Monday, August 30, 2010

BILA POLIS NAK TOLONG TANGKAP ALONG?

Saudara Pengarang,...PADA mulanya saya agak gembira kerana Polis Di Semenanjung Malaysia mula bertindak memberkas Along kerana memberi pinjam wang tanpa lesen dan melakukan keganasan ketika memungut hutang disebabkan mangsa tidak mampu membayar kadar bunga yang tinggi.
Namun agak berbeza di Sabah apabila saya lihat Along begitu mesra dengan pegawai kanan polis dan bebas menjalankan kegiatan termasuk mengiklan perniagaan mereka dengan menampal kertas di pondok bas, tiang elektrik, dinding bangunan dan sebagainya.

Adalah mustahil pihak polis yang melakukan rondaan setiap hari tidak nampak iklan yang dipasang Along dan boleh menghubungi mereka agar menanggalkan notis iklan berkenaan atau menasihati agar Along tidak menjalankan perniagaan tanpa lesen.

Sebaliknya, saya lihat ada seorang Inspektor di Balai Polis Penampang turut menemani Along memungut hutang dalam keadaan memakai uniform polis sehingga membuatkan mangsa terpaksa menjelaskan bunga dan pokok pinjaman yang tinggi kepada Along yang sering datang mengugutnya.

Jika Along berleluasa di Sabah, apalah ertinya kita menyambut kemerdekaan pada 31 Ogos ini jika kita masih dibelenggu oleh Along yang menggunakan pelbagai cara untuk memaksa mangsa meminjam dan membayar bunga yang tinggi sedangkan institusi kewangan yang ada semakin merosot dan terpaksa bergabung kerana tidak mampu untuk meneruskan perniagaan pinjaman wang secara sah kerana terpaksa bersaing dengan Along yang boleh menawarkan pinjaman segera daripada 2 jam hingga 24 jam!

Salam Hormat dan semoga polis membersihkan kawasan perumahan dan perniagaan daripada gejala Along.

HAMPIR JADI MANGSA ALONG

21 comments:
Write comments
  1. Along yang menjalankan peminjaman haram kepada rakyat ini tidak sepatutnya dibiarkan. Bukan sahaja mereka ini mengenakan bunga yang terlampau tinggi, malah akan bertindak keras terhadap peminjam yang tidak mampun membayar. Lagipun, ini juga dianggap peniagaan haram, maka polis perlu mengambil tindakan yang bersesuaian.

    ReplyDelete
  2. harap siastan mengenai pekara ini dilakukan. pihak polis perlu mengambil tindakan terhadap along. individu juga perlulah mengelakkan diri daripada meminjam wang dengan along. tindakan meminjam daripada along hanya akan memberikan masalah kepada diri sendiri dan keluarga.

    ReplyDelete
  3. kegiatan Along perlu dibendung. Along2 ini lazimnya mengenakan kadar bunga yang tinggi dan bertindak kasar terhadap peminjam yang lewat membayar pinjaman, pihak polis harus mengambil peranan penting dalam membanteras kegiatan ini. bukan membantu mereka.

    ReplyDelete
  4. Along yang menjalankan peminjaman haram kepada rakyat ini tidak sepatutnya dibiarkan. Bukan sahaja mereka ini mengenakan bunga yang terlampau tinggi, malah akan bertindak keras terhadap peminjam yang tidak mampun membayar. Lagipun, ini juga dianggap peniagaan haram, maka polis perlu mengambil tindakan yang bersesuaian.

    ReplyDelete
  5. Along yang tidak ada permit perniagaan yang sah haruslah disuruh berhentikan perniagaan mereka. Sebagai seorang polis yang menjaga keselamatan orang awam haruslah menjalankan tugas dan bukannya membantu orang seperti along.

    ReplyDelete
  6. Apa yang tidak sepatutnya dilakukan adalah kenapa ada pegawai polis yang bersekongkol dengan along???? Bukankan mereka sepatutnya memberkas along?

