KESETIAAN yang tidak berbelah bagi pengundi Sabah kepada Barisan Nasional dalam pilihanraya ke 12 yang lalu, kini sudah boleh menuai hasilnya akibat Kenaikan harga minyak, gas dan gula dalam keadaan kesempitan hidup rakyat amatlah tidak munasabah.
Namun demikian, inilah hadiah yang pasti akan diberikan Barisan Nasional kepada rakyat khususnya pengundi Sabah. Demikian luahan Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hj Hamzah Abdullah yang nyata kecewa dengan berita malang ini.
Rakyat Sabah adalah mereka yang paling merasai kepayahan, kesan kenaikan harga barang asas seperti minyak, gas dan gula. Faktor geografi yang luas, berbukit, bergunung, struktur jalanraya yang yang teruk menjadikan kenaikan yang ditentukan hanya lima sen akan menjadi lebih daripada itu, terhadap semua barang asas.
Apa lagi, masih ramai rakyat Sabah yang menggunakan minyak botol yang diperolehi daripada penjaja-penjaja kecil. Pastinya, rakyat pendalaman Sabah akan mengalami kesusahan berganda.
"Siapa dari kalangan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang boleh menjamin dan memastikan harga minyak, gula dan keperluan asas lain tidak dinaikkan lebih daripada kenaikan yang ditetapkan? Malah setiap kali berlaku kenaikan, peniaga biasanya akan menaikkan lebih daripada itu, khususnya di kawasan pedalaman Sabah. Sejauh mana kemampuan pemantauan daripada kerajaan dan agensi penguatkuasa Pengguna?" soal Hj Hamzah lagi.
Beliau mengesa, rakyat Sabah mestilah bersedia untuk menghukum UMNO dan Barisan Nasional kerana selama ini, Sabah menjadi benteng BN yang paling kuat di Malaysia setelah kubunya, Johor turut ditembusi Pakatan Rakyat. Sepatutnya, rakyat Sabah yang majoritinya di pedalaman dan menghadapi kepayahan hidup didahulukan.
Kelmarin, Datuk Seri Najib berkata, kenaikan harga minyak, gas dan gula adalah satu penyelarasan subsidi. Ianya merupakan satu langkah berani yang diambil kerajaan bagi meletakkan ekonomi Malaysia di landasan kukuh pada masa depan.
Namun demikian, kenyataan ini disanggah oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beranggapan tindakan itu sedikit pun tidak membantu menyelesaikan masalah defisit negara, malah ia makin meningkat.
“Bagi tahun 2008, di kemuncak kenaikan harga minyak, defisit negara melonjak kepada 4.8 peratus berbanding 3.2 peratus bagi tahun sebelum itu.
“Keadaan ini berlaku kerana kerajaan tidak berdisiplin dan tidak ada iltizam politik untuk menyalurkan penjimatan dari pemotongan subsidi ke sektor-sektor yang benar-benar memerlukan, sedangkan pembaziran dan kerugian terus berlaku,” tegasnya.
Sebab itulah, kata Anwar, beliau telah menegaskan berkali-kali bahawa ubat yang paling mujarab untuk memulihkan ekonomi negara adalah reformasi ekonomi yang menyeluruh, bukannya tertumpu kepada golongan lemah semata-mata.
Oleh: FAIZAL OKADAU (sabahkini)
mungkin rakyat boleh menerima hakikat kenaikan ini tapi kerajaan perlulah bersungguh2 mengukuhkan ekonomi negara dengan memerangi amalan rasuah dan pembaziran. saya juga amat berharap supaya kerajaan dapat mempertimbangkan skim gaji minimum untuk mengurangkan impak kenaikan harga barangan ini.
ReplyDeleteKASIHAN ORANG SABAH. DAH LA BODOH BAGI KOMEN PUN KOMEN BODOH. PASAL TU SENANG KENA TIPU. BILA LA KORANG NI NAK BUKA MATA????
ReplyDeleteOrang Sabah akan memilih pemimpin yang sesuai untuk memimpin negeri kita ke arah kejayaan. Jangan ko risau.
ReplyDeletekita tak boleh menyalahkan kerajaan sepenuhnya atas kenaikan harga barangan ini. kita kena meyokong kerajaan untuk meningkatkan lagi ekonomi negara kita.
ReplyDeletekiasfunsuck_ashole yang paling BODOH sini.. sudah la semua komen dia tiada idea macam tin kosong ada hati mau mengajar.. ko tidak rasa ko yang paling bangang ka??
ReplyDeletekenaikan harga barang dilakukan dengan mempunyai sebab. penjimatan wang negara akan dapat disalurkan kepada bidang-bidang lain seperti bidang pendidikan.
ReplyDeleteKASIHAN ORANG SABAH..1 Malaysia? harga barang keperluan di sabah lebih mahal dari semenanjung. 1 Malaysia? pembangunan dalam pelbagai bidang jauh ketinggalan dari semenanjung. 1 Malaysia? Apa komen anda????
ReplyDeletejadi semua rakyat Malaysia mahu yang murah ja la, sentiasa mengharap bantuan/subsidi dari kerajaan. tanpa bantuan semua duduk dalam tempurung. saya tidak kisah dengan pemotongan subsidi, tapi yang perlu kita kisah sangat ialah pembaziran dan rasuah..
ReplyDeleteRakyat ada hak memilih kerajaan yang mereka mahukan. Kerajaan yang mana kamu suka, undilah bila PRU-13 nanti.
ReplyDeletehehehehehe... sudah ada respond...
ReplyDeleteWho wants to tell you who they vote? adakah..leks saja..everyone has the right and freedom to choose who they support. We will see the next coming election..
ReplyDeleteSusah juga ini macam, macam ini pun susah, tanam kangkong, bayam, padi..piara ayam, itik, kambing, kerbau ,sapi..apa mau susah oh, ala tanah ma, tanam sikit2 jadilah,..diolang punya pasallah, mau undi mana-mana, diolang punya sukalah...mau fikilan sikitlah kawan..
ReplyDeleteApa-apa pun, semua akan didedahkan bila PRU-13.
ReplyDeleteDah register sebagai pengundi belum?
ReplyDeleteApa-apa pun, segalanya akan didedah bakal PRU-13. Anda sudah register sebagai pengundi belum?
ReplyDeleteTerlalu banyak wang rakyat yang dibazirkan dalam projek-projek kerajaan yang disifatkan tidak perlu.
ReplyDeletekepentingan rakyat diabaikan berterusan mengakibatkan kejatuhan sesuatu kerajaan. BN harus mengambil iktibar.
ReplyDeleteKerajaan harus buat sesuatu untuk membantu kami yang hidup kais pagi makan pagi.
ReplyDeleteSemua barang naik harga, apa yang turun? Gaji tidak naik.
ReplyDeleteMenurut laporan, pengeluaran gula dunia bakal menghadapi kekurangan ekoran kemerosotan hasil tebu dunia disebabkan masalah banjir dan kemarau di kawasan penanaman tebu terbesar dunia seperti Brazil dan India.
ReplyDeleteTidak tahulah samada ini akan mempengaruhi harga gula Malaysia atau tidak.
Jika rakyat sudah mencapai golongan berpendapatan tinggi seperti negara jiran Singapore, rakyat tidak merasai impak besar terhadap kenaikan harga barangan utama.
ReplyDelete