TENOM: Para penduduk kawasan Mukim Lagud Seberang, Entabuan dan Saga merasa lega kerana kesulitan mereka (penduduk) sebelum ini untuk berulang alik menggunakan jambatan Binaie yang sempit dan daif untuk ke pekan kini tidak lagi menjadi kerisauan dari aspek keselamatan apabila jambatan baru yang kini sedang rancak dalam pembinaan dijangka siap menjelang pertengahan tahun hadapan.
Jambatan Binaie yang dibina lebih 20 tahun lalu oleh era kerajaan Parti Berjaya telah menjadi isu kontroversi sebelum ini apabila kelulusan pembinaannya diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah sekitar tahun 2007 namun pelaksanaannya masih belum bermula meskipun sudah selepas setahun pengumumannya.
“ Kami penduduk seberang yang selalu menggunakan jambatan itu memang senang hati lah kerana pembinaannya sudah bermula tahun ini (2010). Walaupun sudah lambat tapi tidak apa kita tetap menerima nya dengan hati terbuka,” kata Ng Choon Soon 67, seorang usahawan yang mempunyai perusahawan dikawasan Kg Binsilon.
Ng yang juga mantan Pemimpin Masyarakat Cina (Kapitan) turut menggesa kerajaan agar mengkaji semula perancangan mereka dimasa lalu terutamanya cadangan untuk mengorek dan mendalamkan sungai Padas dan Pegalan supaya dapat mengurangkan hakisan sungai dan limpahan air banjir ketika musim hujan.
“ Banyak orang mengatakan bahawa punca hakisan dan limpahan banjir berpunca daripada empangan Haidro Pangi…tetapi sebaliknya semua itu tidak benar kerana pihak Haidro akan membuka semua gate empangan dan melepaskan terus air mengalir ke arah Beuafort,” tegas Ng.
“ Saya percaya bahawa kedua dua batang sungai ini perlu dikorek dan didalamkan kerana sungai ini sudah cetek dipenuhi lumpur…jangan salahkan sesiapa tetapi kerajaan perlu lakukan kerja berdasarkan laporan Konsultan yang sudah buat kajian lebih 10 tahun lalu,” tambahnya lagi.
Sementara itu, Ng meminta pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) disini memantau kesesuaian sistem perparitan di sepanjang jalanraya antara Kg Binsilon ke Kg Tumantalik dimana sais kedalaman perparitan kurang dalam dan sebab itu tidak dapat menampung kelancaran keluar jumlah air banjir yang melimpah dipermukaan jalanraya.
“ Sebab itu, air banjir masih lagi terperangkap dikawasan kawasan rendah termasuk perparitan yang kurang lebar dan kurang dalam walaupun musim banjir sudah berlalu berminggu minggu,” tegas beliau.
Jalanraya antara Kg Binsilon ke Kg Tumantalik sejauh kira kira 5km masih bertaraf ‘gravel’ namun lawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sekitar tahun 2008 telah bersetuju agar jalanraya tersebut dinaiktaraf termasuk pengaspalan.
Oleh: Mail Mathew
Wednesday, August 4, 2010
PENDUDUK MUKIM LAGUD SEBERANG LEGA JAMBATAN BARU BINAIE SEDANG DALAM PELAKSANAAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
lambat lebih baik daripada tidak ada langsung. yang penting, pastikan pembinaan jambatan tersebut berjalan dengan lancar, mematuhi piawaian pembinaan dan tidak ada kes terbengkalai atau tertunda.
ReplyDeletebgslah jika pembinaan jambatan baru itu telah dilaksanakan, ia dpt memudahkan urusan harian penduduk setempat. harap pembinaan jmbatan ini akan berjalan dgn lancar.
ReplyDeletepekara ini pasti menggembirakan penduduk. selepas ini penduduk akan dapat menggunakan jambatan yang lebih baik.
ReplyDeleteselain jambatan itu, kerajaan juga perlu berikan perhatian terhadap permintaan2 Ng untuk kebaikan penduduk di sekitar kawasan berkenaan seperti mendalamkan sungai, masalah perparitan dan jalan raya.
ReplyDeleteBagulah tu, diharapkan jambatan tersebut akan disiapkan secepat mungkin supaya rakyat di daerah tersebut boleh menikmatinya.
ReplyDeleteBagulah tu, diharapkan jambatan tersebut akan disiapkan secepat mungkin supaya rakyat di daerah tersebut boleh menikmatinya.
ReplyDeleteharap jmbatan itu akan disiapkan dgn segera. selain itu sungai padas mmg perlu didalamkan lagi bagi mnegurangkan masalah banjir.
ReplyDeletekita mesti bersyukur dengan adanya semua ini. Harap penduduk boleh menunggu dan bersabar.
ReplyDeleteNaaa dapat la menikmati jambatan baru, satu usaha kerajaan yang perlu diberi perhatian.
ReplyDeletejangan ja la terbengkalai atau selalu kena tunda.
ReplyDeleteusaha yang baik..jambatan yang lebih baik dan selamat dapat digunakan oleh penduduk.
ReplyDeletekerajaan akan cuba buat yang terbaik juga. kerajaan berusaha sedaya yagn termampu untuk membantu rakyatnya.
ReplyDeleteGood to hear.
ReplyDeleteWalaupun lambat tetapi lebih baik dari tidak dibina.
ReplyDeleteHarap jambatan dapat siap dengan keadaan yang sempurna dalam masa yang terdekat.
ReplyDeleteSungguh bertuah penduduk Lagud Seberang yang kini dapat menikmati hasil pembangunan.
ReplyDeleteSabah perlu lebih banyak peruntukan untuk membina jambatan. Terutamanya dalam kawasan pendalaman.
ReplyDeleteBerita yang mengembirakan penduduk Lagud Seberang.
ReplyDeleteDengan siapnya jambatan tersebut, maka perhubungan antara dua tebing lebih menyenangkan.
ReplyDelete