Thursday, August 19, 2010

BENARKAH ‘Y.B’ BANTU PATI DAPATKAN IC?

SAYA berminat untuk memberi komen satu isu terbaru bertajuk ‘Milik siapakah MyKad 810925-12-5209?’ kerana sesiapa sahaja terbaca artikel ini jelas memeranjatkan kerana individu yang terlibat melakukannya bukanlah calang-calang orangnya kerana bergelar ‘Yang Berhormat’.

Tergamak sekali ‘Yang Berhormat’ melakukan perbuatan seperti itu yang boleh disifatkan sebagai ibarat menyimpan sebutir bom jangka di rumah rakyat tempatan yang sedang tidur nyenyak. Lagi pun perbuatan ‘Yang Berhormat’ itu amat bertentangan dengan usaha kerajaan membersihkan PATI dan penggunaan Kad Pengenalan Palsu di negeri Sabah.

Mungkin juga ‘Yang Berhormat’ tidak berminat menyelesaikan masalah PATI dan Kad Pengenalan Palsu di Sabah, kerana terfikir bahawa tanpa PATI gelaran ‘Yang Berhormat’ akan jatuh terburai pada PRU13 kelak. Mungkin juga isu ini sebahagian daripada punca utama mengapa PATI dan Kad Pengenalan Palsu tidak dapat diselesaikan di Sabah?

Peliknya lagi, mengapakah pihak berkuasa mengambil sikap remeh terhadap isu ini yang melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara? Kenapa tidak lucutkan sahaja gelaran ‘Yang Berhormat’ yang diberikan rakyat setelah diundi dan diangkat menaiki takhta Wakil Rakyat pada PRU12 atau secara gentlemen ’Yang Berhormat’ menyerahkan sahaja takhta Wakil Rakyat itu kembali kepada rakyat yang mengundinya pada PRU12 lalu.

Sudah tentu ‘Yang Berhormat’ telah sedar bahawa menyokong atau menyimpan (harbouring) PATI apatah lagi bersekongkol memalsukan kerakyatan orang asing adalah menjadi suatu kesalahan berat dan boleh dilabelkan sebagai pengkhianat negara dan sepatutnya KDN menyumbatkan sahaja spesis ini ke Penjara Kajang atau diasingkan seperti mengasingkan banduan ke Pulau Jerejak suatu ketika dahulu.

Inilah bentuk penjajahan UMNO sejak bertapak di Sabah kira-kira hampir 20 tahun lalu telah banyak menimbulkan karenah yang amat menyakitkan hati rakyat Sabah dari aspek keselamatan, kerakyatan, ekonomi dan mewujudkan pelbagai penyakit sosial.

Rakyat harus sedar dan berfikirlah dari sekarang sama ada mahu meneruskan talian hayat UMNO dan BN di Sabah atau sebaliknya. Rakyat buatlah penentuan pada PRU13!

Salam hormat,

RAKYAT SABAH YANG PRIHATIN

-SABAHKINI

20 comments:
Write comments
  1. Tuduhan seperti ini memang serius, penyiasatan lanjut wajar dijalankan untuk menjelaskan perkara ini. Jika didapati ini memang betul, maka tidak patutlah YB ini berbuat demikian kerana bertentangan dengan usaha kerajaan negeri untuk membanteras PATI.

    ReplyDelete
  2. kalau bukti sudah cukup, tidak perlu tunggu PRU 13 yang memakan masa 2 tahun. buat laporan segera sebelum lebih ramai PATI memperolehi MyKad dan sebelum mereka diberikan kuasa.

    ReplyDelete
  3. siapakah YB yang dimaksudkan? perkara ini perlu disiasat bagi memastikan sejauhmana kebenaran dakwaan ini.

    ReplyDelete
  4. Have this matter reported to the relevant enforcement agency? writing an articles & comments is not sufficient enough to accuse anybody & it should be reported so that some sort of investigation, follow by an action if needed, can be made....what if the issues is not true? this can be consider as slandering & the issues can potentially giving a bad image to the person involved.

