Thursday, August 5, 2010

USUL KERTAS PUTIH SAPP DITOLAK

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Sabah menolak usul yang meminta kerajaan negeri menyediakan kertas putih berkaitan punca kejatuhan nilai Saham Amanah Sabah (SAS) pada tahun 1997 dan 1998, selepas dibahaskan pada sidang DUN di sini kelmarin.

Speaker DUN Datuk Juhar Mahiruddin mengumumkan keputusan itu selepas majoriti anggota dewan menyokong supaya usul yang dikemukakan oleh Datuk Liew Teck Chan (SAPP- Likas) itu ditolak.

Liew, dalam usulnya, berkata, kertas putih itu penting bagi menjelaskan kedudukan sebenar kemerosotan dan kejatuhan saham SAS pada tahun 1997 dan 1998.

Beliau berkata, ini kerana isu itu dipertikaikan oleh Parti Bersatu Sabah (PBS), sama ada semasa menjadi parti pembangkang sebelum ini dan sebagai parti komponen dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) pada masa ini.

Menurutnya, para pemimpin PBS berkali-kali menuduh bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee seolah-olah menyebabkan kejatuhan SAS pada tahun 1997 dan 1998 akibat unsur-unsur penyelewengan dan kesalahan.

Nilai saham pada tempoh itu dikatakan merosot daripada RM1 seunit kepada kurang daripada RM0.20 sen.

Liew berkata, kertas putih itu akan menjadi asas bagi pihak yang berwajib untuk mengambil tindakan sewajarnya sekiranya wujud penyelewengan, dan siapa yang terlibat mengendalikan SAS sejak ia diwujudkan.

Usul itu hanya disokong Melanie Chia Chui Ket (SAPP-Luyang). Ketika membahaskan usul itu, Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri yang juga Adun Api-Api, Datuk Dr Yee Moh Chai, Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri, Datuk Raymond Tan dan Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal-Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Herbert Timbun Lagadan, yang turut mengambil bahagian dalam perbahasan itu, berkata, tidak ada keperluan untuk menyediakan kertas putih berhubung isu itu.

Menurut mereka kerajaan negeri boleh memberi penjelasan tanpa menyediakan kertas putih, malah menyarankan Yong sebagai Ketua Menteri pada ketika itu memberi penjelasan kepada rakyat berhubung kejatuhan nilai SAS.

Sementara itu, Pembantu Menteri Kewangan Negeri, Datuk Taufik Abu Bakar Titingan berkata, nilai aset bersih SAS telah meningkat sebanyak RM92.61 juta daripada RM271.85 juta pada September 2008 kepada RM364.46 juta setakat 28 Julai tahun ini.

Beliau berkata, sebelum pelaburan dari kerajaan negeri, nilai aset bersih hanya RM73.01 juta pada 14 Sept 2008. -Sabahkini

20 comments:
Write comments
  1. atas alasan apa usul itu ditolak?? sekurang2nya dengan adanya kertas putih ini, rakyat boleh tahu kedudukan sebenar kemerosotan dan kejatuhan saham SAS..

    ReplyDelete
  2. Sebagai rakyat, saya bertegas mahukan usul kertas putih mengenai SAS ini. Apa yang pernah dibuat tak patut disembunyikan daripada rakyat, kita berhak mengambil tahu.

    ReplyDelete
  3. kemerosotan saham Amamah Sabah perlu diketahui oleh rakyat. ia tak harus disembunyikan daripada rkyat. usul bagi kes ini perlu ada.

    ReplyDelete
  4. mungkin kerajaan negeri boleh memberi penjelasan tanpa menyediakan kertas putih. harap penjelasan dapat diberikan.

    ReplyDelete
  5. Yong adalah orang yang terbaik untuk memberi penjelasan...

    ReplyDelete
  6. I think it is an expected move by the state assembly not to publish a white paper on SAS on the ground that the government itself can explain what happen to it. It will also going to waste times & fund if the plan to publish white paper on that matter is done just for the sake of cleaning some ex-cm name...just forget this thing & move on...

    ReplyDelete
  7. rakyat sabah inginkan penjelasan mengenai kemerosotan saham amanah sabah!

    ReplyDelete
  8. ini memang patut, kerana beliau merupakan ketua menteri sabah pada masa terseubut. YTL boleh memberi sedikit penjelasan kepada semua.

    ReplyDelete
  9. penjelasan boleh dibuat tanpa menyediakan kertas putih. harap penjelasan boleh dibuat..

    ReplyDelete
  10. SAPP tidak perlula untuk mengumukakan isu ini lagi. jawapan ada pada YTL sendiri.

    ReplyDelete
  11. Siapa makan cili dialah yang tahu pedasnya.

    ReplyDelete
  12. Diharapkan usul kertas putih ini akan diteruskan. Rakyat berhak mengetahui perkara sebenar.

    ReplyDelete
  13. SAPP minta kertas putih mengenai SS, kasi sajalah bah. Kan kerajaan sudah bilang tiada apa-apa yang disembunyikan.

    ReplyDelete
  14. Truth must be told. No more cover ups and the people have the rights to know the reason of the downfall of SAS.

    ReplyDelete
  15. kalau kertas putih itu boleh selesaikan masalah ini, tolong sediakan. atau jangan panjangkan isu ini dan beralih kepada isu2 yang lebih mendatangkan manfaat kepada rakyat.

    ReplyDelete
  16. You are right Ted Medresher. Just prepare for them and the prople wants to know the truth as well.

    ReplyDelete
  17. Kertas putih? Lama sudah isu ini yang dibangkitkan oleh SAPP. Tujuanya adalah untuk menangkis pandangan negetif terhadap presidennya yang dikatakan bertanggungjawap terhadap kerugian besar SAS.

    ReplyDelete
  18. Kertas Putih in boleh menjelaskan perkara sebenar yang melibatkan duit rakyat yang dikikis oleh SAS.

    ReplyDelete
  19. Buatlah penjelasan dengan kertas putih, rakyat mau tau apa sudahn terjadi pada SAS.

    ReplyDelete
  20. Ini lah budaya yang tidak digalakan. Usul dari pembangkang ditolak sama sekali padahal usul ini melibatkan kerugian besar wang rakyat yang melabur dalam SAS. Rakyat yakin dengan SAS kerana ia dikeluar =kan oleh kerajaan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.