi kalu tiada geran, apa boleh buat. Kita yang salah duluan.
ReplyDeleteBina rumah atas tanah sah, jangan nanti disuruh pindah mengamuk pula.
ReplyDeleteKerajaan akan membayar pampasan kepada pemilik rumah yang diroboh untuk memberi laluan kepada pembangunan.
ReplyDeleteMelainkan rumah tersebut adalah setingan.
nak jadi pelapor beretika biarlah berasaskan fakta dan bukti bukan berpaksikan kemarahan yang menebal.. apa pun tq 4 this issue
ReplyDeletePenulis harus menjawap soalan yang ditimbulkan pengomen-pengomen artikal ini.
ReplyDeleteRamai yang berpendapat bahawa rumah yang bakal diroboh ini dibina diatas tanah kerajaan, betulkah?
Tiada orang menghina melainkan kamu menghina diri sendiri.
ReplyDeleteJangan sekali menyifatkan Uamt lebih hina dari binatang. Salah sama sekali.
ReplyDeleteGambar atas merupakan satu penghinaan.
ReplyDeletelega aku baca komen2 ni. jelas kengkawan bumi aku semua educated dan tau bezakan fakta dan sebaran sentimen perkauman dan agama. thank u guys. the topic is just so resentful. kesal aku baca.
ReplyDeleteJANGAN SAMAKAN DISINI DENGAN UMAT PALESTINE. KITA 1000X LEBIH BERTUAH BERBANDING MEREKA. BERSYUKURLAH SUDAH TINGGAL DI TANAH FREE SEBELUM NI. SEKARANG MASANYA UNTUK KELUAR DARI ZON SELESA MASING2.
ReplyDeleteKepada penulis yang mungkin merasa dirinya hina seperti.. Diharapkan dapat menghargai ciptaan Tuhan yang sudah diberikan. Dan jangan sekali-kali menggunakan title 'bumiputera islam' untuk mendapat belas kasihan dan mengaibkan kaum lain yang selama ini kurang mendapat perhatian.
ReplyDelete