Friday, August 6, 2010

MAJLIS DAERAH KENINGAU KEJAM KEPADA GOLONGAN RENDAH

KENINGAU: Penyelaras Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dun Liawan Dr Nicholas James Guntobon menggesa pengurusan Majlis Daerah Keningau (MDK) agar memberi peluang kepada para penyewa dan penyelenggara tandas awam untuk menyertai tawaran baru untuk tujuan itu berdasarkan rekod baik mereka sebelum ini yang difahamkan tidak pernah mendapat tomahan para pengguna.



Katanya, mengikut amalan prosedur yang betul dimana setiap penyewa harus diberi masa yang secukupnya iaitu sekurang kurangnya tiga bulan notis sebelum menamatkan kontrak tetapi sebaliknya bukan 2 minggu untuk mereka dikehendaki menyerahkan kunci setiap tandas awam.

Beliau berkata demikian ketika memberitahu Harian Ekspress semasa beliau melawat para penyewa tandas awam yang menerima penamatan kontrak secara tergesa gesa oleh pengurusan MDK pada Rabu.

Dr Nick turut menggesa pihak MDK agar segera memulangkan wang deposit kepada para penyewa 5 buah tandas awam disini sebanyak lebih RM2,000 setiap penyewa kerana mereka ini terdiri dari golongan yang kurang berkemampuan dan perlu dibantu kerajaan.

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut ekoran tindakan beberapa penyewa tandas yang merasa kecewa dan ingin mendapat pembelaan tidak kira dimana saluran yang dituju kerana mereka mendakwa bahawa mereka sudah puas dan letih mengemukakan masalah tersebut namun semuanya menemui jalan buntu.

Dr Nick yang turut bersimpati masalah tersebut lantas mengambil tindakan mengikut saluran dimana selain mengutus surat kepada pihak MDK, tetapi juga melakukan lawatan ke tempat tempat terlibat termasuk menemubual para penyewa di 5 buah tandas awam.

Dalam pada itu, seorang penyewa yang dikenali Theresa tanpa segan silu memberitahu sambil menunjukkan surat dari MDK bil. MDKGU: 300.(S): 300-8/349 bertarikh: Febuari 3, 2010 yang mereka seolah olah dianak tirikan oleh MDK.

“ Kami ditawarkan menyewa disini bukan ada limit kontrak kami asalkan bersih, selamat dan tiada masalah kontrak kami tetap diteruskan…tetapi sekarang apa sudah jadi…kami ini miskin dan warga tempatan langsung tiada pertimbangan,” tegas Theresa.

Ketika ditanya lanjut sudahkah mereka mengajukan rayuan kepada pihak MDK Theresa berkata, beliau dan rakan rakan yang lain sudah puas berusaha menemui pihak pihak tertentu termasuklah wakil rakyat tetapi masih juga berkeadaan yang sama.

“ Kami tiada pilihan lain kami minta tolong pembangkang dan juga media supaya masalah kami boleh dilihat oleh pihak lain termasuk Menteri. Kami bukan tidak beri muka kerajaan tempatan disini tapi kalau mereka tidak timbang juga apa kami boleh buat…kami pun inginkan keadilan juga,” tambah Theresa yang diiringi perasaan kecewa dan kekesalan.

Oleh: Mail Mathew

27 comments:
Write comments
  1. kerajaan sepatutnya lebih memahami dan mematuhi perjanjian kontrak, sekurang2nya beri penjelasan dan cari penyelesaian untuk menyelesaikan masalah mereka. bukannya membiarkan mereka begitu sahaja.

    ReplyDelete
  2. ingatlah rakyat semakin bijak, dan tidak selama2nya mereka boleh ditindas.

    ReplyDelete
  3. penjelasan perlu diberikan. mungkin MDK mempunyai sebab untuk bertindak demikian, namun kepentingan penduduk juga perlu diambil kira.

    ReplyDelete
  4. harap penyelesaian akan wujud bagi perkara ini.

    ReplyDelete
  5. sepatutnya memang tempoh itu 3bulan. MDK haruslah mengikuti prosedur sendiri.

    ReplyDelete
  6. Mungkin ada sebab tertentu MDK bertindak sedemikian. Penyewa sepatutnya mengikuti peraturan yang telah diberikan oleh pihak berkuasa. PKR saja mahu menjadikan ini isu.

