Sunday, August 22, 2010

Kerajaan Buruh tumbang di Australia

CANBERRA - Parti Buruh yang baru memerintah Australia sepenggal sejak 2007 lalu, semalam tewas tipis pada pilihan raya umum kebangsaan yang paling sengit dalam sejarah negara itu, namun lawannya, Perikatan Liberal gagal meraih majoriti mudah.



Sehingga pukul 11 malam tadi (waktu Malaysia), Buruh yang dipimpin Perdana Menteri, Julia Gillard sebagai wanita pertama mengetuai kerajaan sejak dua bulan lalu, hanya memenangi 70 kerusi manakala Liberal pimpinan Tony Abbott disahkan menerima 73 kerusi.

Suruhanjaya Pilihan Raya Australia mengesahkan Liberal berjaya mendahului tiga kerusi di depan Buruh dan jika ia berterusan, Parlimen Australia buat kali pertama dalam masa 70 tahun, akan tergantung tanpa pemenang.

Dewan Rendah Parlimen ada 150 kerusi dan parti bertanding perlu memperoleh sekurang-kurangnya 76 kerusi bagi membentuk majoriti mudah. Buruh pada 2007 memiliki 83 kerusi berbanding Liberal cuma 65 kerusi.

Tinjauan umum menunjukkan Liberal mungkin membentuk kerajaan campuran dengan parti-parti kecil iaitu Nasional yang menang enam kerusi, Green (1) dan Bebas (4), seperti yang berlaku di Britain jika masih gagal meraih majoriti dua pertiga. - Agensi

11 comments:
Write comments
  1. jepun sudah, UK sudah now australia. perhapas we can see the same thing happens in malaysia? mana tau...

    ReplyDelete
  2. Saya rasa kerajaan campuran ini amat baik.

    ReplyDelete
  3. parti buruh hnya kalah tipis sahaja. apapun harap ini boleh membawa kepada perubahan politik di Australia yang lebih baik.

    ReplyDelete
  4. ini persaingan yang sengit antara parti buruh dan liberal di Australia.

    ReplyDelete
  5. hanya menang tipis 3 kerusi. jadi tidak memperolehi majoriti mudah. jadi terpaksa membentuk pentadbiran campur. Apa pun tahniah utnuk kejayaan itu.

    ReplyDelete
  6. Apapun yang berlaku nanti, tidak ada yang diharapkan hanya ianya akan bertambah baik..

    ReplyDelete
  7. Apapun yang berlaku nanti, tidak ada yang diharapkan hanya ianya akan bertambah baik..

    ReplyDelete
  8. Awww, too bad..Nevermind, she can try again. Congratulation to Liberal Party for winning the election.

    ReplyDelete
  9. Sebenarnya ada banyak kebaikan menghasilkan pentadbiran campuran.

    ReplyDelete
  10. Waa sengitnya persaingan. mcm main bole. hehe

    ReplyDelete
  11. Siapaun yang menang, bagi saya yang penting ialah keamanan negara dan kebajikan rakyat harus diutamakan. Jika semua negara dapat pastikan keperluan rakyat dipenuhi dan keharmonian diamalkan, konpom satu dunia aman :) hehe

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.