Saturday, August 21, 2010

Tabur fitnah, semarakkan kebencian, UMNO terdesak!

Kami memandang serius fitnah terbaru yang dimainkan pimpinan UMNO untuk menyemarakkan api kebencian di negara ini. Tuduhan yang dilemparkan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bahawa nama Yang Di Pertuan Agong telah digantikan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Saudara Lim Guan Eng telah terbukti merupakan satu pembohongan semata-mata.

Saya sendiri memantau perkembangan tersebut, membaca teks khutbah yang diedarkan dan menerusi rakan-rakan di Pulau Pinang mendapati tuduhan tersebut tidak berasas bahkan ianya merupakan satu fitnah demi laba politik pemerintah yang kian hari kian terdesak.

Pimpinan UMNO menerusi akhbar Utusan Malaysia berterusan menggunakan aksi politik perkauman sempit yang usang. Kegagalan pentadbiran Najib memahami nurani rakyat Malaysia keseluruhannya yang mahukan sebuah negara yang kekal aman dan sejahtera dizahirkan oleh kenyataan berunsur fitnah Ahmad Zahid Hamidi tersebut.

Kita yakin usaha pimpinan UMNO ini tidak akan berhenti di situ sahaja. Mereka pasti menganyam fitnah yang lain pula demi memecah belahkan muafakat masyarakat di negara ini yang mahu hidup dalam kerukunan dan sejahtera. Mereka menyedari rakyat Malaysia mempunyai keyakinan yang teguh untuk terus beriltizam dengan Perubahan dan demi Malaysia yang Adil.

Oleh demikian saya menyeru rakyat Malaysia untuk perteguh keazaman bersama Pakatan Rakyat dan mara mengharungi serangan yang tidak akan kunjung diam dari pimpinan UMNO itu. Hanya dengan melakukan Perubahan, politik perkauman sempit akan berjaya dihalang.

*Kenyataan media oleh Anwar Ibrahim, selaku Ketua Pembangkang Parlimen merangkap ahli parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.

20 comments:
Write comments
  1. wahai rakyat 1m'sia 1UMNO skrg nie tgah meroyan dn hilang punca krna apa 1UMNO makin t'desak dan hilang arah, bngun lh wahai rakyat jelata jgn biar kn p'kra nie t'jdi buatlh p'ubahaan PRU - 13 nnti.

    ReplyDelete
  2. THERE'S NO OTHER CHOICE. WE HAVE TO TOPPLE THE BN DOWN COME NEXT GE. PLS VOTE FOR PR. BN DAH TAKDE IDEA MCM MANA MAU RAKYAT BENCI PKR SEBAB TU MAKIN MENJADI JADI FITNAH MEREKA SEKARNG

    ReplyDelete
  3. semua parti politik pun sama juga. tiada yang benar2 sempurna. sepatutnya PKR jelaskan isu yang dibangkitkan bukan memutar belit kemudian menuduh konon difitnah.

    ReplyDelete
  4. samada ia benar ataupun tidak, ia perlu diperjelaskan, bagaimanapun kita harus hindari fitnah.

    ReplyDelete
  5. Rakyat akan memilih calon yang paling baik untuk memimpin kita.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. pekara ini perlu dijelaskan. tidak kira mana-mana parti politik perlu menjauhi fitnah. tumpu kan tanggungjawab kepada rakyat.

    ReplyDelete
  8. DJ CJ7 Official Website dan kiasfansuri_asnf 2>>
    Kenapa harus percaya semua ini, kita tidak tahu lagi kebenaran dalam cerita ini. Adakah benar UMNO yang melakukan atau ada parti lain lagi yang cuba untuk membakar kemarahan parti PR. JAdi tidak perlu membuat andaian yang UMNO kalah pada PRU 13. UMNO tidak akan sekejam itu.

    ReplyDelete
  9. Mana2x parti harus bersaing secara adil. Tiada faedahnya main kotor. Diharapkan rakyat akan memilih calon yang terbaik.

    ReplyDelete
  10. ini bukan fitnah,, Zakaria Ahmad (Khatib Masjid Padang Menora) telah bertindak sedemikian dengan alasan kononnya bahawa semua pemimpin tak kira beragama apa pun harus didoakan kesejahteraannya supaya dapat memimpin dengan selamat dan tenang. Para jemaah dan AJK masjid telah bertindak membantah tindakan Zakaria Ahmad. Namun aduan jemaah tidak diambil peduli oleh masjid yang dikuasai oleh orang -orang PAS itu kerana mereka berpendapat, itu adalah hak imam untuk mendoakan sesiapa pun yang mereka mahu dalam solat Jumaat... jelas, mereka sengaja membawa unsur2 politik dalam masjid..

    ReplyDelete
  11. UMNO tidak akan melakukan semua ini. PR lah selalu mnaburi FITNAH. PR harus pasatikan dulu kebenaran dalam hal ini dan jangan hanya menuduh UMNO yang melakukan semua ini.

    ReplyDelete
  12. It doesn't matter who accuse who because in the end its the voters who decide who they want to vote.

    ReplyDelete
  13. This politics. One blames the other. We shall see this coming 13th General Election and who will emerge as a winner.

    ReplyDelete
  14. Siapa juga manusia sempurna di muka bumi ni??? Rasanya semua pun ada kelemahan ba. So kalau PKR sangat baik, kenapa tak selesaikan hal ni dengan cara baik dan bukannya ayik menunding jari???

    ReplyDelete
  15. Tapi sebagai pemerhati luar, saya sendiri pun tak pasti siapa betul, siapa salah... Yang pasti bagi saya ialah hal ni harus diperjelaskan!

    ReplyDelete
  16. Betul tu Lisa. lantaklah siapa yang buat pun, kerana apa yg penting ialah undi & kepercayaan rakyat terhada parti yg layak untuk negara. hehe

    ReplyDelete
  17. Tak sabar nak tunggu next GE. Bagi saya terlalu banyak isu diperbesarkan kerana PRU13 makin dekat. so biasalah tu gimik.. hehe

    ReplyDelete
  18. Ya betul Raven. Bersainglah secara sihat!

    ReplyDelete
  19. Bila PRU-13 nanti, semua saudara-saudari bolehlah mengundi parti kesukaan masing-masing.

    ReplyDelete
  20. Tidak salah untuk mendoakan orang kerana ianya adalah satu yang mulia dan saya percaya tidak ada yang salah disini. Tapi kita kena tahu kesesuananya tapi apapun alasan, jika tindakan tersebut tidak dipersetujui, jangan lagi la sebut2 nama beliau. Habis cerita.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.