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Ada beberapa faktor pro dan kontra dlm isu PATI ni..pertama yg bikin marah sebab diorang ni jadi aset kpd BN bila PRU nanti.Diorang la yg undi BN nanti. Jadi BN suka-suka hati kasi diorang IC supaya diorang boleh mengundi. Yang kedua yg bikin masyarakat tempatan marah sebab ramai lagi peribumi yg miskin n tiada sekolah tdk dibela, sedangkan ada PATI yg hidup lg senang kenapa????

    Ini juga sebab salah BN yg perintah selama ini tidak betul2 kasi salur peruntukkan utk bantu peribumi.Tingok di sabah ni dia punya jalan raya.Ada itu highway ka mcm di semenanjung?..tgk sekolahnya, ada yg macam kandang kambing. Sabah no 1 kaya ba di malaysia, kenapa paling uncit miskin. Kadang-kadang marah sama PATI tdk guna juga. Barangkali dorang dtg Sabah mau bagus-bagus, nda tau apa2 sampai ja terus di bagi IC projek. Siapa yg bagi, Umno juga itu!

    Jadi, sudahlah. Marah sama PATI apa faedahnya, Marah sama BN bagus.Kita boleh tukar undi PRU nanti. Kalau betul2 itu Pakatan Rakyat mau ubah nasib kita, kita kasi undi. Nda puas hati sama P.R tukar lagi. kita rakyat berkuasa ba!

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Instead of just writing an article and comment, the writers should just report their findings to the authorities.

    ReplyDelete
  8. jika benar ada pemimpin seperti ini, ia perlu dibawa ke muka pengadilan. kita tak perlukan pemimpin seperti ini.

    ReplyDelete
  9. pekara seperti ini adalah serius. tapi kena lah ada bukti. siasatan perlu dilakukan agar kita tahu pekara ni betul atau tidak.

    ReplyDelete
  10. Atuuukui...kita guna kuasa keramat kita iaitu undi..mau report sama siapa lagi, itu jabatan semua dipegang oleh org politik ma..cuba baca itu buku IC Palsu tulisan mutalib md..siapa yg buat itu IC palsu???kalau bukan Umno..tgk di sememnanjung, rakyat demonstrasi beribu pun diorang tdk peduli..itu SPRM sama juga mcm dulu, makin teruk adalah...kita marah sama itu jabatan, itu jabatan siapa kasi arahan???..orang politik ma..Umno..jadi, jgn ragu-ragu lagi. PRU 13 kasi turun satu kali Umno, kasi naik Pakatan Rakyat..

    ReplyDelete
  11. jangan memalukan diri YB sendiri. Sepatutnya orang sebegini yang patut kita banggakan dan bersama-sama membantu menangani masalah PATI. tapi ini sebaliknya yang berlaku. Tapi siasatan terlebih dahulu perlu memastikan kebenaran IC palsu dibantu YB. Tidak perlu tukar pemimpin, cuma perlu tukar orang yang bersalah. BN tetap memabntu rakyat menangani semua ini.

    ReplyDelete
  12. bukti perlu untuk menguatkan tuduha itu. tapi untuk semua YB, sebagai seorang YB sepatutnya membantu meringankan masalah dan bukan menambahkan masalah kerajaan.

    ReplyDelete
  13. Penyiasatan lanjut diperlukan sehingga bukti mencukupi. Jika tiada bukti, sekadar tuduh saja tidak boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.

    ReplyDelete
  14. Ya semestinya bukti itu adalah tulang belakang kepada segala tuduhan yang dilontarkan, dan apapun pendapat kita tentang PTI ianya adalah salah satu punca kepada perosalan kenapa PTI masih banyak bertapak di Sabah..... Dan setiap itu saya percaya ada penyelesaiannya.

    ReplyDelete
  15. I don't know but I hope it won't be true. YB is supposed to stand behind the people and not the case.

