Wednesday, August 25, 2010

BANGUNAN TERBIAR SARANG MAKSIAT?

KERAJAAN Negeri Sabah disaran melupuskira semua bangunan usang dan merobohkannya daripada menjadi sarang maksiat seperti pusat penagihan dadah, perjudian, tempat melakukan hubungan seks liar dan pusat pembiakan tikus; serta menyakitkan mata memandang kerana mencacatkan kebersihan dan keceriaan bandar.

Seorang penduduk Tenom, yang hanya mahu dikenali sebagai Symirlo melahirkan saranan berkenaan setelah kecewa melihat keadaan bangunan milik Jabatan Kerja Raya (JKR) itu dan mempersoalkan kewibawaan pegawai yang bertugas di daerah itu kerana kurang prihatin dengan kebersihan di kawasan bandar.

Menurut Symirlo, bangunan yang usang itu kini ditumbuhi semak samun sedangkan ia terletak di tengah-tengah bandar Tenom dan berdekatan kuaters para pegawai kerajaan negeri dan persekutuan.

“Saya tidak terfikir perkara ini boleh berlaku di Tenom, tambahan pula semua bangunan kerajaan negeri di bawah kendalian JKR,” ujar Symirlo yang bimbang dengan aduan orang awam bahawa ianya sering digunakan oleh penagih dadah dan remaja untuk melakukan seks liar di waktu malam.

Walaupun isu ini telah dibincangkan di dalam Facebook, namun JKR belum mengambil sebarang tindakan untuk memembersihkan bangunan berkenaan atau melupuskira dan merobohkannya.

Oleh: HJ.WAHAB TIMPAI (sabahkini)

14 comments:
Write comments
  1. Bagus kalau bagunan-bagunan terbiar ini akan semua dirobohkan, ataupun diperbaiki untuk kegunaan yang baik. Tak baik untuk Feng Sui kalau dibiarkan sahaja.

    ReplyDelete
  2. sekiranya bangunan itu tidak berguna dan terbiar, memang wajar untuk dirobohkan. Ini memburukkan pandangan keadaan suasana sekitar itu, tambahan lagi telah menjadi tempat kegiatan maksiat seperti menagih dadah, dan melakukan seks liar.

    ReplyDelete
  3. Semua bangunan2x terbiar harus dirobohkan. Jangan dibiarkan di situ.

    ReplyDelete
  4. banguna yang usang seperti ini tak boleh dibiarkan begitu sahaja. ia lebih baik dilupuskan kerana ia mengganggu penglihatan dan akan menjadi tapak maksiat dan tempat bersarangya haiwan2 merbahaya. lebih baik tapak ini digunakan untuk perkara yang lebih bermanfaat.

    ReplyDelete
  5. bangunan yang telah usang dan terbiar patut dirobohkan. ini bagi mengelakkan bangunan tersebut menjadi sarang kegiatan maksiat.

    ReplyDelete
  6. Those abandon buildings should be demolish. I think those buildings are also one of the factor why many baby dumping occurs. Demolish it so lusty teenagers wouldn't have any place to have sex.

    ReplyDelete
  7. dengan alasan2 yang dikemukakan oleh penulis, cukup memberikan kita gambaran bahawa bangunan tersebut wajar dirobohkan, malah kerajaan boleh memanfaatkan tanah itu semula.

    ReplyDelete
  8. bangunan yang tidak berguna mmg patut dirobohkan, tapak ia boleh digunakan untuk perkara baik seperti bertanam ataupun membina rumah ibadat.

    ReplyDelete
  9. Ba, saya harap JKR akan beri perhatian terhadap hal ni. Jangan biarkan pemandangan indah hilang akibat semak samun, hehhee

    ReplyDelete
  10. Betul juga tu 2718. Bagus lagi manfaatkan tanah tu sebaik mungkin dan bukannya dibiarkan terbiar...

    ReplyDelete
  11. Kalau bagunan ini dibiarkan sahaja, bukan hanya ia menjadi sarang maksiat, tapi ia membahayakan juga kerana boleh roboh bila-bila masa. Lagipun, biarlah tanah yang dikosongkan itu digunakan untuk pembagunan masa depan.

    ReplyDelete
  12. Kalau bagunan ini dibiarkan sahaja, bukan hanya ia menjadi sarang maksiat, tapi ia membahayakan juga kerana boleh roboh bila-bila masa. Lagipun, biarlah tanah yang dikosongkan itu digunakan untuk pembagunan masa depan.

    ReplyDelete
  13. Sememangnya tempat yang usang dan terbiar akan menjadi sarang segala kegiatan yang tidak bermoral. Saya nampak ada beberapa kawasan yang mempunya tapak ataupun rumah yang terbiar. Kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk menbendung masalah ini.

    ReplyDelete
  14. Diharapkan kerajaan akan ambil tindakan yang sewajarnya untuk menyelesaikan masalah bagunan terbiar ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.