Sunday, August 22, 2010

LINE-UP BAKAL CALON PKR CABANG TENOM

KELMARIN Cabang PKR Tenom telah mengadakan mesyuarat pembentukan calon calon line-up untuk bertanding di Mesyuarat Pemilihan 2010 yang dijangka akan berlangsung pada 19 September 2010 di Hotel Perkasa, Tenom.

Mesyuarat pada hari ini juga telah menetapkan pencalonan untuk kesemua jawatan yang dipertandingkan termasuk sayap AMK dan Wanita.

Barisan bakal calon-calon PKR Cabang Tenom adalah terdiri daripada 95% golongan anak-anak muda yang bakal memikul komitmen mereka yang tidak berbelah bahagi kepada pejuangan parti jika mereka berjaya dalam pemilihan yang akan datang kelak.

Dalam mesyuarat itu juga Gonsibin Yosundang selaku Pemangku Ketua Cabang PKR Tenom amat berpuashati dengan susun-atur calon-calon line-up yang di tetapkan adalah hasil perundingan dan persetujuan bersama oleh semua pihak yang hadir di mesyuarat kelmarin.

Setiap calon telah dipertimbangkan dan diperhalusi dengan sebaik mungkin serta mendapat persetujuan dari individu itu sendiri. Maka setelah melalui satu perbincangan yang panjang, maka PKR Cabang Tenom telah bersedia dengan barisan calon-calon line-up yang mantap dan berdinamik.

Gonsibin juga telah menyatakan pandangan dan hasratnya agar sekiranya barisan calon-calon line-up ini menang dalam Pemilihan 2010 kelak, kepentingan responsibiliti terhadap jawatan dan tugasan amatlah diutamakan. Jawatan yang disandang, sekiranya menang bukanlah satu batu loncatan untuk mencapai cita-cita yang negatif yang berasaskan kepentingan diri sendiri dan hanya akan bekerja apabila di minta dan bukannya datang dari kemahuan dan komitmen diri terhadap PKR itu sendiri.

Memegang jawatan dalam Cabang adalah merupakan suatu amanah suci yang diletakkan di bahu penyandangnya untuk melaksanakan tanggungjawab untuk merubah nasib hidup rakyat di daerah Tenom.

Maka kerana itulah sekiranya menang dalam Pemilihan 2010 kelak, beliau meminta janganlah disalah-gunakan amanah dan kepercayaan yang telah diberikan oleh keanggotaan PKR Cabang Tenom.

Halik Zaman yang turut hadir di mesyuarat itu turut memberikan pandangan beliau menyatakan, “jangan tanya apakah sumbangan PKR untuk anda sebaliknya tanyalah diri sendiri apakah sumbangan anda kepada PKR.”

Beliau juga berharap barisan line-up yang bakal dilahirkan pada Pemilihan 2010 kelak akan terbentuk satu barisan kepimpinan yang berwawasan dan mampu memberikan rakyat Tenom satu harapan baru untuk satu kehidupan yang lebih sempurna. ‘Lawan Tetap Lawan’ untuk merubah sebuah Kerajaan yang adil dan saksama.

Oleh : MISERY RAISIMIN (sabahkini)

11 comments:
Write comments
  1. kpada calon2 yg b'tanding sya hrap b'tanding lh dngan secara sihat agar rakyat akn melihat sejauh mana perjuangan anda.pa yg pnting kta perlu b'juang untk kemenangan PRU-13 nnti.Hidup PKR...Hidup DSAI.

    ReplyDelete
  2. kepada anak2 muda yang bakal memikul tanggungjawab ini atau sekiranya menang, ingat pesan Gonsibin iaitu jangan jadikan kemenangan itu sebagai satu batu loncatan untuk mencapai cita-cita semata2 untuk kepentingan diri sendiri.

    ReplyDelete
  3. All the best to all candidates.

    ReplyDelete
  4. tidak kira apa pun, berpolitiklah cara bersih.

    ReplyDelete
  5. sesiapa yang menjadi calon ia hendaklah melaksanakan tanggungjawabnya dgn baik.

    ReplyDelete
  6. kenapa harus tanya rakyat apa sumbangan mereka kepada PKR??sepatutnya, apa yang PKR akan berikan sekiranya mereka membantu. PKR ini cuma takut janji manis sahaja yang mereka akan berikan. apa pun, rakyat boleh memikirkan yang terbaik untuk mereka.

    ReplyDelete
  7. Selamat bertanding dalam PRU-13 nanti. Semoga kedua-dua parti bersaing secara sihat dan adil tanpa mainan politik berlebihan. Rakyat akan memilih calon yang terbaik untuk memimpin negara kita, jadi berusaha menyerlahkan prestasi dan kebolehan masing-masing.

    ReplyDelete
  8. Selamat bertanding dalam PRU-13 nanti. Semoga kedua-dua parti bersaing secara sihat dan adil tanpa mainan politik berlebihan. Rakyat akan memilih calon yang terbaik untuk memimpin negara kita, jadi berusaha menyerlahkan prestasi dan kebolehan masing-masing.

    ReplyDelete
  9. PKR mempunyai calonnya sendiri begitu juga BN, bagaimanapun pada pilihanrya umum nnti, kita akan tahu calon mana yang akan menjadi pilihan rkyat.

    ReplyDelete
  10. Jangan bertanding demi untuk diri sendiri tetapi bertanding la demi untuk kepentinggan rakyat...

    ReplyDelete
  11. Rakyat semua mengharapkan persaingan yang sihat dan adil. Berusahalah semua dan jumpa nanti bila PRU-13.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.