    ReplyDelete
  16. cadangan,

    kawan-kawan mtk siasat secara logik akal sampi ke akarnya. Cuba kaji sistem pengurusan dan pentadbiran secara hirarki negara ini. Siapa paling diatas. Itu pemimpin Umno ba.Itu mutalib Md punya buku boleh dapat di Asia City, baca. Cuma saya ajak kawan-kawan jgn tgk masalah ini selapis saja. Ya, mmg salah PTI juga,tapi siapa yg kasi mangsa diorang ini?..sudah lama ini benda berlaku, kanapa kt tdk tfikir sebenarnya ada pihak dibelakang yg merancang? Ini org politik aa, dia msti fikir panjang 20-30 ke depan mcmna dia bole bkuasa terus..kalau rakyat tdk mau sokong sdh, dia msti cari jalan lain spy PRU nanti mesti ada undi bagi sama dia..Jadi, PTI la dia punya mangsa. PTI sdh terperangkap, sdh termakan budi terpaksa la undi kasi sama Umno..itu pasal la benda ini tdk pnah selesai..lepas tu dia pura2 jadi hero anti PTI

    ReplyDelete
  17. Biak kita cadang hukuman bagi orang kenamaan dilipatgandakan berbanding orang awam jika disabit kesalahan oleh mahkamah.

    ReplyDelete
  18. banar cakap siBAYU ni ba...saya sokong panuh. lagi 1, kalau mau itu siasat biar bentuk Suruhanjaya Diraja tapi katua mesti Sultan bukan Manteri, ahli baru ambik itu orang BN sama banyak PR. Itu kalau mau ADIL batul punya. Kalau dulu kita ada PBS yg berani cakap-cakap pasal PTI, tapi itu musim diorang belum duduk kerusi bagus. Hari ini diaorang sudah sadap duduk lagi dalam airkon diaorang fikir tidak perlu cakap lagi sabab itu bukan dia saja fikir tapi BN. PBS......PBS, mengapa engkau diam, mcm mana aku tidak diam BN kasih tampat.( Lagu Katak-katak ).Nampak gaya PBS tidak relevan lagi hari ini.

    ReplyDelete
  19. Melihat senario tajuk kita seperti hidup dalam bayangan mimpi semata. Mengapa kita harus mempertikaikan MP Silam dengan isu ini ? Sedarkah kita disekeliling kita lagi ramai termasuk mereka yang berstatus isteri sah dan simpanan ? Siapa, Dimana, Mengapa, Kenapa ? merupakan beberapa persoalan yang timbul dibenak kita hari ini. Kekadang kita merasa keliru dengan isu ini. DITANGKAP KAWAN TIDAK DITANGKAP KEWAJIPAN, ISTERI PULA TU ? inilah yang menjadi kecelaruan pada perundangan khusus dinegeri Sabah, DULU KINI DAN SELAMANYA. PBS umpamanya, Dulu mereka asyik bercakap pasal PATI. Waktu itu kepimpinan belum sedar adanya sokongan dari PATI juga yang mereka peroleh. Setelah sedar hari ini mereka diam. DIAM SERIBU BAHASA. Selama mereka duduk dalam BN belum pernah terdengar dua ayat keramat mereka mengenai isu " 20 POINT @ 20 PERKARA " yang selalu menjadi topik mereka dari pesisir pantai hingga kependalaman hutan belantara dan gunungganang. Dr. Jefry dikatakan pemimpin katak. Saya sependapat dengan beliau sekiranya mana-mana pertubuhan Politik yang tidak sehaluan dengan agenda pemula maka lebih baik undur dan pindah. Suka saya memetik kembali beberapa kepingan ayat YB Menteri Luar kita, APA GUNA DUDUK DIRUMAH BANGLO KALAU BILIK YANG DIBERI BERHAMPIRAN DENGAN TANDAS ", juga YB. Wakil Kalabakan, " JANGANKAN RUMAH TERES RUMAH KAMPUNG PUN BOLEH ".

    ReplyDelete
  20. Harap masalah pemberian IC kepada PATI ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.