    ReplyDelete
  7. MDK sekurangnya janganlah ambil tindakkan terburu-buru. Bagi peluang dengan penduduk miskin ini dan jangan terlalu kejam dengan mereka. Harap MDK akan memberikan mereka peluang lagi untuk terus menyewa.

    ReplyDelete
  8. Penyiasatan yang lanjut perlu dibuat, tengok adakah perkara itu memang seperti yang digambarkan diatas. Setelah itu, diharapkan penyelesaian dan penjelasan dibuat.

    ReplyDelete
  9. pekara ini perlu disiasat dan berikan penjelasan terhadap apa yang berlaku. Mungkin MDK mempunyai sebab untuk mengambil tindakan tersebut..

    ReplyDelete
  10. Begini pun ada? ingat la kita sesama umat... yang sama2 meminjam harta benda Allah...

    ReplyDelete
  11. Harus disiasat jika benar dakwaan dalam laporan tersebut.

    ReplyDelete
  12. kalau dari pihak PKR begini ceritanya, bagaimana dengan MDK?. jangan berdiam diri kerana isu ini boleh menjejaskan imej MDK. beri penjelasan sebelum orang awam mnegiyakan kenyataan PKR ini.

    ReplyDelete
  13. Semua pihak harus mematuhi perjanjian kontrak yang ditetapkan. Undang-undang tetap undang-undang yang perlu dipatuhi oleh semua pihak.

    ReplyDelete
  14. Mungkin amaran telah dikeluarkan oleh pihak MDK tapi tidak diindahkan oleh penyewa tersebut. Apapun diharapkan perkara ini dapat diselesaikan dengan jujur dan mematuhi perjanjian yang telah ditetapkan.

    ReplyDelete
  15. hahaha, Ok lagi ni 2 minggu.. Saya pernah dapat notis kenaikan harga kurang dari 24jam oleh salah sebuah pusat memandu di Kota Kinabalu... Walaupun hal yg saya alami tak seteruk mana, namun saya faham apa yg dirasai oleh para penyewa.

    ReplyDelete
  16. Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya, so kita dengar dulu la aopa cerita MDK.

    ReplyDelete
  17. Apapun siasatan harus juga dilakukan bagi memastikan tidak ada pihak yang teraniaya.

    ReplyDelete
  18. Betul tu Ted Medresher. Kalau hal sebegini berlaku, tak hairanlah kenapa para penyewa boleh bertindak agresif kan.

    ReplyDelete
  19. Ya ivan medhousky. Penjelasan mmg perlu. Tapi jangan risau masyarakat sekarang pun makin matang ba, mereka pasti akan menunggu penjelasan dari kedua-dua pihak sebelum membuat kesimpulan.

    ReplyDelete
  20. Jika tandas yang diuruskan mereka menepati kehendak atau syarat yang ditetapkan, tiada sebab bagi MDK menamatkan penyewaan tandas tersebut kepada mereka.

    ReplyDelete
  21. Bantulah mereka. Kenapa tidak membenarkan mereka meneruskan kerja tersebut?

    ReplyDelete
  22. Mungkin MDK sudah ada calon yang 'special'.

    ReplyDelete
  23. JAngan terlalu beremosi, mungkin MDK ada sebab tertentu berbuat demikian.

    ReplyDelete
  24. Tentu ada sebab perkhidmatan mereka ditamatkan. Baik kita minta penjelasan dari MDK.

    ReplyDelete
  25. Bukan senang membayar RM 2,000 sebagai deposit. Jika deposit masih dipegang MDK, berilah keutamaan kepada mereka.

    ReplyDelete
  26. Tiada wang kopi bulanan barangkali orang MDK dapat, baguslah ada PKR tolong rayat kemukakan permasalahan mereka, Kalau tidak siapa gia yg peduli orang miskin.Cikalang ini, sekalang punya taim jangan main2 sama olang misikin, ada sikul sudah tingi ohhh,. sudah faham undang2 ohhh.,

    ReplyDelete
  27. Harap Majlis daerah akan mengikuti prosedur yang ada sebelum menamatkan kontrak penyewa.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.