    ReplyDelete
  7. sebagai sorang pertahan dan keselamatan haruslah menjalankan tugas yang ditetapkan. Polis yang telah memabntu along itu sungguh memalukan semua pihak polis. Sepatutnya polis melarang dan juga menggarahkan along untuk berhenti menjalankan perniagaannya dan bukan bersama-sama membantu memungut duit dengan orang.

    ReplyDelete
  8. kalau benar2 terdesak untuk buat pinjaman usahakan dulu di mana2 bank, kalau gagal atas sebab tertentu seperti ctos, ccris atau dokumen tidak lengkap, carilah agensi pinjaman yang boleh dipercayai dan berlesen kerana tidak semua agensi pinjaman itu along. dalam kes diatas, rakyat Sabah kena lebih berani dengan melaporkan salah guna kuasa dikalangan anggota polis dan jangan sekali2 memilih along untuk menyelesaikan masalah kewangan anda. jika tidak ada permintaan, tidak akan ada penawaran...

    ReplyDelete
  9. polis seharusnya membanteras kegiatan along, bukan bekerjasama dgnnya. kita sebagai pemimjan seharusnya mengelakkan diri daripada meminjam wang dgn along, jgnlah nak memudaratkan diri.

    ReplyDelete
  10. kita jangan menuding dan meletakan semua bebenan ke polis...sebagai rakyat malaysia kita bantu polis......bentras jenayah.....apa pun masaalah setempat yang berlaku jenayah lapurlah ke BALAI POLIS atau jumpa O C P D...atau buat lapuran ke balai yang lain atau terus ke kepayan ibu pejabat polis (sabah).....polis pun terlalu banyak kerja nak di buat mungkin terlepas pandang......nampak tak cukup sebagai bukti...kadang tu apa yang kita nampak tak semestinya itu betul.....fikir fikirkan laaaaa........

    ReplyDelete
  11. Mungkin la terlepas pandang tapi takkan la sampai nak ikut along kerumah rakyat.

    Memang betul ada sesetengah situasi tidak mencerminkan apa yang kita lihat dengan apa yang ditafsirkan, tapi untuk mengelak belakunya tafsiran yang pelbagai, saya fikir polis perlu untuk menunjukkan attitude yang sepatutnya.

    ReplyDelete
  12. kegiatan along perlu dibanteras. ini kerana along boleh memberikan kesan yang tidak baik kepada masyarakat. sesiapapun jangan sesekali meminjam wang daripada along kerana ianya hanya merugikan.

    ReplyDelete
  13. Yang pigi pinjam duit sama ahlong tu kenapa juga????

    ReplyDelete
  14. Saya bukannya menyokong kegiatan ahlong ni tapi ahlong takkan kacau kita kalau kita tak pinjam duit dgn dorang ataupun jadi penjamin org lain.

    ReplyDelete
  15. Memanglah kalau dah terdesak, terpaksa buat pinjaman duit kan.. Tapi saya juga pernah lalui hal yang sama. Cuma bagi saya lebih baik saya mati takda duit daripada mati gara2 ahlong!!

    ReplyDelete
  16. Saya setuju kegiatan ahlong patut dibendung dan paling saya setuju kalau masyarakat jauhkan diri dari pinjam duit ahlong.

    ReplyDelete
  17. Appaun saya harap, dakwaan penulis mengenai sikap polis ni dapat diberi perhatian. jangan kerana nila setitik habios rosak susu sebelanga!!

    ReplyDelete
  18. Kegiatan along ini memang patut dibendung. Diharapkan pihak polis akan berusaha mengambil tindakan tegas mengenai aktiviti peminjaman wang secara haram.

    ReplyDelete
  19. Tidak mungkin menepuk dengan tangan sebelah. Jangan pinjam alaong, kalau tiada orang pinjam dengan mereka, along tidak akan wujud.

    ReplyDelete
  20. Isu Ah long tidak dapat dibanteraskan faktor utamanya ialah ada permintaan dari orang yang terdesak atau yang terjerumus dalam perjudian.

    ReplyDelete
  21. Seperti kegiatan pelacuran, tiada satu negara di dunia ini sifar kegiatan ini.
    Kegiatan ah long adalah perniagaan yang sangat besar pulangan dan sentiasa ada orang yang memerlukan wang segera tanpa kira akibatnya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.