Sunday, August 29, 2010

Cabul: Lelaki tempatan didenda RM1,800 atau penjara 14 hari

TAWAU: Seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun didenda RM 1,800 atau penjara 14 hari setelah disabit bersalah menggunakan kekerasan dengan niat mencabul ke atas seorang wanita, 15 Mei lalu.

Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Joan Lee berkata, tertuduh, Mohd Aidil Abas, didapati melakukan kesalahan itu ke atas seorang wanita berusia 26 tahun, pada tarikh tersebut di Simpang 3, Klinik Kesihatan Felda Umas.

Menurutnya, tertuduh bagaimanapun ditangkap keesokan harinya setelah mangsa membuat laporan polis berhubung insiden yang berlaku ke atasnya.

Tertuduh dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret kelmarin oleh Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi, Ferhansha Farene Mohd Firdaus.

Dalam kes berasingan di mahkamah sama, seorang warga Indonesia, Beddu Benga, 43, dikenakan hukuman 8 bulan penjara kerana mencuri 4 tan kelapa sawit milik seorang pengadu, 27 Mei lepas.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di Sungai Juragan Batu 17 Jalan Apas, mengakibatkan pengadu mengalami kerugian kira-kira RM2,000.

Tertuduh dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan mahkamah turut mengarahkan tertuduh diserahkan kepada Jabatan Imigresen sebaik hukuman selesai dijalankan. -NST

13 comments:
Write comments
  1. Siapa suruh melakukan perkara seperti ini. Bertaubatlah dan meneliti kesalahan diri tempoh 14 hari dalam penjara.

    ReplyDelete
  2. sesuai sgtlah ia diberi hukuman seperti itu, harap dia tidak akan mengulangi perbuatan tidak senonoh itu.

    ReplyDelete
  3. Nah baru dia tahu! lagi bagus kalau dia dipenjara 3 minggu daripada 14 hari sahaja.

    ReplyDelete
  4. Duii tu la cari masalah kan.. naa padan muka!!

    ReplyDelete
  5. Kurt lagi bagus kalau dia kena denda RM1800 dan penjara sekali.. hehehe
    Biar dari rasa tinggi langit bumi ni. haha

    ReplyDelete
  6. memang wajarlah pesalah tersebut dikenakan hukuman. semoga hukuman tersebut akan membuatkan pesalah tersebut insaf.

    ReplyDelete
  7. memang patut pesalah dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Mahkamah adalah adil dengan keputusannya.

    ReplyDelete
  8. inilah akibatnya jika melakukan jenayah. hukuman tersebut sebagai pengajaran kepada pesalah agar bertaubat.

    ReplyDelete
  9. patutnya 14 tahun supaya dia betul2 insaf. kalau setakat 14 hari dia masih berani tu buat perkara yang sama.

    ReplyDelete
  10. Memang patut didenda. Semua perkara janganlah membuat kerja itu.

    ReplyDelete
  11. sangat memalukan..entah apa keluarga dia rasa...buat malu keluarga saja..

    ReplyDelete
  12. hukuman RM1,800 atau penjara 14 hari adalah ringan...hukuman yang lebih berat harus dibuat seperti sebat..

    ReplyDelete
  13. Diharapkan hukuman pesalah ini akan dijadikan pengajaran kepada orang lain supaya perbuatan seperti ini tidak akan terjadi lagi.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.