SATU LAGI ISU memeranjatkan yang melibatkan tuntutan wanita warga emas rakyat tempatan YONG LEE HUA @ PIANG LIN anak tempatan Sino Kadazandusun tinggal diPenampang berhubung kesilapan pihak JPN mengeluarkan MyPR untuknya dan bukan MyKad sekaligus menjadikan Yong Lee Hua@ Piang Lin hilang kelayakan pelbagai hak sebagai BUMIPUTRA.
Isu tersebut yang agak berpanjangan sejak tahun 2007 sehingga meleret ke Mahkamah untuk diselesaikan namun pada akhirnya pihak KDN dimana ketika itu Menterinya Tan Sri Syed Hamid Albar mengakui kesilapan itu dan memberikan Yong MyKad baru pada Oktober 9, 2008.
Episod yang menyusahkan banyak perkara kepada penuntut Yong Lee Hua @ Piang Lian yang sebenarnya hanyalah sekadar kehilangan MyKadnya pada Febuari 13, 2007 disebuah Pasaraya dan selepas itu memohon untuk penggantian kepada MyKad baru namun jawapannya pihak JPN mengeluarkan MyKad Penduduk Tetap (MyPR) dan KP Merah dimana secara otomatik mengakhiri status kewarga negaraan Yong.
Persoalannya sekarang, apakah kesilapan JPN atau KDN itu yang boleh disifatkan oleh banyak pihak termasuk yang celik Undang Undang Negara bahawa Yong yang sengsara dengan penghidupannya sejak beberapa tahun selepas ia teraniaya akibat ditukarkan status kewarganegaraannya tidak boleh menuntut haknya untuk mendapat pampasan dari kerajaan?
Lantaran itu seorang pengamal perubatan yang juga Penyelaras PKR Dun Liawan Dr Nicholas James Guntobon menyifatkan keputusan Mahkamah diluar jangkaan beliau kerana berpandangan bahawa Yong (Plaintiff) yang bukan sahaja gagal untuk menuntut rugi bagi bayaran pampasan tetapi juga Yong turut diarah membayar kos kepada Mahkamah.
Dr Nick seterusnya menegaskan bahawa, penderitaan Yong sebelum ini nampaknya belum lega sepenuhnya malah keadaan bertambah kusut yang boleh diibaratkan sebagai “ Sudah jatuh ditimpa tangga” kerana penganiayaan keatas dirinya terus menerus berlaku secara kes demi kes yang mungkin akan ditanggungnya sepanjang hayatnya.
“ Apakah kes Yong yang sekadar kehilangan MyKad dan mohon penggantian yang baru tetapi atas kesilapan berlaku oleh JPN menjadikan Yong terus menderita dan papa kedana lalu dinafikan haknya untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnya mengikut lunas Undang Undang Negara yang sedia ada atau apakah ia ada udang disebalik mee?” tegas Dr Nick.
RAKYAT jelata berhak mencelah isu ketidakadilan ini lebih lebih lagi Yong yang seorang warga emas dan tidak berkemampuan melunaskan kos yang dikenakan oleh Mahkamah perlu perhatian kerajaan kewajarannya, Mungkin hari ini ia berlaku kepada Yong tetapi esok atau lusa mungkin ada lagi. Jadi, sebelum terlambat ia perlu dibetulkan segera.
Oleh: MAIL MATHEW
Monday, August 9, 2010
MAHKAMAH SONGSANG ATAU SUMBANG?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
apa penjelasan kerajaan berhubung dengan kes ini? rakyat akan melihat kemampuan kerajaan menyelesaikan isu ini sebagai kemampuan kerajaan membela nasib rakyat secara keseluruhan. oleh itu, lakukan yang terbaik jika mahu gambaran yang terbaik dari rakyat berkenaan dengan kerajaan.
ReplyDeleteDiharapkan warga tua ini boleh mendapatkan balik hak kerakyatannya.
ReplyDeleteEntah berapa banyak rakyat lain yang sama nasib dengan warga emas ini? Semoga semua mendapat bantuan.
ReplyDeleteapa yang berlaku ini amat dikesali, harap warga emas ini mendapat pembelaan yang sewajarnya.
ReplyDeleteharap pekara ini dapat diselesaikan dengan cara yang sewajarnya.
ReplyDeletesemuanya berharap saja. sampai mati la korang berharap.
ReplyDeletepembelaaan terhadap warga emas ini perlu ada., ini perlu bagi memastikan tidak lagi timbul masalah seprti ini.
ReplyDeleteMyPR??kenapa boleh berlaku perkara ini. sedangkan mesti ada dalam data sekiranya telah mendaftar kad pegenalan. oleh itu, JPN janganlah cuai dan malas dalam menjalankan tugas. diharap perkara ini tidak akan berlaku lagi. ini bukan perkara kecil, tapi amat serius tetang MyKad.
ReplyDeleteperkara sebegini tidak boleh berlaku, kerana ini memburukkan nama JPN dan KDN. ambil ini sebagai pengajaran, cubalah melakukkan kerja dengan lebih berhati-hati. perkara mykad ini adalah perkara yang amat serius kepada masyarakat.
ReplyDeleteFor those who faced the same situation, if needed try to ask for others help....
ReplyDeleteJika semua pegawai mengikuti proses yang patut, pasti tiada masalah seperti ini.
ReplyDeleteThis shouldn't be happening. The mistakes made by NRD has cost her anxiety and also her hard-earn savings. It's better to compensate her after all the blunders and mistakes done by NRD.
ReplyDeleteApa sebab status kewarganegaraan Yong dinafikan? Beliau sepatutnya bumiputera Malaysia.
ReplyDeleteApa muslihat disebalik insiden ini?
KDN dan JPN harus beri penjelasan.
pihak yang berkenaan patut tampil buat penjelasan kerana isu ini boleh menjejaskan imej kerajaan. sekiranya ada kekeliruan atau salah faham, tolong jelaskan kepada umum dan jangan berdiam diri. sebaik2nya sertakan penyelesaian untuk menutup kes ini supaya tidak berlarutan.
ReplyDeleteAjaran dari insiden ini. Jangan hilang MYKAD kamu atau kewarganegaraan kamu 'diturun tarafkan.'
ReplyDeleteTidak faham apa sebab wanita bumi ini tidak diberi idenditi yang sama sebelum kehilangan MYKAD beliau.
ReplyDeleteHilang MYKAD bukan kemahuan kita. Kenapa wanita ini perlu melalui kesengsaraan ini?
ReplyDeleteApakah alasan JPN megeluarkan MYPR kepada Puan Yong sedangkan beliau adalah anak negeri yang sah.
ReplyDeleteMalang si Yong ditimpa kejadian ini yang tidak sepatutnya berlaku. Sungguh besar kuasa JPN sehingga boleh mengubah status kerakyatan seseorang.
ReplyDelete